Rahmatan Lil Alamin Kefahaman Dan Kekeliruan


ANJAKAN penghijrahan ke era Malaysia Baharu pada Mei 2018 telah menjanjikan perubahan-perubahan kononnya mampu meringankan kerisauan yang membebani hati dan perasaan gundah-gulana rakyat.
Gagasan Rahmatan lil alamin, Maqasid Syariah serta Model Malaysia menjadi nilai agama dan budaya yang bakal menjadi antara dasar kerajaan baharu dalam membentuk masa depan mencapai sasaran negara rahmat dan membentuk masyarakat harmonis.
Namun menjadi kegelisahan rakyat apabila melihat kepada realiti politik semasa dan isu-isu berbangkit yang menjadi ancaman kepada umat Islam dan institusi Islam. Malah lebih malang lagi apabila umat Islam terpaksa berhimpun bagi menuntut agar hak mereka tidak dicabuli dan bagi mempertahankan kedaulatan Islam. Satu senario yang tidak sepatutnya berlaku di negara yang majoritinya Islam.
Kegelisahan ini bukan sahaja disuarakan oleh rakyat marhaen, malah melibatkan para intelektual dan agamawan seperti Mufti Perlis. Beliau menyifatkan realiti politik pada masa ini yang membiarkan umat Islam dibuli menyebabkan rakyat akur bahawa Islam berada dalam keadaan tidak begitu selamat di bawah pentadbiran kerajaan hari ini.
Bagi merungkai kekeliruan gagasan Rahmatan lil alamin, saya cuba mengekspresikan sedikit usaha meneliti ayat-ayat suci al-Quran dan kitab-kitab tafsir muktabar bagi memahami maksud sebenarnya secara tuntas berdasarkan definisi, metodologi dan tafsiran para ulama muktabar terhadap firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kami tidak mengutuskan engkau (Wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekelian alam.”
 (al-Anbiya 107).
Setelah menelusuri maksud sebenar ayat ini disesuaikan dengan metodologi Ahlul Sunnah Wal Jamaah dapat disimpulkan: Rahmatan lil alamin bukan hak asasi manusia dan kebebasan. Keghairahan menuntut hak kesamarataan atas nama hak asasi manusia malah meraikan golongan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) lebih daripada sepatutnya menimbulkan perasaan kurang selesa kepada umat Islam. Golongan liberalisme dan pluralisme semakin berani menyebarkan ideologi yang bertentangan dengan Perlembagaan negara.
Rahmatan lil alamin bukan toleransi tanpa batasan. Rahmatan lil alamin adalah satu cara hidup dan seni berpolitik berlembut dan bertegas yang berprinsip dan berperaturan. Terkandung padanya aspek nasihat, tanggungjawab, pencegahan, peringatan, tindakan undang-undang bahkan terkadang terpaksa berjihad mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.
Tidak keterlaluan jika saya katakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah membumikan makna Rahmatan lil alamin dalam kepimpinannya melalui dua dimensi iaitu pendekatan berlembut dan bertegas. Sikap berlembut, bertolak ansur dan memberikan ruang serta peluang oleh kepimpinan tertinggi parti kepada pimpinan di peringkat negeri, bahagian dan cawangan serta sayap tidak bermaksud mereka boleh melakukan sesuatu tindakan sesuka hati tanpa makluman dan restu kepimpinan pusat.
Ketegasan kepimpinan membuat keputusan bukan bermakna tiada ruang untuk berunding dan bertolak ansur. Sebenarnya, dimensi berlembut dan bertegas inilah yang menjadi satu keunikan kepada kepimpinan UMNO dan BN sejak sekian lama.
Bagi menzahirkan ketegasan dan solidariti mempertahankan kedaulatan Islam, marilah kita bersama-sama hadir ke Perhimpunan Rakyat, esok (4 Mei 2019) dengan niat dan tekad ‘Pertahankan Maruah Agama, Islam Didaulatkan’.


