Qalam Sifatnya Dan Adakah Ia Merupakan Ciptaan Allah Swt Yang Pertama


Sesungguhnya pertama kali yang diciptakan Allah adalah al-Qalam (pena). Kemudian Allah berfirman: “Tulislah!” Pena tersebut bertanya, “Apa yang perlu saya tulis?” Allah menjawab: “Tulislah takdir (semua makhluk); Apa yang telah terjadi dan akan terjadi sehingga akhir zaman (hari Kiamat).
Soalan:
Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Bagaimana sifat Qalam dan adakah ia yang pertama dicipta oleh Allah SWT?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Hadith daripada ‘Ubadah bin al-Samit R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللَّهُ الْقَلَمُ، فَقَالَ: اكْتُبْ. فَقَالَ: مَا أَكْتُبُ؟ قَالَ: اكْتُبِ الْقَدَرَ مَا كَانَ وَمَا هُوَ كَائِنٌ إِلَى الْأَبَدِ
Maksudnya: “Sesungguhnya pertama kali yang diciptakan Allah adalah al-Qalam (pena). Kemudian Allah berfirman: “Tulislah!” Pena tersebut bertanya, “Apa yang perlu saya tulis?” Allah menjawab: “Tulislah takdir (semua makhluk); Apa yang telah terjadi dan akan terjadi sehingga akhir zaman (hari Kiamat).”
Riwayat Abu Daud (4700) al-Tirmizi (2144, 3319) dan Ahmad (5/317).
Al-Qalam adalah daripada nur (cahaya), seperti dalam riwayat daripada Ibn Abbas R.A, katanya:
لَوَدِدْتُ أَنَّ عِنْدِي رَجُلًا مِنْ أَهْلِ الْقَدَرِ فَوَجَأْتُ رَأْسَهُ، قَالُوا: وَلِمَ ذَاكَ؟ قَالَ: لِأَنَّ اللهَ خَلَقَ لَوْحًا مَحْفُوظًا مِنْ دُرَّةٍ بَيْضَاءَ، دَفَّتَاهُ يَاقُوتَةٌ حَمْرَاءُ، قَلَمُهُ نُورٌ، وَكِتَابُهُ نُورٌ.
Maksudnya: “Aku berkehendak dan bercita-cita bahawa di sisiku terdapat seorang lelaki dari puak ahli qadar[1] lantas aku pukul kepalanya. Mereka bertanya: “Kenapa berbuat demikian?” Jawabnya: “Kerana Allah telah menciptakan Lauh Mahfuz dari permata putih, kedua-dua tepinya daripada yaqut merah, sedangkan qalam-Nya adalah cahaya, dan kitab-Nya adalah cahaya…”
Riwayat al-Tabarani (10605). Al-Haithami menyebut dalam Majma‘ al-Zawa’id (7/393): Al-Tabarani meriwayatkannya daripada dua jalur, dan para perawi ini adalah thiqah.
Allah SWT telah menciptakan al-Qalam dengan tangan-Nya, seperti yang riwayat Ibn Umar R.Anhuma, katanya:
خَلَقَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَرْبَعَةَ أَشْيَاءَ بِيَدِهِ: آدَمَ عَلَيْهِ السَّلَامُ , وَالْعَرْشَ , وَالْقَلَمَ , وَجَنَّاتِ عَدْنٍ , ثُمَّ قَالَ لِسَائِرِ الْخَلْقِ: كُنْ فَكَانَ
Maksudnya: “Allah Azza wa Jalla telah ciptakan empat perkara dengan tangan-Nya; Adam AS, Arasy, Qalam dan Syurga ‘Adn. Kemudian Firman Allah kepada sekalian makhluk: “Jadilah.” Maka, terjadilah semua makhluk mengikut kehendak dan ilmu-Nya.”
Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak (3244) dan al-Ajuri dalam al-Syari’ah (750). Dan telah disahihkan oleh al-Albani dalam Mukhtasar al-‘Uluw (75)
