Rahsia Berumur 250 Tahun Terbongkar





Berusia 250 tahun jarang berlaku dizaman kini. Faktor pemakanan, cara hidup - spiritual, emosi dan mental memainkan peranan untuk berusia sepanjang ini.

Ada beberapa soalan ingin diajukan, jika kita berusia panjang apa bakti yang ingin disumbangkan kepada masyarakat? adakah kita ingin berusia panjang kerana takut kepada mati? atau adakah sayang meninggalkan dunia ini disebabkan harta yang telah banyak dikumpul?

Soalan-soalan ini penulis tinggalkan untuk sama-sama kita renungkan.

Rata-rata usia purata manusia dizaman ini adalah sekitar 60-70 tahun sahaja. Tetapi bagaimana ada segelintir yang memiliki usia yang panjang sehingga ratusan tahun lamanya?

Memang benar ajal kita telah ditentukan oleh yang Maha Pencipta, tetapi adakah kita tahu bila ajal bakal menjemput nanti?


"Lakukanlah kebajikan seolah-olah hidup SERIBU tahun lagi"


Persoalannya kita tidak tahu bila ajal bakal tiba; ia bakal menjemput pada bila-bila masa. Itu adalah urusan-Nya. Urusan kita adalah menjaga kebajikan tubuh yang diamanahkan ini sebaik-baiknya.

Menjadi penjaga tubuh yang tahu hakikat tubuh itu sendiri. Bagaimana ia bekerja? apa yang membuatkan ia rosak dan bagaimana untuk membaik pulih jika mengalami kepincangan dalam sistemnya?



PENGAMAL HERBA BERUSIA 250 TAHUN - Memiliki 23 Isteri, 200 Orang Anak




Li Ching Yuen - Berusia 250 tahun
Li Ching Yuen seorang yang berbangsa Cina, dilahirkan di negara China, lahir pada tahun 1677 dan meninggal dunia pada bulan Mei 1933.

Bukan mudah untuk berusia sepanjang ini, sudah pasti terlalu banyak pengalaman pahit yang harus ditelan, melihat keluarga dan taulan yang tersayang pergi terlebih dahulu. Itu merupakan pengalaman yang harus ditempuh untuk berusia sebegini.


Apakah rahsia beliau?


Rahsianya mudah katanya. Beliau hanya menyatakan rahsianya dengan serangkap ayat:


"Tenangkan hati, berehat seperti kura-kura, berjalan pantas seperti merpati, dan tidur seperti seekor anjing"

Sepanjang hayat beliau, beliau berkhidmat sebagai tenaga pengajar seni mempertahankan diri kepada tentera di negara China di samping menjadi pengamal perubatan herba yang memiliki 1001 pengetahuan herba tradisional, merupakan antara sebab beliau mampu mencecah usia 250 tahun.


QiGong - Seni Mempertahankan diri



Buah Goji - Meningkatkan sistem imun dan peredaran darah

Beliau meninggalkan dunia ini tanpa sebarang penyakit. Ketika diakhir hayatnya beliau menyatakan kepada anak muridnya, "Tanggungjawab ku telahpun selesai didunia ini, sekarang aku telah bersedia untuk 'pulang' "


SEGALA PENAWAR BERADA DIDALAM DIRI


Kajian menyatakan: '70% daripada segala penyakit adalah berpunca daripada emosi dan fikiran yang negatif'

Penyakit yang berpunca daripada hal-hal ini dinamakan sebagai penyakit Psikosomatik.

Sebagai contoh; stress yang berlarutan boleh menyebabkan penyakit gastrik pada perut. Sekiranya masih berlarutan sehingga memakan masa bertahun lamanya, ia boleh menyebabkan penyakit diabetes dan akut jantung.

Para doktor dan saintis bersetuju bahawa fikiran dan emosi dapat mempengaruhi kebolehupayaan organ dan keadaan tubuh kita.

Ubat-ubatan moden sebenarnya tidak mengubat simtom-simtom penyakit ini, ianya hanya memendam sementara dan kemudian sakit ini muncul semula kerana punca penyakit tidak dirawat.

Ada sebuah kisah yang ingin dikongsikan kepada pembaca tentang bagaimana fikiran mampu merawat tubuh kita. Sebuah kisah yang membuka mata dan kepercayaan kita tentang 'The Power of Thought' atau kuasa minda.

Seorang lelaki dikenali sebagai Morris Goodman telah mengalami kemalangan apabila kapal terbang yang dinaikinya jatuh terhempas pada tahun 1981.

Menurut jangkaan, beliau sepatutnya telahpun meninggal dunia kerana kerosakan tulang belakang dan 'diaphragm'.

Ketika itu beliau hanya menggunakan alat bantuan pernafasan, dan hanya mampu mengelip-ngelip matanya untuk berkomunikasi. Jika kita berada ditempat beliau, kita berkemungkinan telah pasrah dengan apa yang berlaku terhadap diri.

