Rabbani Pesan Buat Artis Nyanyi Lagu Ketuhanan Jaga Tingkah Laku Fahami Lirik Dan Maksudnya
Rabbani Pesan Buat Artis Nyanyi Lagu Ketuhanan, Jaga Tingkah Laku…Fahami Lirik Dan Maksudnya
BIMBANG melihat perkembangan industri nasyid yang semakin perlahan, Rabbani menyeru kumpulan-kumpulan baharu agar berani ke depan bagi mempromosikan karya dakwah mereka.
Salah seorang ahlinya, Azadan Abdul Aziz berkata, kebanyakan mereka selesa untuk bergerak sendiri tanpa dikenali dalam muzik arus perdana
“Sebenarnya banyak kumpulan nasyid di Malaysia. Rasanya ada lebih daripada 60 kumpulan termasuk yang lama dan baharu.
“Cuma ada antara mereka yang selesa bergerak sendiri dan tidak dikenali dalam arus muzik perdana.
“Kami harapkan mereka ini akan muncul untuk terus mewarnai muzik nasyid di Malaysia dan menyampaikan karya-karya mereka buat manfaat ramai,” katanya kepada mStar.
Dalam masa sama, Azadan juga berpendapat kumpulan baharu ini perlu tahu untuk mencari ruang dan peluang agar nama mereka lebih dikenali Dia juga terbuka jika ada mana-mana penyanyi atau kumpulan nasyid yang mahu meminta nasihat atau pendapat berkenaan cara mempromosikan karya mereka.
“Kemunculan kami dahulu di bawah syarikat rakaman, jadi tidak ada masalah untuk menjaga hubungan baik dengan manamana pihak agar nama kumpulan nasyid dikenali.
“Mungkin peluang sebegitu tidak ada untuk penyanyi nasyid baharu.
“Mereka boleh sahaja berjumpa kami atau mana-mana kumpulan nasyid yang senior untuk minta pendapat atau bantuan “Kami juga berharap stesen televisyen dan radio akan terus memainkan lagu-lagu nasyid tempatan,” katanya.
Sementara itu, melihat semakin ramai penyanyi yang bukan daripada genre nasyid menyanyikan lagu-lagu berbentuk kerohanian dan ketuhanan, ia adalah satu progres yang amat baik.
Namun menurut seorang lagi anggota Rabbani iaitu Mohd Asri Ubadidullah, dia berharap lagu-lagu ini tidak hanya dinyanyikan untuk tujuan komersial semata-mata.
Katanya, setiap penyanyi harus faham maksud lagu yang disampaikan dan ia harus diterjemahkan dalam setiap tingkah-laku harian.
“Kami bangga dan seronok melihat ramai artis menyanyikan lagu berkonsepkan ketuhanan. Ringan sikit kerja kami untuk sampaikan dakwah dalam lagu.
“Bagaimanapun setiap penyanyi itu harus betul-betul bersedia jika mahu nyanyikan lagu dengan konsep sebegini kerana mereka perlu faham setiap perkataan yang disebut,” katanya.
MUZIK VIDEO
Rabbani ditemui ketika majlis pelancaran lagu terbaharu mereka berjudul Husnul Khatimah yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Isnin.
Lagu ini membawa mesej untuk seluruh umat supaya kembali bangkit selepas diuji dengan apa sahaja dugaan terutamanya penularan wabak Covid-19.
Rabbani Pesan Buat Artis Nyanyi Lagu Ketuhanan, Jaga Tingkah Laku…Fahami Lirik Dan Maksudnya
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Resepi Nasi Hujan Panas Sedap Sangat
Kerajaan Umum Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Kepada Penjawat Awam, RM250 Buat Pesara
Kim Yo-Jong beri amaran keras kepada Korea Selatan
Resepi daging paprik merecik
Putin guna ‘kembar’ untuk tujuan keselamatan
Isham guna pantun pujuk Rafizi berdebat
Najib tidak beri kelulusan – Saksi
Tiada siasatan baharu terhadap Mahathir seperti didakwa
Resepi udang masak diraja viral
Perogol bersiri dipenjara 650 tahun
Aksi ‘seksi’ Iqram Dinzly ditegur Pensyarah USIM
Tiga beradik bernama Lamborghini, Celica, Ferrari
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Solat Terawih Di Times Square New York
Alif Satar jutawan senyap
The post Rabbani Pesan Buat Artis Nyanyi Lagu Ketuhanan, Jaga Tingkah Laku…Fahami Lirik Dan Maksudnya appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/04/06/rabbani-pesan-buat-artis-nyanyi-lagu-ketuhanan-jaga-tingkah-laku-fahami-lirik-dan-maksudnya/