Rahsia Diet Terbaik Untuk Peminat Tegar Sukan Marathon


Gambar oleh RUN 4 FFWPU/Pexels Rahsia diet untuk menjadi seorang pelari marathon yang profesional adalah mudah. Kebanyakan daripada kita menganggap keputusan untuk menjadi seorang pelari profesional memerlukan anda mengorbankan banyak perkara, khususnya pemakanan anda. Namun begitu, tanggapan anda salah! Mengubah diet anda tidak memerlukan perubahan 360 darjah.
Sukan marathon semakin mendapat tempat dalam kalangan warga bandar kerana dilihat sebagai cara bersenam alaf baru kerana memberi peluang untuk mereka kekal aktif dan sihat walaupun jadual mereka padat dengan aktiviti lain.
Walaupun ramai yang menyertai sukan marathon sekadar untuk mendapat glamor menerima pingat penyertaan atau memeriahkan lagi feed instagram mereka, janganlah terlepas pandang bahagian penjagaan pemakanan kerana terlalu fokus untuk sampai ke garisan penamat. Silap haribulan, mahu jatuh pengsan nanti!
Oleh itu, terdapat beberapa rahsia diet yang anda perlu tahu sebelum, semasa dan selepas hari marathon supaya anda kekal sihat, aktif serta bersedia untuk sertai sukan marathon seterusnya.
Rahsia Diet #1 – Hari Rehat atau Latihan Ringan Sebelum melakukan apa-apa senaman berat, wajib untuk anda membuat persediaan yang rapi terlebih dahulu. Sebagai permulaan, anda perlu mula dengan senaman ringan dan berlari pada jarak yang pendek untuk membina stamina.
Namun begitu, stamina yang dibina ini hendaklah selaras dengan amalan diet anda juga. Oleh itu, terdapat tiga perkara yang perlu ditekankan pada tahap ini iaitu;
1. Kurangkan karbohidrat, tingkatkan protein Untuk membina stamina, anda perlu makan banyak makanan yang kaya dengan protein seperti telur, daging merah dan kekacang dan kurangkan pengambilan karbohirat kerana protein mengambil masa yang lebih lama untuk dicerna. Oleh itu, anda dapat bertahan dengan lebih lama semasa keluar berlari di samping meningkatkan kadar metabolisme anda.
Kenapa pengambilan karbohidrat perlu dikurangkan adalah kerana makanan berkabohidrat cepat dicerna dan membuatkan anda cepat lapar dan keletihan semasa bersenam.
2. Lebihkan pengambilan lemak poli-tepu Kredit: allrecipes.com Selain protein, anda juga digalakkan mengambil banyak makanan yang mengandungi lemak poli-tepu. Lemak poli-tepu yang terkandung dalam kacang, ikan, minyak kelapa dan produk tenusu membantu dalam penyerapan nutrien.
Ia juga dapat membantu anda mengekalkan berat badan yang ideal untuk anda. Itulah sebabnya lemak poli-tepu ini penting untuk dimasukkan dalam diet seorang pelari.
3. Makan selepas latihan Gambar oleh Oleg Magni/Pexels Selepas penat berlatih, anda pasti akan berasa lapar. Itu adalah suatu yang normal kerana badan anda membakar semua makanan yang anda makan sebelum anda mula berlatih berlari. Meskipun begitu, ini tidak bererti anda boleh makan makanan berat, berlemak dan berminyak.
Amalkan pengambilan snek sihat seperti buah pisang ataupun makanan kaya protein yang dapat membina kekuatan otot dan membaiki tisu lembut yang koyak supaya anda mampu berlatih lagi pada hari seterusnya.
Rahsia Diet #2 – Hari Latihan Biasa Apabila anda sudah berasa selesa dan berjaya mendapatkan rentak untuk anda bersenam, anda perlu mencari motivasi dan juga menyesuaikan pemakanan anda supaya tenaga serta stamina anda kekal konsisten. Oleh itu, terdapat beberapa tip pemakanan mudah yang anda perlu ketahui seperti di bawah:
