Rafizi Keputusan Jpp Bercanggah Tak Adil


MALAYSIAKINI

   

Calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli membidas membidas keputusan jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) yang diumumkan hari ini termasuklah keputusan untuk tidak mengadakan pemilihan semula di cabang Julau.

Dalam kenyataan media hari ini sebagai mengulas keputusan JPP, Rafizi mendakwa JPP didesak untuk tidak meneruskan pengundian semula, yang menurutnya akan memberikan kelebihan kepadanya.

"Sudah tentu saya berpendapat keputusan-keputusan JPP pada hari ini adalah tidak adil kepada saya dan rakan-rakan lain serta anggota parti keseluruhannya.

"Apabila masalah data di cabang Pensiangan diselesaikan, dijangkakan saya hanya ketinggalan sekitar 2,000 undi di belakang Mohamed Azmin Ali.

"Pengundian semula di cabang Julau akan memberi kelebihan secara keseluruhan kepada saya jika jumlah pengundi yang keluar melebihi 2,000 orang.

"Saya tahu JPP didesak untuk tidak meneruskan dengan pengundian semula, walaupun sebelum itu JPP sendiri yang mengakui sistem e-voting di Julau telah digodam dan tablet-tablet telah dicerobohi," katanya.

Rafizi turut merujuk kenyataan JPP awal hari ini yang mengumumkan tiga keputusan berhubung pemilihan semula di beberapa cabang yang telah diadakan dan penerimaan undi ragu.

Pengerusi JPP Rashid Din dalam kenyataannya berkata keputusan untuk tidak mengadakan pemilihan semua di Julau adalah kerana analisis pihaknya mendapati tiada data atau undi yang hilang.

Bagaimanapun beliau mengesahkan sistem e-undi dalam enam tablet yang digunakan telah "disapu bersih" oleh perisian anti-kecurian Prey.

Mengulas perkara itu, Rafizi membidas JPP dengan menyifatkan keputusan itu sebagai "tidak masuk akal" dan bercanggah dengan kenyataan awal JPP berhubung insiden yang melibatkan perisian antikecurian Prey.

"Ia adalah kenyataan yang 100 peratus bertentangan dengan kenyataan awal yang dikeluarkan oleh JPP sendiri.

"Kenyataan dan keputusan yang bertukar-tukar ini menyebabkan anggota parti semakin hilang keyakinan dengan kredibiliti keseluruhan proses pemilihan dan keputusannya," katanya.

Dua keputusan lain yang diumumkan JPP hari ini adalah berhubung penerimaan keputusan pemilihan semula di cabang Tawau dan Pensiangan, dan keputusan agar undi ragu hanya dikira bagi cabang-cabang terpilih yang mempunyai keputusan seri atau majoriti tipis.

Rafizi juga berkata JPP "gagal" menguruskan pemilihan dengan baik dan menerangkan perkara-perkara yang "diputar belitkan".

Antara yang disebutkan Rafizi termasuklah berhubung keanggotaan pengundi.

"JPP sendiri telah menyemak borang-borang keanggotaan dari cabang Julau dan mendapati setakat semakan, lebih 6,000 permohonan dari 13,000 permohonan mempunyai borang yang sah.

"JPP sendiri mengakui bahawa sehingga kini, keanggotaan melalui “thumb-drive” yang dibawa oleh Tian Chua dan Zuraida Kamaruddin masih belum disertakan dengan borang permohonan yang sah," katanya.

Berhubung undi ragu pula, Rafizi berkata JPP tidak boleh menolak kesemua undi ragu seperti yang diumumkan dan membuka setiap undi ragu kerana jumlahnya yang banyak boleh mempengaruhi keputusan pemilihan.

"Jika alasan JPP bahawa undi ragu hanya diteliti bagi cabang-cabang yang keputusannya sengit (melibatkan margin yang kecil), bagaimana pula dengan keputusan (bagi jawatan) timbalan presiden dan Majlis Pimpinan Pusat yang keputusannya hanya berbeza sekitar 1 peratus?" katanya.

Rafizi turut menggesa agar tindakan keras diambil terhadap ketua unit IT ALvin Teoh yang menurutnya menimbulkan keraguan terhadap sistem e-voting dan keputusan pemilihan 2018.

"JPP perlu meminta maaf kepada kesemua anggota KEADILAN atas semua kelalaian dan kelemahan yang mengundang pelbagai kontroversi dalam pemilihan 2018 ini.


"Sebagai aktivis parti yang sayangkan parti, mewakili ribuan lagi pimpinan dan aktivis parti yang lain, saya percaya kami boleh menerima segala keputusan pemilihan, asalkan ia dikendalikan dengan adil dan saksama mengambil kira perkara-perkara di atas," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/rafizi-keputusan-jpp-bercanggah-tak-adil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jpp Mesti Memperbetulkan Segala Kelemahan Pemilihan Supaya Keputusan Ada Kredibiliti

Jpp Mesti Memperbetulkan Segala Kelemahan Pemilihan Supaya Keputusan Ada Kredibiliti

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 255 hits
Kenyataan Media Rafizi Ramli13 November 2018JPP MESTI MEMPERBETULKAN SEGALA KELEMAHAN PEMILIHAN SUPAYA KEPUTUSAN ADA KREDIBILITISaya dipanjangkan satu kenyataan media yang dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat Dato Rashid Din p...
Azmin Belum Menang Tapi Dahului Rafizi Pengerusi Jpp

Azmin Belum Menang Tapi Dahului Rafizi Pengerusi Jpp

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 368 hits
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya 21 September 2018 Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR Belum menang tetapi mendahului itu respons Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti PKR Datuk Rashid Din m...
Kempen Rafizi Guna Pembesar Suara Penyokong Azmin Lapor Jpp

Kempen Rafizi Guna Pembesar Suara Penyokong Azmin Lapor Jpp

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 333 hits
Mansor OthmanKOTA SAMARAHAN 10 Nov Satu laporan rasmi telah dibuat untuk perhatian Jawatankuasa Pemilihan Pusat berikutan penggunaan pembesar suara semasa proses pemilihan PKR Sarawak Cabang Kota Samarahan Seorang calon Majlis Pimpinan Pusa...
Calon Tewas Lapor Sprm Dakwa Jpp Sabotaj Kem Rafizi

Calon Tewas Lapor Sprm Dakwa Jpp Sabotaj Kem Rafizi

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 331 hits
Adam Abu Bakar Iswardy Murni berkata beliau turut membuat laporan polis dan menyerahkan surat bantahan kepada JPP PKR PUTRAJAYA Seorang calon yang tewas dalam pemilihan PKR baru baru ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...
Saya Terima Apa Sahaja Keputusan Tun M Rina Harun

Saya Terima Apa Sahaja Keputusan Tun M Rina Harun

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 319 hits
CHERAS Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun sedia digugurkan jika sekiranya beliau benar benar tidak layak menggalas tugas menteri dalam Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad Rina yang juga Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Ma...
Piala Aff Suzuki 2018 Jadual Keputusan

Piala Aff Suzuki 2018 Jadual Keputusan

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 1029 hits
Skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe bakal bersaing dalam kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 yang akan berlangsung dari 8 November hingga 15 Disember 2018 Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Vietnam Myanmar Kemboja dan Laos manaka...
Rina Sedia Terima Sebarang Keputusan Jika Berlaku Rombakan Kabinet

Rina Sedia Terima Sebarang Keputusan Jika Berlaku Rombakan Kabinet

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 271 hits
KUALA LUMPUR Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun bersedia menerima apa sahaja keputusan mengenai kedudukannya sekiranya berlaku rombakan Kabinet Beliau berkata ketika ini beliau akan tetap memberi keutamaan untuk terus men...
Keputusan Muktamad Larangan Merokok Di Premis Makanan Bakal Dilaksanakan

Keputusan Muktamad Larangan Merokok Di Premis Makanan Bakal Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 279 hits
Jika sebelum ini keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengeluarkan arahan larangan merokok di semua premis makanan telah mendapat tentangan dan desakan daripada beberapa pihak melalui keputusan yang terbaru Menteri Kesihatan telah...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Uniform Sekolah Berkualiti Serta Mampu Milik Di Pusat Pakaian Hari Hari