AHMAD ZAHID HAMIDI

#demiummah

#akhiratdidepan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/05/04/rahmatan-lil-alamin-kefahaman-dan-kekeliruan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rahmatan Lil Alamin Akan Jadi Dasar Baharu

Rahmatan Lil Alamin Akan Jadi Dasar Baharu

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 319 hits
Siti Nor Hidayatidayu Razali GAGASAN rahmatan lil alamin akan menjadi dasar baharu kerajaan dalam membentuk masa depan Malaysia Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata cadangan gagasan berteras rahmatan lil al...
Salam Ramadhan Rahmatan Lil Alamin

Salam Ramadhan Rahmatan Lil Alamin

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 554 hits
Sementara itu waktu berbuka puasa bagi negeri2 di seluruh Malaysia adalah seperti berikut Terengganu waktu magribKelantan waktu magribPahang waktu magribJohor waktu magribSelangor waktu magribKuala Lumpur waktu magribPerak waktu magribKedah...
Interaksi Konsep Rahmatan Lil Alamin Dengan Masyarakat Capai 50 Peratus

Interaksi Konsep Rahmatan Lil Alamin Dengan Masyarakat Capai 50 Peratus

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 294 hits
Interaksi Jabatan Perdana Menteri terhadap konsep Rahmatan Lil Alamin dengan masyarakat sudah mencapai 50 peratus kata menterinya Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa Beliau berkata kebanyakan interaksi tersebut berlaku dengan jabatan dan agens...
Mujahid Buat Perangai Kini Perkenal Pula Konsep Rahmatan Lil Alamin

Mujahid Buat Perangai Kini Perkenal Pula Konsep Rahmatan Lil Alamin

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 447 hits
Gagasan Rahmatan Lil Alamin bakal menjadi antara dasar baharu kerajaan dalam membentuk masa depan Malaysia kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Beliau berkata cadangan gagasan berteraskan Rahmatan Lil Alamin Maqasid Syariah...
Tkn Sebut Ada Kekeliruan Hitung Suara Kubu Prabowo Di Bali Dan Yogyakarta

Tkn Sebut Ada Kekeliruan Hitung Suara Kubu Prabowo Di Bali Dan Yogyakarta

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 202 hits
Tim Kampanye Nasional Jokowi Ma ruf menegaskan ada kekeliruan data dari pihak Badan Pemenangan Nasional Prabowo Sandi atas persentase kemenangan pasangan capres cawapres nomor urut 02 di provinsi Bali dan Yogyakarta
Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Ptd M41

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Ptd M41

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 823 hits
Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris PTD M41 Sedang mencari contoh soalan seksyen c kefahaman Bahasa inggeris untuk PTD M41 Panduan yang membolehkan anda bersedia dengan peperiksaan online di laman web SPA nanti memandangkan seksyen ini ...
Peras Ugut Pengunjung Hospital Pengawal Keselamatan Direman

Makan Seafood Sepuas Hati Di Cafe Bld Renaissance Johor Bahru

Stay Zenith Hotel Cameron Highlands

Wear Your Supercar When Automotive Passion Becomes A Lifestyle

Aktiviti Perjumpaan Ppim Bersama Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar Dbkl Ppim 19 05 2025

Beli Putu Bambu World Di Senawang

Teguran Terbuka Wan Fayhsal Bongkar Retak Dalam Bersatu

Cara Buat Sos Carbonara Homemade Sekali Masak Dapat Sekuali Mudah Jimat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Bila Budak Cakap Dah Buat Kerja Sekolah Be Like

Sukan Sekolah Anak

Kebaikan Mendapatkan Servis Lori Roro Di Lembah Klang

Alfina Braner Antah Iyo Antah Tido Chord

Uk S Royal Society Welcomes First Malaysian Based Scientist

What Are The Benefits Of Custard Apples Or Nona