1. Pengambilan protein dan karbohidrat secara sederhana Apabila anda sudah mencapai tahap maksimum yang anda boleh terima dan lakukan secara konsisten, sudah tiba masanya untuk anda cari keseimbangan dalam diet anda. Oleh itu, daripada melebihkan makanan yang mengandungi protein, anda perlu makan makanan protein dan karbohidrat secara sama banyak agar jumlah tenaga yang anda ada untuk berlari adalah sejajar dengan kekuatan otot anda.
Hal ini demikian kerana untuk mengelakkan daripada kecederaan otot atau koyak tisu lembut yang boleh berlaku jika anda memaksa diri anda untuk bersenam di luar kemampuan anda.
2. Lebihkan pengambilan lemak poli-tepu untuk makan malam Sama seperti menjalankan latihan ringan, anda perlu kekalkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak poli-tepu dalam diet anda. Kali ini, anda hanya perlu makan makanan lemak poli-tepu dengan lebih banyak lagi, hanya semasa waktu makan malam. Pengambilan makanan jenis ini pada waktu makan malam akan mengelakkan diri anda daripada makan terlalu banyak sebelum bersenam.
Rahsia Diet #3 – Hari Latihan Berat Tahniah kepada anda! Anda berjaya kekal konsisten dalam penjagaan pemakanan anda sebelum hari marathon. Kini, tinggal beberapa hari saja lagi sebelum tibanya hari yang anda nanti-nantikan.
Tempoh ini dikenali sebagai tempoh latihan berat kerana kebanyakan daripada tenaga anda akan dihabiskan untuk latihan berlari anda. Oleh itu, tip-tip pemakanan di bawah mampu memastikan badan anda pada tahap yang optimum;
1. Tambahkan hidangan karbohidrat Kredit: ieatishootipost.sg Karbohidrat = tenaga. Oleh itu, anda digalakkan untuk meningkatkan jumlah makanan berkarbohidrat dalam diet anda supaya tahap tenaga badan anda kekal tinggi dan bersedia untuk hari marathon.
2. Tingkatkan pengambilan cecair Gambar oleh RUN 4 FFWPU/Pexels Pada hari kejadian, anda perlu pastikan badan anda mendapat air yang mencukupi untuk kekal berhidrasi. Jangan tak membawa sebotol air hanya sebab anda tidak mahu kelajuan anda terbatas kerana memegang botol air. Anda tidak akan dapat pingat yang diimpi-impikan kalau anda jatuh pengsan kerana badan anda kekurangan air.
3. Kurangkan makanan pedas Bagi pencinta makanan pedas yang mahu berlari dalam marathon, pada fasa penghujung ini, anda perlu kurangkan pengambilan makanan pedas, khususnya pada malam sebelum hari marathon untuk mengelakkan gastrik, pedih ulu hati ataupun ketidakselesaan perut yang boleh mengganggu tumpuan anda untuk berlari. Selepas menang, anda boleh makan sepuas-puasnya.
4. Tingkatkan pengambilan serat atau antioksidan Tip terakhir adalah meningkatkan pengambilan serat atau antioksidan untuk mencuci toksin dalam badan dan melancarkan proses penghadaman anda supaya anda berada dalam keadaan yang terbaik untuk berlari pada hari marathon. Walaupun begitu, jangan makan makanan berserat sebelum berlari kerana kami khuatir anda terpaksa bertukar haluan ke tandas terdekat dan bukan garisan penamat lalu hapuskan impian anda untuk memegang pingat.
Ke Garisan, Sedia, Diet! Itulah antara tip-tip rahsia diet pelari yang anda perlu pertimbangkan jika anda mahu menjadi pelari marathon profesional nanti. Meskipun begitu, pastikan anda masih makan makanan kegemaran anda untuk mendapat kalori yang mencukupi supaya badan anda kekal bertenaga.
Tapi sekali-sekala, jangan lupa juga untuk mengganjarkan diri anda dengan ‘cheat day’ kerana begitu gigih berusaha. Kemenangan anda tidak akan membawa apa-apa makna kalau anda terlalu mengawal diri anda.
The post Rahsia Diet Terbaik untuk Peminat Tegar Sukan Marathon appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/open-house/rahsia-diet-peminat-sukan-marathon

