Rahsia Di Sebalik Bau Hujan Yang Menenangkan Ini Penjelasan Saintis


Rahsia Di Sebalik Bau Hujan Yang Menenangkan, Ini Penjelasan Saintis
Hujan sering dianggap sebagai satu rahmat alam yang membawa ketenangan.
Ia bukan sahaja membawa kehidupan kepada tumbuhan dan haiwan, tetapi juga memberikan kelegaan kepada manusia yang menanti redupnya cuaca.
Setiap kali hujan turun, ada satu bau yang cukup membuat ramai berasa tenang dan selesa. Bagi sesetengah orang, bau ini membawa rasa nostalgia dan kedamaian yang sukar dijelaskan.
Namun, apakah yang membuatkan bau hujan begitu harum dan menyenangkan? Kajian mendapati, terdapat beberapa jenis aroma yang terhasil semasa hujan yang mampu memberikan rasa segar kepada deria manusia.
Rahsia di sebalik bau hujan
Menurut Live Science, bau hujan yang turun selepas cuaca kering yang berpanjangan dikenali sebagai “petrichor”.
Perkataan ini berasal daripada gabungan dua istilah Yunani iaitu “petr” yang bermaksud batu, “ichor” yang membawa maksud esen halus.
Istilah ini pertama kali digunakan pada tahun 1964 dalam jurnal Nature oleh dua orang saintis dari Australia yang mengkaji bau ketika cuaca lembap.
Mereka menjalankan penyelidikan di India dan mendapati istilah “petrichor” merujuk secara khusus kepada bau yang terhasil apabila tanah liat yang kering dan panas disirami air hujan.
Reaksi kedua yang menghasilkan bau ini berlaku apabila bahan kimia yang dihasilkan oleh bakteria tanah yang dikenali sebagai actinomycetes dilepaskan ke udara.
Difahamkan, sebatian aromatik inilah yang bergabung dan menghasilkan bau yang menyenangkan apabila hujan mengenai permukaan bumi.
Sumber lain yang turut menyumbang kepada bau menyenangkan ketika hujan ialah tumbuh-tumbuhan di sekeliling. Sesetengah pokok akan mengeluarkan minyak semasa musim kering, dan apabila hujan turun, minyak ini tersebar ke udara.
Asid lemak meruap seperti asid stearik dan asid palmitik inilah yang menambah aroma berbau tanah yang sedar pada udara ketika hujan.
Selain itu, satu lagi bau yang sering dikaitkan dengan hujan ialah ozon.
Semasa ribut petir, kilat boleh memecahkan molekul oksigen dan nitrogen di atmosfera. Molekul ini kemudian bergabung semula membentuk nitric oxide, yang seterusnya bertindak balas dengan bahan kimia lain di udara lalu menghasilkan ozon.
Live Science juga menjelaskan bahawa ozon mempunyai bau tajam yang menyerupai bau klorin.
Apabila seseorang mengatakan mereka boleh hidu bau hujan yang bakal turun, itu mungkin kerana angin dari ribut yang sedar mendekat telah membawa zarah ozon dari awan ke paras tanah dan sampai ke deria bau manusia.
BACA: Bukan Sebab Peluh Je, Ini 5 Punca Badan Berbau Yang Ramai Tak Tahu
BACA: Perubahan Cuaca Boleh Menyebabkan Sakit Sendi? Ini Penjelasan Pakar Fisioterapi
BACA: Ahli Meteorologi Dedah Rahsia Di Sebalik Pemilihan Nama Taufan
Sumber: Live Science
The post Rahsia Di Sebalik Bau Hujan Yang Menenangkan, Ini Penjelasan Saintis appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/22/rahsia-di-sebalik-bau-hujan-yang-menenangkan-ini-penjelasan-saintis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rahsia Usia Di Sebalik Senyuman

Rahsia Usia Di Sebalik Senyuman

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 159 hits
Penulis Dr Mohamad Asyraf Iskak Dr Nor Atika Md Ashar Pelajar Siswazah Program Kepakaran Doktor Odontologi Forensik Fakulti Pergigian Universiti Kebangsaan Malaysia Pensyarah Kanan Pakar Odontologi Forensik Fakulti Pergigian Universiti Keba...
Ahli Meteorologi Dedah Rahsia Di Sebalik Pemilihan Nama Taufan

Ahli Meteorologi Dedah Rahsia Di Sebalik Pemilihan Nama Taufan

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 118 hits
Ahli Meteorologi Dedah Rahsia Di Sebalik Pemilihan Nama Taufan Taufan merupakan antara fenomena alam paling berbahaya di dunia Ia boleh membawa hujan lebat angin kencang dan ombak besar yang mampu memusnahkan kawasan pesisir dalam masa sing...
Rahsia Di Sebalik Kebersihan Beauty Blender Mengapa Liang Span Mampu Menyimpan Kotoran

