Qsr Trading Terokai Penjualan Minuman Melalui Kerjasama Dengan Pengeluar Teh Dunia Akbar Tea
QSR Trading teruja mengumumkan kerjasama dengan Akbar Tea, sebuah jenama teh premium, dalam senarai produk dan jualan di bawah syarikatnya. Lebih menarik, Akbar Tea adalah jenama minuman pertama yang dibawa oleh QSR Trading
Bermula 12 September 2023, para penggemar teh boleh mendapatkan seleksi Akbar Tea di rak pasaraya kecil dan besar terkemuka di seluruh negara. Mereka juga boleh melakukan pembelian melalui QSRT Mart di pautan, https://www.qsrtmart.com.my/
Sementara itu, Malaysia menjadi rakan niaga terbaharu untuk Akbar Tea, selepas kejayaannya menembusi pasaran di 100 buah negara di seluruh dunia
Sebagai permulaan, dua variasi teh hitam akan dibawa masuk ke pasaran tempatan iaitu Teh Hitam Merah & Putih dan Teh Hitam Emas, serta Teh Hijau. Untuk memenuhi keperluan pengguna, mereka boleh mendapatkan kedua-dua jenis teh ini dalam dua saiz pek, iaitu 25 dan 100 pek uncang teh
Setiap variasi Akbar Tea ini tampil dengan keunikan rasa yang tersendiri, yang pastinya memikat selera penggemar teh. Bagi mereka yang gemarkan rasa teh yang pekat namun menyenangkan, sudah tentu variasi Teh Hitam Merah & Putih yang ditanam di pergunungan Sri Lanka dengan ketinggian 2,000 kaki dari paras laut, adalah pilihan tepat untuk anda
Teh Hitam Emas, yang ditanam antara ketinggian 4,500 hingga 6,000 kaki dari paras laut dengan persekitaran udara nyaman, menawarkan rasa dan aroma teh yang mewah dan kuat
Manakala Teh Hijau, yang berasal dari kebun teh terbaik di Yunnan dan Jiangxi yang terletak di timur China, mempunyai rasa teh yang manis dengan kandungan antioksidan yang tinggi
Pengurus Besar QSR Trading, Chan Chong Thye berkata “Akbar Tea telah mengubah persepsi orang ramai terhadap teh, bahawa ia adalah minuman untuk membangkitkan keghairahan dan kesihatan semata-mata, terutamanya dalam kalangan golongan muda.
“Ini adalah waktu yang tepat untuk membawa masuk Akbar Tea ke pasaran Malaysia, apabila permintaan teh di negara ini berada pada landasan pertumbuhan yang stabil.
“Menurut data responden dari Nielsen IQ, kategori teh hitam telah menunjukkan pertumbuhan nilai sebanyak 13.8% dan pertumbuhan volum sebanyak 7.5% setakat Tahun ke Tarikh Terkini (YTD) Mac 2023. Sehubungan itu, QSR Trading mahu menyasarkan pencapaian menerusi segmen yang sedang berkembang ini dengan menawarkan kualiti teh premium pada harga berpatutan, selain menawarkan kepelbagaian pilihan yang menarik untuk penggemar teh,” katanya
Akbar Tea dihasilkan di satu-satunya kilang carbon-inset di dunia, dalam masa yang sama membantu meningkatkan kemampuan tenaga boleh diperbaharui di Sri Lanka dan serantaunya. Manakala kesemua produknya dikilangkan oleh Akbar Brothers (PVT) LTD, perintis dalam industri teh yang telah wujud sejak tahun 1969. Akbar Tea adalah legasi kekayaan warisan dan sejarah keluarga pengasasnya, yang telah mengukir jenamanya di dalam industri teh selama lebih 100 tahun
Mengulas mengenai kemasukan jenama itu ke dalam pasaran Malaysia, Pengarah Akbar Brothers, Mansoor Akbarally berkata, “Kami yakin barisan produk teh kami akan berkembang berdasarkan kekuatan daripada perkongsian kerjasama dengan QSR Trading. Mempunyai rakan kongsi yang kukuh dan berpengalaman bersama kami, Akbar Tea amat mengalu-alukan peralihan penerimaan dan permintaan terhadap sumber teh yang beretika, di samping ketelusan rantaian bekalan yang lengkap.”
Harga produk Akbar Tea di Malaysia bermula dari RM4.60 hingga RM5.55 untuk pek 25 uncang teh dan RM12.60 hingga RM18.55 untuk pek 100 uncang teh, membolehkan penggemar teh di negara ini merasai keunikan rasa Akbar Tea
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mahamahu.com/2023/09/qsr-trading-terokai-penjualan-minuman.html