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peminat Tegar Lagu Romantik Indonesia

Peminat Tegar Lagu Romantik Indonesia

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 369 hits
Dear Shoko s Siapa cakap aku ni kpopers Memanglah kpopers tapi tu dulu zaman aku budak budak Sekarang ni semenjak dah masuk baya baya pokok durian nenek dalam kebun magika tu sedikit sebanyak dah berubah Minat Leessang ngan Song Triplets tu...
Elak Dirakam Penjenayah Ini Cara Terbaik Untuk Mengesan Kamera Tersembunyi Dalam Bilik

Elak Dirakam Penjenayah Ini Cara Terbaik Untuk Mengesan Kamera Tersembunyi Dalam Bilik

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 594 hits
Semua pasti tahu bahawa kamera merupakan sebuah alat yang digunakan untuk merakam imej pegun dan detik detik indah yang dapat diabadikan sebagaikan kenangan Sesuai dengan peredaran waktu terdapat banyak rekaan kamera yang mempunyai pelbagai...
Pakej Star Cruise Pilihan Terbaik Melancong Tahun 2017

Pakej Star Cruise Pilihan Terbaik Melancong Tahun 2017

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 284 hits
Ingin berada atas kapal sambil belayar RB nak suggestkan pada korang percutian paling bermakna atas cruise STAR CRUISE LIBRA 3 HARI 2 MALAMPelayaran melancong ke Phuket sambil belayar sambil melacong wah gempak kan Atas cruise Pakej makanan...
Beli Durian 1o1 Dan Durian Kampung Lemak Manis Terbaik

Beli Durian 1o1 Dan Durian Kampung Lemak Manis Terbaik

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 685 hits
Beli Durian 1O1 Dan Durian Kampung Lemak Manis Terbaik Musim durian datang lagi Kalau anda hantu durian inilah saat yang ditunggu tunggu Macam macam jenis durian yang keluar Yang terbaik Musang king kut Ada lagi durian yang lebih sedap Meh ...
Tanda Sistem Saraf Anda Mula Rosak Dan Makanan Terbaik Untuk Mencegahnya

Tanda Sistem Saraf Anda Mula Rosak Dan Makanan Terbaik Untuk Mencegahnya

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 448 hits
Organ organ badan tidak akan berfungsi dengan baik sekiranya berlaku gangguan pada sistem ini kerana apabila sistem saraf rosak fungsinya untuk menghantar impuls dari otak ke sistem saraf pusat dan kepada semua bahagian badan akan terhalang...
Buat Azmin Ali Mubahalah Jalan Terbaik

Buat Azmin Ali Mubahalah Jalan Terbaik

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 357 hits
oleh Ab Jalil Backer Bila melihat video video tersebar tersebut ada rasa simpati kepada beliau Kasihan anak anak dan keluarga beliau Namun apabila diingat segala cercaan dan nista Azmin Ali kepada ahli UMNO simpati tersebut sikit demi sedik...
Planner Terbaik 2018 Planner Dari One Syabab Planner Terbaik Pernah Dimiliki

Planner Terbaik 2018 Planner Dari One Syabab Planner Terbaik Pernah Dimiliki

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 456 hits
Planner 2018 Planner terbaik untuk perancangan harian Azam baru impian dan juga keinginan untuk menjadi manusia yang lebih baik dari tahun ke tahun sudah menjadi perkara paling biasa kita dengar apabila tahun baru tiba Salah satu benda terp...
Iklan Terbaik Korang Wajib Tengok

Iklan Terbaik Korang Wajib Tengok

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 279 hits
Punyalah tengah khusyuk bermuka buku tiba tiba tertengok pulak iklan ni Perghhh Makan dalam betul iklan ni Bila dah termakan dalam tak nak lah makan sorang sorang Korang yang tengok pon makanlah dalam sekali Kesimpulannya di sini disamping ...
Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Shell Out Delivery Ke Rumah Sempena Pkp Di Port Dickson

Hiasan Kelas Jata Negeri Printable

Rasa Macam Mandi Bunga Dengan Rose Shower Gel Green Herbology

Settle Baju Raya Sebelum Ramadan

Pencuci Muka Terbaik Mengandungi Aloe Vera Tea Tree Oil Mencuci Bersih Hingga Ke Liang Pori

15 Tempat Menarik Dunia Yang Jarang Diketahui