Syeikh Yusuf al-Ghafis berkata: Adapun secara tafsir dan perinci berkenaan zat Lauh dan Qalam, maka ini tidak diterangkan oleh mana-mana nas. (Lihat Syarh al-‘Aqidah al-Tahawiyyah, hlm. 136)
Berkenaan dengan apakah ia adalah makhluk pertama ciptaan Allah, maka persoalan ini telah menjadi khilaf dalam kalangan ulama seperti berikut:
Pendapat Pertama: Ciptaan pertama adalah air. Ini kerana, dikatakan Arasy berada di atas air.  Pendapat ini diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud dan sebahagian salaf, serta ditarjihkan oleh Badr al-Din al-‘Aini.
Pendapat Kedua. Ciptaan pertama adalah Arasy. Inilah pendapat jumhur. Pendapat ini juga telah ditarjihkan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim. Adapun hujah bahawa Arasy makhluk yang pertama berdasarkan hadith Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As R.Anhuma, katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda:
كَتَبَ اللَّهُ مَقَادِيرَ الْخَلَائِقِ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِخَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ ، قَالَ: وَعَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ
Maksudnya: “Allah telah menulis segala takdir makhluk-Nya sebelum penciptaan langit dan bumi sejak lima puluh ribu tahun. Baginda bersabda: ‘Sedangkan Arasy-Nya di atas air.’”
Riwayat Muslim (2653)
Pendapat Ketiga: Sebahagian ulama berpendapat Qalam. Pendapat yang menyatakan Qalam telah ditarjihkan oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Jauzi. Pendapat Qalam ini didalilkan oleh hadith riwayat ‘Ubadah bin al-Samit katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللَّهُ الْقَلَمَ فَقَالَ لَهُ : اكْتُبْ ، قَالَ : رَبِّ وَمَاذَا أَكْتُبُ ؟ قَالَ : اكْتُبْ مَقَادِيرَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ
Maksudnya: “Sesungguhnya awal ciptaan Allah adalah Qalam. Lantas firman Allah kepadanya: ‘Tulislah.’ Qalam menjawab: ‘Wahai Tuhanku, apa yang perlu aku tulis.’ Allah berfirman: ‘Tulislah segala taqdir setiap sesuatu sehingga berlaku kiamat.’”
Riwayat al-Tirmizi (255) Abu Dawud (4700) dan ia disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih al-Tirmizi.
Walaubagaimanapun, banyak hadith yang menunjukkan bahawa disebut tentang Arasy (sebagai ciptaan pertama) seperti pendapat jumhur ulama.
Kami akhiri dengan doa:
اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ البَلَاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَسُوءِ القَضَاءِ ، وَشَمَاتَةِ الأَعْدَاءِ
Maksudnya: “Wahai Allah! Kami berlindung kepada-Mu daripada ujian yang berat, hinanya kecelakaan, buruknya takdir dan celaan para musuh (atas bala, ujian dan kecelakaan yang menimpa).”
Buku Dr Zulkifli




