Qaseh Rania Dari Kl Ke Wolfsburg


Wolfsburg selesaikan urusan permit Qaseh Rania. ( 📸 ©sinarharian) klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt) Qaseh Rania sah sertai Wolfsburg selepas cemerlang di sesi percubaan 5 minggu tahun lepas Urusan visa dan permit selesai, Qaseh Rania akan terbang ke Jerman Ogos ini untuk menyertai VfL Wolfsburg. Difahamkan, pemain B15 negara ini menerima tawaran kontrak selama 3 tahun. ✈️🇩🇪 . (📸 ©@zulhelmizainal1) KELAB bola sepak Jerman, VfL Wolfsburg serius untuk mendapatkan pemain muda wanita negara, Qaseh Rania Khairul Najib untuk beraksi bersama pasukan belia kelab itu.

Ketua wakil Wolfsburg Asia Tenggara, Ken Hew berkata, kelab itu akan menyelesaikan urusan permit Qaseh Rania yang menjadi antara halangan utama untuk pemain berusia 14 tahun tersebut beraksi dalam perlawanan kompetitif di Jerman.

"Sekarang ini Qaseh Rania berusia 14 tahun, kena ada orang untuk jaga dia di sana. Permit untuk bola sepak kita akan usahakan bagi membolehkan dia bermain di sana. "Kelab akan minta permit tersebut daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). Ini tidak akan ada masalah. Kalau kita boleh dapat secepat mungkin, Qaseh Rania akan terus boleh ke sana. "Sekarang terpulang kepada bapa Qaseh Rania untuk hantar dia sebab pasukan bawah 17 tahun memang sedang menunggunya beraksi bersama.

"Mungkin bapanya perlu menyelesaikan beberapa perkara seperti urusan persekolahan sebelum boleh hantar Qaseh Rania," katanya

Sebelum ini, Sukan Sinar melaporkan Qaseh Rania berjaya menambat perhatian kelab Wolfsburf itu dalam sesi percubaan selama lima minggu baru-baru ini.

Ia sekali gus menempa sejarah tersendiri buat negara apatah lagi Qaseh Rania merupakan pemain wanita Asia pertama berjaya diterima masuk ke kelab itu.

Bagaimanpun, bapa Qaseh Rania, Khairul Najib Ibrahim mengakui berdepan masalah terutama dalam penyediaan visa dan permit sebelum pemain terbaik Liga Super Wanita Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) boleh beraksi di sana.

Dalam pada itu, Ken turut mengakui kualiti dimiliki Qaseh Rania sememangnya diakui kelab itu dengan pasukan bawah 15 tahun dan bawah 17 tahun Wolfsburg teruja mahu menyambarnya.

"Dia antara bakat yang memang bagus dari Malaysia dan memiliki pakej seperti fizikal yang tinggi, kemudian corak permainan yang bagus.

"Wolfsburg percaya Qaseh Rania akan mampu menjadi lebih bagus dan sebab itu kelab tersebut memang mahukan dia dalam pasukan," katanya.

SOURCE: RED BULL

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2025/02/qaseh-rania-dari-kl-ke-wolfsburg.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Makan Sempena Birthday Mama Rania

Makan Makan Sempena Birthday Mama Rania

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 130 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Semalam 24 Februari hari lahir mama Rania memandangkan CCL pun cuti so ada plan balik kampung untuk sambut birthday mama Rania sebelum ni mama Rania ada request nak buat makan makan berkelah di mana mana ...
The Future Of Green Energy

338 Postmodern Monologue Home By Giant Design

Apa Yang Dilepaskan Dari Otot Jantung Jika Berlaku Serangan Jantung

Ipic Case Anwar Responsible If Najib S Dnaa Turns Into Full Acquittal

Tolak Petronas Sarawak Berisiko Dikawal Pihak Asing Zaid Beri Amaran

Skop Tugas Sebenar Pembantu Penyediaan Makanan Gred N1

Buffet Ramadan Johor Di Bara Stulang Jb Dengan Menu Ala Carte

Panduankini Akta Pembaharuan Semula Bandar Apa Kita Tahu Setakat Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gula Dan Kanser Memahami Hubungannya

2025 Predictions Future Of Domains

Lepak Petang Di Marine Beach Cafe

Perlu Kajian Mendalam Menyeluruh Sebelum Laksana Caj Kesesakan Ppim Sinar Harian 28 02 2025

10 Jenis Status Update Yang Selalu Kita Lihat Menjelang Bulan Puasa Ramadan

Lirik Lagu Jangan Ada Air Mata Alif Satar The Locos