Rahsia Di Sebalik Kebersihan Beauty Blender Mengapa Liang Span Mampu Menyimpan Kotoran

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 170 hits
Ramai yang percaya beauty blender sentiasa bersih namun pori pori span itu mudah menyimpan kotoran Jika tidak dibersihkan dengan baik bakteria dan kulat akan terkumpul yang boleh menyebabkan kulit berjerawat kemerahan dan rasa pedih Berikut...
Amaran Hujan Lebat Ribut Petir Di Kebanyakan Negeri Malam Ini

Amaran Hujan Lebat Ribut Petir Di Kebanyakan Negeri Malam Ini

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 174 hits
Amaran Hujan Lebat Ribut Petir Di Kebanyakan Negeri Malam Ini Hujan lebat ribut petir dan angin kencang diramal akan melanda kebanyakan negeri sehingga jam 10 malam ini Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia hujan lebat dijangka berlaku di se...
Kereta Breakdown Tepi Jalan Waktu Hujan Lebat

Kereta Breakdown Tepi Jalan Waktu Hujan Lebat

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 219 hits
Kejadian enjin kereta mati secara tiba tiba berulang kembali Kereta kami breakdown tepi jalan Benda yang paling aku takut berlaku lagi Lagi tragik waktu tu tengah hujan lebat Memang ngeri kalau ingat semula Alhamdulillah Allah jaga kami sek...
8 Merk Jas Hujan Anti Rembes Dan Sobek Dengan Harga Terjangkau

8 Merk Jas Hujan Anti Rembes Dan Sobek Dengan Harga Terjangkau

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 169 hits
Rekomendasi merk jas hujan anti rembes dan anti sobek 1 AiLook 2 Tiger Head 3 Macropus 4 ASADTSU 5 Extrime 6 HOODJAS 7 Rei 8 Rainsol
Tujuh Negeri Diramal Hujan Petang Ini

Tujuh Negeri Diramal Hujan Petang Ini

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 149 hits
Tujuh Negeri Diramal Hujan Petang Ini Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir hujan lebat di tujuh negeri dan satu Wilayah Persekutuan hingga jam 5 petang ini Menurut kenyataan itu beberapa daerah di negeri Kedah Perak ...
Hujan Lebat Berterusan Selama Hampir Sejam Akibatkan Beberapa Kawasan Di Daerah Lipis Dilanda Banjir Kilat

Hujan Lebat Berterusan Selama Hampir Sejam Akibatkan Beberapa Kawasan Di Daerah Lipis Dilanda Banjir Kilat

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 188 hits
LIPIS Hujan lebat berterusan selama hampir sejam sejak pukul 2 pagi hingga 3 pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat memaksa puluhan penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara Menurut aplikasi Inf...
Hujan Lebat Diramal Badai 3 Negeri 1 Wilayah Hingga Awal Pagi Ini

Hujan Lebat Diramal Badai 3 Negeri 1 Wilayah Hingga Awal Pagi Ini

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 181 hits
Hujan Lebat Diramal Badai 3 Negeri 1 Wilayah Hingga Awal Pagi Ini Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir hujan lebat dan angin kencang yang diramal akan melanda tiga negeri dan satu Wilayah sehingga jam 1 pagi ini Amar...
Armizan Replaces Ewon As Sabah Rep On Ma63 Technical Committee

Malaysianow Editor Seeks To Void Criminal Defamation Provisions

Produk Amazon Yang Boleh Dihantar Ke Malaysia Top Pilihan

Klia Bocor Hujan Mencurah Macam Air Terjun

Orang Sabah Nak Undi Bung Lagi Ke

Pemerhati Rasuah Malaysia Adakah Kerajaan Negeri Pusat Luluskan Kutipan Tol Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta

Aktiviti Program Pertemuan Pengerusi Mais Bersama Pibk Di Bawah Mais Ppim 14 11 2025

Singah Mengalas Perut Di Tuk Tuk Tomyam Kota Kinabalu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pantyhose Newsbreak 2025 Part One

Pembungkusan Makanan Eco Friendly Gaya Baharu Usahawan Moden

Trump Berkata Dia Akan Menyaman Bbc Sebanyak Sehingga 5 Bilion Kerana Penyuntingan Video

Pesona N Rdlingen Permata Tersembunyi Di Bavaria

Farah Lee Maklum Masih Belum Miliki Rumah Di Usia 36 Tahun Kalau Dah Terlibat Dengan Riba Rugi Dekat Akhirat Nanti

Khairy To Hit Sabah Campaign Trail For Old Friends Despite Uncertain Umno Return