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2024/08/qalam-sifatnya-dan-adakah-ia-merupakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semut Madu Gurun Di Mexico Uniknya Ciptaan Allah Swt

Semut Madu Gurun Di Mexico Uniknya Ciptaan Allah Swt

papar berkaitan - pada 12/8/2024 - jumlah : 258 hits
Semut madu gurunDi Mexico Oaxaca terdapat semut madu yang terkenal kerana perutnya penuh dengan madu yang lazat yang boleh anda petik dan kemudian membiarkan semut kecil itu pergi dengan mudah Ia dikenali di pekan Oaxaca sebagai chindudis i...
Saya Peminat Dia Jo Jungsuk Kongsi Detik Kali Pertama Jumpa Isteri Tersayang Gummy

Saya Peminat Dia Jo Jungsuk Kongsi Detik Kali Pertama Jumpa Isteri Tersayang Gummy

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 61 hits
Pejam celik pejam celik siapa sangka dah 6 tahun Jo Jung suk dan Gummy berkahwin Artikel Berkaitan Baru baru ini Jo Jung suk telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube Jung Jae hyung Dalam siaran itu Jo Jung suk menceritakan tentang ...
Resipi Kuih Ketayap Mudah Pertama Kali Cuba Pun Pasti Jadi

Resipi Kuih Ketayap Mudah Pertama Kali Cuba Pun Pasti Jadi

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 86 hits
Suka makan Kuih Ketayap Jom cuba resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni Resipi ini sangat mudah dan sedap Sesuai dicuba oleh anda yang nak makan kuih tradisi versi air tangan orang tu dulu dulu Inti yang lemak manis sedang elok rasanya Bila d...
Rating Musim Pertama Tinggi Crash Bakal Kembali Dengan Musim Kedua

Rating Musim Pertama Tinggi Crash Bakal Kembali Dengan Musim Kedua

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 75 hits
Crash bakal kembali musim kedua Artikel Berkaitan Ia merupakan drama Korea pertama yang menangani penyiasatan jenayah lalu lintas dibintangi oleh Lee Min ki Kwak Sun young Heo Sung tae dan ramai lagi Musim pertama Crash menunjukkan prestasi...
Ev Jadi Bank Kuasa Mudah Alih China Lancar Kenderaan Ke Grid Berskala Besar Pertama

Ev Jadi Bank Kuasa Mudah Alih China Lancar Kenderaan Ke Grid Berskala Besar Pertama

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 63 hits
China melancarkan interaksi kenderaan ke grid berskala besar pertamanya di seluruh wilayah melibatkan lebih 1 000 kenderaan elektrik di wilayah timur Jiangsu untuk pengecasan luar puncak dan nyahcas terbalik sekali gus mempamerkan potensi E...
Bajunya Lusuh Kwak Siyang Kongsi Saat Jatuh Cinta Pandang Pertama Dengan Kekasih

Bajunya Lusuh Kwak Siyang Kongsi Saat Jatuh Cinta Pandang Pertama Dengan Kekasih

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 72 hits
Setahun bercinta kini Kwak Si yang telah berkongsi momen indah dengan kekasih pelakon Im Hyun joo Artikel Berkaitan Dalam program kelolaan Shin Dong yup pelakon lelaki itu mendedahkan apa yang membuatnya jatuh cinta dengan wanita itu Saya a...
Malu Beza Umur 14 Tahun Moon Sangmin Akui Janggal Jumpa Shin Hyunbeen Buat Kali Pertama

Malu Beza Umur 14 Tahun Moon Sangmin Akui Janggal Jumpa Shin Hyunbeen Buat Kali Pertama

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 44 hits
Tak lama lagi Moon Sang min dan Shin Hyun been akan menemui penonton dalam drama komedi romantik Cinderella at 2 AM Artikel Berkaitan Baru baru ini kedua pelakon itu telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Singles d...
Nampak Gembira Peminat Lepas Rindu Seo Yeji Buat Penampilan Umum Pertama Selepas 3 Tahun

Nampak Gembira Peminat Lepas Rindu Seo Yeji Buat Penampilan Umum Pertama Selepas 3 Tahun

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 65 hits
Akhirnya lepas juga rindu peminat pada Seo Ye ji Artikel Berkaitan Terbaru pada 23 Ogos Seo Ye ji telah menghadiri acara pelancaran gincu untuk jenama kecantikan NARS yang diadakan di Lotte Department Store Menarik perhatian ini merupakan p...
Mengajar Kaedah Asas Memasak Untuk Anak

Kedah Ceroi

First Look The 2025 Triumph Speed Twin 1200 And Speed Twin 1200 Rs

Manfaat Susu Ikan Keajaiban Dari Laut Yang Mulai Dikenal

Purnawirawan Jenderal Israel Kita Kalah Perang

Soalan Lazim Sspa Elaun Cuti Waktu Bekerja Perkhidmatan

Pas Bantah Tanah Melayu Jadi Milik Bukan Melayu Ibrah Nasib Palestin

Ramai Di Atas Jalan Balik Kampung


echo '';
Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna


Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur

Seketika Di Bandar Hatyai

Sains Rangkaian Dan Penggunaannya Dalam Bidang Pertanian

Bersama Melawan Denggi Meningkatkan Kesedaran Komuniti Tentang Denggi Dan Pencegahannya

Syarikat Yang Bagus Cari Pekerja Yang Bagus Cari Syarikat Yang Bagus Cari Pekerja Yang Bagus

Apa Alasan Betapa Pentingnya Memberus Gigi 2 Kali Sehari Agaknya Ye Jom Baca