Berkat ilmu yang beliau pernah pelajari tentang kekuatan minda telah membuatkan beliau gagah dan mampu terus hidup. Hanya dalam beberapa hari segala kesakitan yang beliau alami mampu dipulihkan. Beliau mampu bernafas semula tanpa menggunakan alat bantuan pernafasan dan sudah mampu mengerak-gerakkan anggota tubuhnya.

Doktor pada ketika itu berasa hairan tentang bagaimana ianya berlaku. Menurut ilmu perubatan moden ianya sangat mustahil. Beberapa bulan kemudian beliau mampu berjalan seperti sediakala dan pulih sepenuhnya.

Disini kita dapat melihat bahawa:


"Fikiran/emosi bukan sahaja membuat tubuh kita sakit, tetapi ianya juga mampu mengubatinya"

Penyakit berpunca daripada kita, penawarnya juga ada pada diri kita.



EMOSI / SIKAP YANG MENYEBABKAN PENYAKIT PADA TUBUH






Melalui kajian, ada beberapa emosi yang telah dikenalpasti yang menyebabkan penyakit hadir pada diri kita. Antaranya :

Cemburu - menyebabkan penyakit onkologi, melemahkan sistem imunisasi.
Dendam - menyebabkan insomnia dan penyakit dibahagian kerongkong.
Ketidakupayaan untuk mencari penyelesaian  - menyebabkan penyakit paru-paru.
Kekurangan moral - menyebabkan penyakit kronik, dan penyakit kulit.
Terlalu ego dalam kepercayaan - kencing manis , migrain, dan radang.
Suka Berbohong - jangkitan kulat, dan melemahkan sistem imunisasi.
Terlalu Agresif - menyebabkan ulser perut, refluks asid, dan ketuat.
Pemendam - menyebabkan skizofrenia dan penyakit buah pinggang.
Zalim/Kejam - punca sawan, asma, dan anemia.
Suka Mencari konflik - punca pembesaran tiroid.
Sikap acuh tak acuh - menyebabkan diabetes.
Was-was  - punca kemandulan.
Bersikap kasar atau suka menghina - menyebabkan kencing manis dan penyakit jantung.
Terlalu Risau- menyebabkan gangguan sistem penghadaman, jantung, dan penyakit kulit.
Tamak - menyebabkan penyakit onkologi, obesiti dan penyakit jantung.


Jika kita mampu mengubah sikap-sikap yang tidak baik pada diri kita, segala penyakit akan cepat sembuh. Dengan izin-Nya.


Sekiranya anda masih mencari jalan penyelesaian berkenaan hati, ingin melihat kehidupan kearah persepsi yang lebih positif dan memahami bahasa hati melalui 'FEELING' atau perasaan, penulis menyarankan pembaca untuk sertai program E-Hati yang dianjurkan oleh Diyana Tahir selaku coach yang mempunyai kepakaran didalam 'NLP - Neuro Lingustic Programming'.

Rata-rata peserta yang hadir mendapat impak yang sangat positif. Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai program ini sila klik ke pautan ini www.ehati.com




Testimoni Peserta Terapi E-Hati




[Klik Gambar Untuk Mengetahui Maklumat Lanjut Program Ehati 29 Nov - 1 Dis 2013 di Regency Hotel, Kuala Lumpur]


3 CARA UNTUK SENTIASA BERADA DALAM KEADAAN SIHAT WALAFIAT


1. Sentiasa Menjaga Perbuatan dan Fikiran/Emosi

Sentiasa mengawal emosi dengan mencatat segala emosi yang kita alami sepanjang hari. Dengan cara ini kita tahu apa yang perlu diperbaiki daripada masa ke semasa


2. Membuat Perkara-Perkara yang Kita Suka dan Mengembirakan Diri


Sentiasa bersangka baik dan positif. Apa yang kita fikirkan adalah frekuensi. Apabila kita mengubah kearah frekuensi yang lebih baik, tubuh akan jadi lebih baik dan mampu menyembuhkan.

Fokus kearah apa yang kita suka, segalanya akan mula berubah kearah apa yang kita fikirkan. Dengan izin-Nya


3. Sentiasa Menenangkan Jiwa/Fikiran 

Melakukan riadah/ritual yang menenangkan jiwa dan fikiran. Apabila kita mampu berkeadaan tenang dalam semua keadaan. Keajaiban akan mula berlaku. Semudah-mudah perkara untuk berkeadaan tenang dalam semua keadaan adalah sentiasa BERSYUKUR.

Penyakit adalah indikator atau signal tubuh kepada diri kita bahawa kita berada didalam keadaan yang tidak baik secara emosi. Pada peringkat awal ia akan terzahir pada sikap kebimbangan/kerisauan, takut dan melahirkan fikiran negatif yang keterlaluan.

