R R Gambang Barat Pahang
Asalamualaikum & Salam Sejahtera, salam kasih mesra kepada teman blogger di Malaysia walau di mana berada. Kenapa sering ada kata mengalu-alukan blogger, kerana mereka ini lah yang p[ertama akan klik membaca paparan terbaru di blog Etuza. Jujur saya katakan amat amat hargai blogger yang baik hati.
Kali ini hendak paparakan situasi perhentian di sepanjang lebu raya dari Pahang menuju ke Kuala Lumpur. Nama persinggahan tersebut ialah R & R Gambang Barat. Tengok gambar agar anda lebih jelas.
Ambil kenangan gambar di R& R Gambang Barat tepi kiri lebu raya Pahang ke Kuala Lumpur
Mama, Etuza dan Ibnu Mustaqim
Inilah keadaan persinggahan RR Gambang Barat.Lengkap dengan keperluan pelanggan atautetamu yang hendak rehat di tempat ini. Percaya ke ...mari etuza ceritakan.
Tempat ini sekadar persinggahan bagi mereka yang berjalan jauh atau hendak ke Kuala Lumpur atau di mana sahaja di negeri lain. Tetapi menariknya tempat ini, walaupun sekadar persinggahan untuk berehat, tempat ni cukup lengkap dengan keperluan pelanggan atau tetamu seperti Etuza dan anak-anak.
Ya tem[at ini, tandas bersih, wangi, ada surau lagi tau. Etuza dan anak sempat melihat tempat solat dekat sini. Ada semua sejadah dan tempat mengambil air wuduk, bersih dan pekerja berbaju biru amat peramah dan senang memberikan informasi kawasan ini.
Selain itu, setiap tanaman bunga dihias dengan botopl mineral terbuang, digubah dan dicat amat menarik perhatian Etuza. Etuza kan gemar bertanam bunga dan herba. Selain itu ada tempat berehat secara santai, boleh tidur dalam sirau yang bersih maklumkan penat tu berjalkan jauh. Jangan terus lena lalu ketinggalan flihgt sudah ya..hehehehe.
Satu lagi paling mengerikan sekiranya kedapatan dan sengeja ialah, denda jika didapati merokok kawasan ini. Denda RM10,000 sila sediakan lah yang mampu ya. Pergi lah di ruangan kawasan yang disediakan sekiranya nak berasap. InshaAllah pasti ada tempat dan selamat poket anda.
Level tandas biru untuk man ya ..
Wow! cukup bersih..lega bernafas kat sini..bangga tul ada kawasan persinggahan ini ..Alhamdulillah
Nampak tak RM10,000atau Penjara 2 tahun..alamak takut, ngeri tul ni
Etuza baru keluar dari Surau..ambil wuduk..masa ni baru balik Umrah..berkopiah pasal botak tak ada rambut ..bertahlul
Ni lah Ikmal anak sulung lelaki dan anak bongsu lelaki ada blogger dah kenal mereka ni..
Arah masuk nak solat, sini lah pintu masuk ya
Tengok tempat solat..bersih..boleh rehat tidur pun boleh kan..
Ambil Sejadah nak solat..sayang masa sekarang ni ..mungkin bawa sejadah sendiri. Masa ni bulan Disember 2019
Selesa ja ambil air wuduk...
Cantik..segar ja berada di sini..
Subahanallah..apa lagi nak cari kan..ambil quran baca lah lepas solat..InshaAllah Allah memberkati perjalanan kita semua masa travel..
Tempat letek parking kereta anda di sini..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://madey09.blogspot.com/2021/10/r-r-gambang-barat-pahang.html