Q A Kemusykilan Yang Biasa Mengenai Penyusuan Susu Ibu


Q & A : KEMUSYKILAN YANG BIASA MENGENAI PENYUSUAN SUSU IBU. Berikut merupakan soalan yang biasa ditimbulkan oleh ibu yang ingin menyusukan anak. Jom kita check, mana tau ada antara soalan tu pun menjadi tanda tanya korang terutama korang yang menyusukan anak. 
Q & A : Kemusykilan yang biasa mengenai penyusuan susu ibu. Gambar kredit Google.
SOALAN: Kalau baby saya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Bayi, bolehkah saya menyusuinya
JAWAPAN: Mestilah boleh, lagipun baby yang berada di dalam 'Jagaan Rapi' sebenarnya lebih memerlukan susu ibu. Bagitau je kakitangan di unit ni yang korang ingin menyusukan baby korang. Kalau baby tak pandai menghisap, mereka akan ajar dan tunjukkan cara memerah susu yang betul untuk baby korang

SOALAN: Perlu ke saya menjauhi makanan tertentu
JAWAPAN: Basically, korang boleh je nak makan yang jadi kebiasaan dan kegemaran korang. 
SOALAN: Ada kemungkinan tak susu saya terlalu cair untuk baby saya
JAWAPAN: Taklah. Untuk pengetahuan korang, bila susu mula mengalir, biasanya kepekataan susu tersebut kadang-kadang berubah dari berkrim kepada berair. So, jangan risau. Benda ni normal je. 
SOALAN: Ada kemungkinan ke susu saya boleh kering
JAWAPAN: Boleh je jadi gitu, tapi keadaan ni boleh diatasi dengan kekerapan korang bagi baby menyusu. Korang relaks je dan jangan lupa ambil makanan yang seimbang serta mendapat rehat seterusnya. Jangan stress stress ok

SOALAN: Perlu ke saya melibatkan suami dalam isu penjagaan baby
JAWAPAN: Mestilah perlu. Awal-awal kenalah berbincang dengan suami macam mana korang nak menyusukan baby nanti. 
SOALAN: Adakah penyusuan susu ibu menjejaskan payudara saya
JAWAPAN: Ehh, takdelah. Kalau korang nak tau, bila seorang wanita itu mengalami perubahan pada ukuran payudara lepas bersalin, mungkin ini adalah sebab otot-otot yang menyokong payudara ni dibiarkan kendur. So, untuk mengelakkan keadaan ni, korang disarankan memakai bra yang boleh mengampu payudara dengan baik dan jangan lupa bersenam untuk menguatkan otot-otot di dada. 
SOALAN: Boleh ke saya menyusukan baby jika saya bersalin secara pembedahan (caesarian)
JAWAPAN: Korang masih boleh pegang dan menyusukan baby korang sebaik saja korang lepas bersalin. Tapi, mungkin korang perlu dibantu untuk melakukan itu. Maklumlah, awal-awal lepas bersalin kan, bersalin secara pembedahan pulak tu. Lagi satu, mungkin korang terpaksa baring di katil untuk beberapa jam pertama, tapi korang adalah digalakkan untuk bangun dan bergerak selepas tu untuk mempercepatkan pemulihan. Jangan asyik baring je, tapi hati-hati. Jangan lasak sangat pulak

SOALAN: Kalau payudara saya tak membesar semasa saya mengandung, atau dengan kata lainnya saya mempunyai payudara yang kecik, boleh ke saya menyusukan baby saya
JAWAPAN: Mestilah boleh. Memang tak dinafikan ramai ibu yang tak mengalami sebarang perubahan pada payudara diaorang tapi jangan risau korang masih boleh menyusukan baby korang. Lagipun, saiz payudara takde kaitan dengan keupayaan menyusu. 
SOALAN: Betul ke kalau payudara saya tak menghasilkan kolostrum masa mengandung, payudara saya tak berupaya menghasilkan susu
JAWAPAN: Tak betul tu, sebab ramai je ibu yang menghasilkan kolostrum hanya lepas melahirkan, tapi masih boleh menyusukan baby mereka dengan sempurna. 
Q & A : Kemusykilan yang biasa mengenai penyusuan susu ibu. Gambar kredit Google. 
SOALAN: Saluran-saluran susu boleh tersumbat ke kalau saya tak memerah kolostrum keluar masa mengandung
JAWAPAN: Tak, sebab biasanya susu akan tetap mengalir walaupun kolostrum tak dikeluarkan. korang mungkin perlu perah susu untuk disimpan lepas bersalin, so eloklah korang belajar cara melakukannya. 
SOALAN: Perlukah saya menyusikan baby pada waku malam? JAWAPAN: Boleh je nak menyusukan baby pada waktu malam, selagi baby nak. Cara yang paling senang adalah dengan membiarkan baby korang tidur dengan korang, so baby boleh menyusu tanpa menggangu korang dan bila-bila baby nak. Lagipun, menyusu pada waktu malam akan bagi baby lebih masa untuk menyusu. Keadaan ni jugak kan membantu korang mengekalkan bekalan susu dan kalau korang jenis ibu yang bekerja dan takde bersama baby pada waktu siang, baby korang boleh mendapatkan kebanyakkan susu yang diperlukannya pada waktu malam. 
SOALAN: Perlukah saya memberi baby saya air, glukosa atau jus buah-buahan
JAWAPAN: Sebenarnya, untuk 6 bulan pertama, baby tak perlukan tu semua pun selain dari susu ibu. Even, sebaik saja lepas bersalin pun, sebelum susu ibu keluar, baby tak perlukan air tambahan pun sebab baby yang normal dilahirkan dengan bekalan air yang mencukupi sehingga pengeluaran susu ibu

