Rahim Thamby Chik Adalah Bapa Segala Skandal Melaka



Pada 20  Disember 2018oleh Khoo Poay Tiong





Saya merujuk kepada pengumuman Rahim Thamby Chik dan pengikut-pengikutnya untuk keluar dari parti UMNO.
Keputusan untuk keluar parti adalah hak mereka, tetapi saya menolak sebarang cadangan untuk menerima Rahim Thamby Chik dan pengikut-pengikutnya ke dalam mana-mana parti Pakatan Harapan (PH) Melaka.
Jelas bahawa baru-baru ini, UMNO sedang mengalami krisis dalaman di mana pemimpin demi pemimpin berpusu-pusu untuk keluar parti. Perkara ini dilakukan bukan untuk agenda reformasi tetapi untuk kepentingan diri mereka.
Untuk peringatan, Rahim Thamby Chik merupakan bekas Ketua Menteri Melaka yang terlibat dalam pelbagai skandal. Pada tahun 1994, beliau terlibat dalam kejadian rogol statutory terhadap seorang pelajar sekolah, yang kemudiannya kes ini ditutup oleh Peguam Negara.
Sebaliknya, Lim Guan Eng, yang merupakan Ahli Parlimen Kota Melaka ketika itu, dipenjarakan di bawah Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan apabila beliau tampil membela nasib dan menuntut keadilan untuk mangsa.
Pada tahun 1994, menurut sebuah laporan polis yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar pada tahun 1999, Peguam Negara dan Badan Pencegah Rasuah mendapati terdapat bukti prima facie bahawa Rahim Ramby Chik terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam kes Syarikat Dayamik. Peguam Negara sekali lagi menutup kes tersebut dan tiada tindakan diambil.
Pada tahun 2011 juga, Rahim Thamby Chik merupakan dalang yang menyiarkan video seks palsu untuk menganiayai Datuk Seri Anwar Ibrahim. Oleh itu, Rahim Thamby Chik bukanlah “Bapa Pembangunan Melaka” sepertimana yang diuar-uarkan, tetapi merupakan “Bapa Segala Skandal Melaka”. Saya menyeru agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menolak sekeras-kerasnya sebarang permohonan keahlian oleh Rahim Thamby Chik dan pengikut-pengikutnya. Jika tidak, kemasukan Rahim Thamby Chik akan merosakkan integriti Kerajaan Negeri dan melemahkan keyakinan rakyat terhadap PH Melaka.
Di peringkat nasional, saya menyeru agar Majlis Presiden PH membicarakan isu lompat parti ini secara menyeluruh dan membuat keputusan tegas untuk menolak dan menghentikan perkara ini daripada terus merebak. Penerima bekas pemimpin-pemimpin UMNO ke dalam PH juga merupakan suatu pengkhianatan kepada rakyat dan ahli-ahli PH yang telah bertungkus-lumus melawan rejim Barisan Nasional untuk bertahun-tahun.
Parlimen dan Kabinet juga harus membincangkan isu ini untuk mengambil langkah mereformasikan undang-undang supaya kelakuan lompat parti yang tidak beretika dapat dielakkan, kerana perkara ini telah banyak kali menggugat integriti sistem demokrasi negara. – Roketkini.com
*Khoo Poay Tiong adalah Ahli Parlimen Kota Melaka

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2018/12/rahim-thamby-chik-adalah-bapa-segala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Melaka Mahu Permohonan Rahim Thamby Chik Sertai Ph Ditolak

Dap Melaka Mahu Permohonan Rahim Thamby Chik Sertai Ph Ditolak

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 362 hits
MALAYSIA GAZETTE Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik hari ini mengumumkan keluar UMNO dan menyerahkan permohonan untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia MELAKA Permohonan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdu...
Rahim Thamby Chik Submits Form To Join Ppbm

Rahim Thamby Chik Submits Form To Join Ppbm

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 403 hits
Former Melaka chief minister Abdul Rahim Thamby Chik is said to be submitting his membership form later today PETALING JAYA Former Melaka chief minister Abdul Rahim Thamby Chik today submitted his membership form to join PPBM He wants to jo...
Rahim Thamby Chik Tinggalkan Umno Mohon Masuk Bersatu

Rahim Thamby Chik Tinggalkan Umno Mohon Masuk Bersatu

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 607 hits
Bekas Ketua Menteri Melaka Abdul Rahim Thamby Chik hari ini mengumumkan keluar Umno dan menyerahkan permohonan untuk menyertai Bersatu Abdul Rahim berkata beliau bertindak keluar Umno dan memohon menyertai Bersatu kerana Umno kini sudah tid...
Tun M Bersatu Akan Kaji Permohonan Rahim Thamby Chik

Tun M Bersatu Akan Kaji Permohonan Rahim Thamby Chik

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 489 hits
CYBERJAYA Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan mempertimbangkan permohonan veteran UMNO yang juga bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik untuk menyertai parti itu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata setiap permohona...
Umno Rosak Dek Rasuah Rahim Thamby Chik Masuk Bersatu

Umno Rosak Dek Rasuah Rahim Thamby Chik Masuk Bersatu

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 407 hits
Umno rosak dek rasuah Rahim Thamby Chik masuk Bersatu Dikemas kini 25 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 16 Dec 2018 4
Shukor Adan Safiq Rahim Dan Nazrin Nawi Tonggak Melaka United 2019

Shukor Adan Safiq Rahim Dan Nazrin Nawi Tonggak Melaka United 2019

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 951 hits
Pada 10 Disember 2018 Persatuan Bola Sepak Melaka United telah mengikat kontrak lapan pemain baharu bagi memperkuatkan pasukan itu untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2019 Yang menjadi tumpuan peminat ialah Shukor Adan yang juga be...
Thamby Chik Claims Pakatan Parties Blocking His Ppbm Entry Out Of Guilt

Thamby Chik Claims Pakatan Parties Blocking His Ppbm Entry Out Of Guilt

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 393 hits
Nomadic former Melaka chief minister Tan Sri Rahim Thamby Chik accused PKR and DAP today of seeking to block his application to join fellow Pakatan Harapan component PPBM According to Berita Harian he claimed the two parties were pressuring...
Sajat Adalah Perempuan Sejati Bayarlah Rm300 Juta Kalau Nak Tengok Sekali Imbas Boleh La Bapa Sajat

Sajat Adalah Perempuan Sejati Bayarlah Rm300 Juta Kalau Nak Tengok Sekali Imbas Boleh La Bapa Sajat

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 723 hits
PETALING JAYA Pendedahan nama sebenar usahawan kosmetik Nur Sajat sewaktu dihadapkan ke mahkamah baru baru ini mencetuskan kontroversi sehingga tular di media sosial Susulan itu Sajat tampil memberi penjelasan kepada mStar Online untuk mena...
Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta

Penghujung Sebuah Cerita Kesedihan Dan Harapan Dalam The Last Goodbye

Seramai 2 603 Orang Mangsa Daripada 8 104 Keluarga Berada Di 68 Pusat Pemindahan Sementara Di Pahang Setakat Pagi Ini

Apa Sebenarnya Tugas Syarikat Design Printing Dalam Sesebuah Jenama

Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

T10c10 Kenapa Tunggang Motosikal

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

5 Kesilapan Biasa Orang Baru Dalam Dunia Kripto

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sukan Sea Thailand Detik Detik Penuh Mendebarkan Pecutan Emas Aisyah Zubir

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae