Rafizi Akan Bawa Strategi Baru Menjelang Pru 15




Rafizi akan bawa strategi baru menjelang PRU 15Posted By: Redzuan RF8 Mediaon: March 31, 2022
SharePilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang semakin hampir dan prestasi KEADILAN yang kurang memberansangkan dalam 2 siri Pilihan Raya Negeri (PRN) merupakan kebimbangan utama menyebabkan Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli kembali ke arena politik selepas bercuti panjang.
Hal itu dijelaskan beliau dalam wawancara bersama Astro Awani, malam tadi.
“Isunya bagaimana kita ingin perkukuhkan KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) untuk masuk PRU akan datang dengan lebih berkeyakinan selepas tewas 4 PRN.
“Dari banyak dapatan, kita tengok 2 – 3 tahun kebelakangan ini pengundi Atas Pagar terpisah dengan diskusi politik negara. Sebabnya melihat gabungan politik yang ada lebih kepada mahu berkuasa dan tidak sangat pergi ke soal isu kehidupan harian yang dihadapi rakyat
“Dari segi itu saya dan sahabat dapat membantu membawa kembali diskusi politik negara ke arah PRU akan datang supaya boleh kembali semula ke soal ekonomi, anak muda, pekerjaan dan sebagainya,” katanya.
Bagaimanapun mengenai soalan provokatif mengapakah Naib Presden KEADILAN itu tidak terus bertanding jawatan presiden untuk lebih mudah membuat perubahyan, Rafizi menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan calon terbaik sebagai Perdana Menteri untuk rakyat yang tidak menyukai BN dan PN. Jadi beliau perlu kekal sebagai Presiden KEADILAN dan Pengerusi PH.
“Bagi saya cukup jelas bahawa satu satunya calon PM yang berkebolehan untuk menarik minat pengundi yang tidak bersetuju dengan BN atau PN adalah Datuk Seri Anwar,” katanya.
Justeru, kata Rafizi, fokus beliau bersama pasukannya ketika ini adalah untuk mengembalikan minat pengundi Atas Pagar keluar mengundi pada PRU 15.
Atas sebab itu juga, katanya, beliau melancarkan Ayuh Malaysia untuk mengembeleng sukarelawan dan membangkitkan semangat seluruh negara mengambil bahagian dalam politik.
“PRN lepas pengundi Atas Pagar mengalami kelesuan politik. Sokongan utama kepada KEADILAN selama ini adalah Atas Pagar dan sebahagian besar mereka merupakan pengundi lebih muda, umur 40 tahun ke bawah
“Mereka sudah tentu minat pimpinan yang melalui kehidupan yang sama seperti mereka. Pimpinan yang kita bersetuju untuk menggerakkan Ayuh Malaysia ini adalah pimpinan akar umbi yang memang sudah pun menjalankan beberapa perkara dengan penduduk setempat.
“Contoh YB Lih kang memang sedang usahakan ladang vanila. Yang tanam, jual di China dan dapat menjana pendapatan di kalangan anak muda. Kita pilih mereka yang ada pengalaman yang membuktikan beberapa perkara yang ditonjolkan,” katanya.
Ditanya sama ada kekurangan undi yang diterima PH dalam 3 siri PRN baru baru ini menunjukkan rakyat semakin muak kepada kepimpinan PH yang mengekalkan muka sama sejak puluhan tahun, Rafizi menganggap analisis itu tidak tepat kerana pengundi Atas Pagar yang biasa mengundi PH kurang berminat dengan politik.
“Isu dia lebih kepada rentetan yang berlaku sejak 2018, bukan soal individu. Melihat data pengundi Atas Pagar sebahagian besar mereka tak minat politik, mereka minta penyelesaian. Sejak 2018 apabila PH ambil alih kuasa banyak pertembungan antara parti.
“Bersatu kukuh keadaan dia, campurtangan soal politik KEADILAN, cuba menidakkan peralihan kuasa. Rakyat melihat: ‘Kami beri kamu mandat dan kini kamu fokus masalah kamu’.
“Rakyat akhirnya rasa selepas 4 tahun politik bukan soal rakyat tetapi berapa kerat yang menang (berebut) mereka jadi menteri. Masuk gabungan mana pun keadaan sama. Jadi mereka kata lebih baik tak payah mengundi,” katanya lagi.
Rafizi juga tidak bersetuju untuk dilakukan sebarang rundingan pakatan pilihan raya sebelum PRU terutama untuk politik Sabah dan Sarawak.
Kata beliau, pada PRU 14 lalu PH mampu membentuk kerajaan malah tanpa Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak sekali pun. Namun sekiranya prestasi PH baik, kata Rafizi, maka hal itu akan memudahkan perundingan selepas PRU bagi menguatkan kedudukan PH.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/rafizi-akan-bawa-strategi-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taksub Guna Pemimpin Strategi Ketinggalan Zaman Rakyat Tak Bodoh Kata Rafizi

Taksub Guna Pemimpin Strategi Ketinggalan Zaman Rakyat Tak Bodoh Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 152 hits
freemalaysiatoday com March 20 2022 12 35 PMTerdapat gesaan membawa masuk pemimpin tertentu untuk mencipta semula kemenangan seperti yang berlaku pada 2018 apabila PH menang dalam PRU14 menurut Rafizi Ramli PETALING JAYA Strategi menggunaka...
Saya Tak Terkejut Jika Pru Dibuat Ogos Atau September Rafizi

Saya Tak Terkejut Jika Pru Dibuat Ogos Atau September Rafizi

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 129 hits
Bekas ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli menjangkakan pilihan raya umum akan datang akan diadakan dalam tempoh empat bulan lagi Naib Presiden PKR itu memberitahu pemberita semalam bahawa jangkaannya itu dibuat atas beberapa faktor
Sarinah Jadi Destinasi Baru Warga Ibu Kota

Sarinah Jadi Destinasi Baru Warga Ibu Kota

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 144 hits
Sarinah Jadi Destinasi Baru Warga Ibu Kota Departemen store pertama di Indonesia yang digagas oleh Presiden Soekarno pada 1962 itu kini menjadi destinasi baru warga Jakarta yang Instragamable setelah direnovasi sejak Juni 2020 Sarinah kini ...
Museum Sumpah Pemuda Hadir Kembali Dengan Wajah Baru

Museum Sumpah Pemuda Hadir Kembali Dengan Wajah Baru

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 144 hits
Dengan wajah baru yang lebih atraktif diharapkan banyak masyarakat khususnya generasi muda yang datang dan berkunjung ke Museum Sumpah Pemuda
Selamat Jalan Adik Ke Syurga Anak Sulung Baru 9 Bulan Dinda Hamil Lagi Namun Reda Zuriat Kembar Keguguran

Selamat Jalan Adik Ke Syurga Anak Sulung Baru 9 Bulan Dinda Hamil Lagi Namun Reda Zuriat Kembar Keguguran

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 186 hits
Kalau sudah tertulis rezeki untuk mendapatkan lagi zuriat meskipun anak pertama baru sahaja berusia 9 bulan siapalah kita untuk menidakkannya Namun kegembiraan pasangan selebriti Indonesia Dinda Hauw dan Rey Mbayang tidak berpanjangan apabi...
Hiburan Dah Nak Sampai Baru Perasan Gadis Terkejut Pemandu E Hailing Hanya Pakai Tuala

Hiburan Dah Nak Sampai Baru Perasan Gadis Terkejut Pemandu E Hailing Hanya Pakai Tuala

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 175 hits
Terdahulu kecoh di media sosial apabila tular seorang pengguna penggangkutan e hailing Grab yang menjadi mangsa gangguan seksual apabila dia ajak main tidur bersama pemandu Baru baru ini tular di applikasi hantaran video oleh seorang penggu...
Dah Sampai Tahap 5 Baru Nak Menyesal Disini Ada 9 Cara Jaga Buah Pinggang Anda

Dah Sampai Tahap 5 Baru Nak Menyesal Disini Ada 9 Cara Jaga Buah Pinggang Anda

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 197 hits
Dah Sampai Tahap 5 Baru Nak Menyesal Disini Ada 9 Cara Jaga Buah Pinggang Anda BUAH pinggang sememangnya memainkan peranan penting sebagai penapis sisa metabolisme mengawal cecair dan sel darah merah serta mengawal tekanan darah Bagaimanapu...
Gary Perjelas Khabar Angin Leessang Bakal Lancar Album Baru

Gary Perjelas Khabar Angin Leessang Bakal Lancar Album Baru

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 216 hits
Ada tak peminat kumpulan Leessang di sini Baru baru ini tersebar satu khabar angin yang mengatakan bahawa kumpulan rap duo itu akan membuat reunion semula Ini kerana satu muka depan album yang didaftarkan di laman penstriman lagu global Spo...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur

Masjid 99 Kubah Asmaul Husna Makassar Sulawesi

Christmas From The Manger To The Margins