Sekiranya kita tidak mengendahkan dan tidak mengubah sikap atau emosi diri kita, tubuh akan menghantar signal yang lebih kuat untuk menarik perhatian kita bahawa apa yang kita lakukan adalah salah dan harus diperbetulkan daripada segi fizikal.


LAKUKAN KEBAJIKAN SEBANYAK-BANYAKNYA KEPADA SERAMAI-RAMAI MANUSIA/MAKHLUK

Apa sahaja yang memberi kebaikan kepada diri kita, ianya baik kepada yang lain juga.




Sumber INSPIRASI Kejayaan Anda



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceciterje.blogspot.com/2013/11/rahsia-berumur-250-tahun-terbongkar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rahsia Dalam Biz Online Terbongkar

Rahsia Dalam Biz Online Terbongkar

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 127 hits
Assalam Ada tak sesiapa kat sini yang masih baru dalam bidang biz online baru join semalam minggu lepas bulan lepas tapi masih takde yang masyukk why Ok sebelum tu dalam pemerhatian gua akhir akhir ni biz biz online ni dah banyak dan makin ...
Bitcoin As 100 000 Tahun Ini As 250 000 Tahun Depan As 1 000 000 Sasaran Utama Menjelang 2025

Bitcoin As 100 000 Tahun Ini As 250 000 Tahun Depan As 1 000 000 Sasaran Utama Menjelang 2025

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 190 hits
Penganalisis terkenal Matthew Hyland percaya bahawa mengatasi pencapaian AS 100 000 menjelang akhir tahun ini akan menggalakkan lebih banyak syarikat beralih daripada fiat kepada Bitcoin yang akan menyebabkan pertumbuhan emas digital sehing...
Rahsia Dapatkan Produk Murah Berkualiti Terbongkar

Rahsia Dapatkan Produk Murah Berkualiti Terbongkar

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 165 hits
Assalam Hari ni gua tak pegi mana mana saje nak lepak dan habiskan masa kat rumah yela kan penat bekerja hehehe so inilah masa yang sesuai untuk berehat tapi dalam rehat ni gua sempat jugak untuk menulis entri dalam blog gua untuk dikongsik...
Polis Cari Tujuh Kanak Kanak Berumur 12 15 Tahun Lari Dari Rumah Penjagaan Di Kuantan

Polis Cari Tujuh Kanak Kanak Berumur 12 15 Tahun Lari Dari Rumah Penjagaan Di Kuantan

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 268 hits
KUANTAN Polis melancarkan operasi mencari tujuh kanak kanak lelaki yang dipercayai melarikan diri dari rumah kanak kanak di sini semalam Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihaknya kini sedang mengesan lokasi kanak kanak ...
21 Pesanan Ulama Untuk Yang Berumur 40 Tahun Ke Atas

21 Pesanan Ulama Untuk Yang Berumur 40 Tahun Ke Atas

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 149 hits
Fudhail bin Iyadh berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur 40 50 60 tahun Maka nasihat Fudhail kepadanya Bererti kamu sekarang berjalan menuju Tuhanmu dan hampir sampai Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja mu lalu akan diampun...
Rahsia Astaghfirullah Terbongkar

Rahsia Astaghfirullah Terbongkar

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 163 hits
Mari kita selalu amalkan Moga Dia limpahkan rahmat keampunan buat kita dan tempatkan kita di syurgaNya Amin
Wanita Tertua Di Dunia Makan 100 000 Biji Telur Rahsia Wanita Hidup 117 Tahun

Wanita Tertua Di Dunia Makan 100 000 Biji Telur Rahsia Wanita Hidup 117 Tahun

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 205 hits
VERBANIA Apakah rahsia seseorang panjang umur Bagi Emma Morano wanita tertua di dunia ketika ini yang berusia 117 tahun makanan yangsimplekelihatan menjadi rahsia Emma satu satunya manusia yang dilahirkan pada abad ke 19 kini berada di plan...
Terbongkar 10 Tahun Jadi Hamba Seks Bapa

Terbongkar 10 Tahun Jadi Hamba Seks Bapa

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 202 hits
LAWAS Perbuatan terkutuk seorang bapa yang menjadikan anak kandungnya sebagai hamba seks selama 10 tahun ak hirnya terbongkar apabila dia ditahan sepasukan polis di rumahnya di Kampung Languban This is a content summarry Visit my website fo...
Si Isteri Kena Halau Dengan Suami Tidur Kat Luar Sebab Suami Nak Video Call Dengan Kekasihnya Berumur 18 Tahun

Si Isteri Kena Halau Dengan Suami Tidur Kat Luar Sebab Suami Nak Video Call Dengan Kekasihnya Berumur 18 Tahun

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 313 hits
Gambar Sekadar Hiasan Assalam min Hide profile aku aku dalam dilema untuk terus kuat atau cuba untuk terima kenyataan yang suami aku dah sebetul2nya tak ade hati pada aku
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba