Qulu Qulu Kopi Monster Minuman Kopi Terbaru Yang Korang Harus Cuba
hai assalammualaikum
Qulu Qulu Kopi Monster, Minuman Kopi Terbaru Yang Korang Harus Cuba - Nad tau ramai penggemar air kopi ni. Haritu nad cuba minum air kopi dekat Qulu Qulu. Nama pun unik kan, lain dari yang lain. Kedai pun warna warni dan ceria je. Tu terus rasa nak cuba minum. Air kopi dekat sini bukan kopi semata, tapi home-grown kopi-based yang telah ditranformasi untuk menjadikan minuman tu menarik.
Suka tengok design kedai ni..simple dan ceria je..Kalau rasa tengah mood tak elok tu, datang minum kedai ni confirm ceria terus..hahahaha..
Kau tengok, nama minuman dia pun comel je..Bagusnya siap dia bagitau air tu campuran denagn apa dan apa. Jadi masa nak order tu takdela rasa tertanya air ni campuran apa dan apa kan.
Harga minuman ni pun sangat murah. Harga kebanyakan bawah RM10.
Tengok dekat setiap cawan,ada gambar monster yang berlainan.
Qulu Qulu Kopi Monster, Minuman Kopi Terbaru Yang Korang Harus CubaHaritu nad cuba minum Chokado, campuran Kopi, Avokado, Coklat, Susu ,Gula Melaka dan Kopi Boba. Not bad juga rasa dia. Walaupun ada campur avokado tapi masih rasa kopi. Kopi pulak tak kuat, tak manis, orang cakap ' just nice '. Ngam sangat rasa dia, memang diblend dengan elok tau.
Air lain nad order Kopisilk, BiruTea dan Cornella. Cornella ni pun unik sebab campuran Kopi, Corn, Caramel, Milk, Gula Melaka dan Kopi Boba. Nampak tak jagung dengan kopi..Rasa macam gilerlaahh..tapi bila dah rasa, ok je..sedap..
Macam Birutea tu, memang sangat segar, sebab ia campuran Matcha, Butterfly Blue Pea dan Lemon. Ada lagi satu Lemona. Hah dua air ni memang segar dan sesuai la diminum waktu panas atau nak segarkan tekak.
Qulu Qulu menggunakan biji kopi Nusantara yang terbaik dan semua bahan adalah dari bahan asli bukan pewarna punya. Tengokla bahan yang digunakan, halia, jagung dan gula melaka, mununjukkan hint Malaysia.
Sempena Tahun Baru Cina ni, Qulu Qulu mengeluarkan menu istimewa iaitu Mandarin Oranges. Hah kene cuba ni nanti..hehee..
Kalau korang yang gemar minum air kopi, boleh cuba Qulu Qulu Kopi Monster ni. Mana nak suka minum air macam ni, hah cepat terjah..
Qulu telah membuka tiga cawangan di Dataran Cascades, Kota Damansara; MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur, dan yang paling baru mendarat di Pusat Beli-belah Toppen, Johor Bahru.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
Website: www.quluqulu.com
Facebook : www.facebook.com/MYquluqulu
Instagram : www.instagram.com/myquluqulu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2020/01/qulu-qulu-kopi-monster-minuman-kopi.html