SOALAN: Boleh ke saya menyusukan baby walaupun puting payudara saya tenggelam
JAWAPAN: Boleh, sebab baby menyusu dan mendapat susu dari payudara dan bukannya puting! Apa yang penting, sentiasa menggalakkan baby menghisap sebanyak mungkin susu, mulai dari penyusuan yang pertama. Masa menyusu, baby akan menghisap puting dengan kuat dan ini secara tak langsung akan membantu memulihkan puting yang tenggelam. 
Kredit info : Unit Pendidikan Kesihatan Hospital Putrajaya. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2020/06/q-kemusykilan-yang-biasa-mengenai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
13 Gambar Lukisan Mengenai Kehidupan Seorang Ibu

13 Gambar Lukisan Mengenai Kehidupan Seorang Ibu

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 849 hits
Kehidupan seorang ibu bukanlah mudah terutamanya menjadi ibu sepenuh masa Mesti anda pernah merasai bertapa sukarnya menjaga anak di rumah Seperti mana lukisan yang di hasilkan oleh seorang pelukis ini mengenai kehidupan menjadi seorang ibu...
Imbas Kod Qr Untuk Mudahkan Ibu Tahu Perjalanan Lengkap Susu Formula Anak Dihasilkan Barulah Tak Risau

Imbas Kod Qr Untuk Mudahkan Ibu Tahu Perjalanan Lengkap Susu Formula Anak Dihasilkan Barulah Tak Risau

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 323 hits
Kebimbangan dalam kalangan ibu ibu di Malaysia terhadap ketelusan sumber makanan dilihat meningkat melalui satu kajian yang dijalankan baru baru ini Kajian dijalankan dari Disember 2019 hingga Februari 2020 terhadap 400 para ibu yang sedang...
Cara Nak Banyakkan Susu Ibu

Cara Nak Banyakkan Susu Ibu

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 366 hits
CARA NAK BANYAKKAN SUSU IBU Semua orang tau yang susu ibu mempunyai 1001 khasiat untuk anak Malah bukan anak je dapat kebaikan ibu pun boleh tumpang sekaki Selain itu ini adalah salah satu cara amat special untuk merapatkan hubungan dan kas...
Sejuk Perut Ibu Mengandung Anak Yatim Digelar Google Al Quran Amp Miliki Kelebihan Luar Biasa

Sejuk Perut Ibu Mengandung Anak Yatim Digelar Google Al Quran Amp Miliki Kelebihan Luar Biasa

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 333 hits
Siapa sangka usia mereka baru setahun jagung namun sudah berjaya hafal al quran dengan baik Meskipun bergelar anak yatim ia telah menjadi pendorong untuk meletakkan sepenuh usaha agar berjaya di dunia dan akhirat Mungkin bagi sesetengah kan...
120 Ibu Terima Bantuan Lampin Pakai Buang Susu Formula Bayi

120 Ibu Terima Bantuan Lampin Pakai Buang Susu Formula Bayi

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 1081 hits
unable to retrieve full text content SHAH ALAM 9 JUN Seramai 120 ibu golongan B40 yang mempunyai anak kecil menerima bantuan lampin pakai buang dan susu formula bayi minggu lalu Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri berkata i...
Percintaan Kompleks Dengan Ibu Tunggal Kenali 4 Lelaki Cuba Menangi Hati Song Jihyo Dalam Did We Love

Percintaan Kompleks Dengan Ibu Tunggal Kenali 4 Lelaki Cuba Menangi Hati Song Jihyo Dalam Did We Love

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 382 hits
Rasanya semua mesti ingin tahu watak 4 lelaki yang bakal menghuru harakan kehidupan cinta Song Ji hyo dalam drama terbaru Did We Love nanti kan Sinopsis Did We Love Noh Ae jeong ialah seorang produser filem dan telah hidup sebagai ibu tungg...
Hanya 7 Teknik Urutan Melalui Sentuhan Ibu Sangat Power Rangsang Otak Bayi

Hanya 7 Teknik Urutan Melalui Sentuhan Ibu Sangat Power Rangsang Otak Bayi

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 515 hits
Urutan bayi yang dilakukan dengan penuh kesabaran dan kasih sayang bukan sahaja bagus untuk perkembangan kesihatan bayi tapi mengukuhkan lagi bonding bersama ibu bapa Bukan setakat untuk memastikan bayi sihat dan gembira tetapi urutan ini j...
Dia Dah Meninggal Sebulan Lalu Kisah Wanita Hidap Breast Cancer Tahap 4 Cari Ibu Susuan Bayi Undang Sebak

Dia Dah Meninggal Sebulan Lalu Kisah Wanita Hidap Breast Cancer Tahap 4 Cari Ibu Susuan Bayi Undang Sebak

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 372 hits
Setiap pertemuan di dunia ini sememangnya telah ditetapkan dan ditakdirkan oleh Allah SWT Pastinya pertemuan tersebut akan mencoretkan pelbagai rasa suka dan duka Walaupun terkadang kehadiran seseorang di dalam hidup hanya merupakan persing...
Pengakuan Mengejutkan Mahasiswa Bunuh Psk Bertato Ibu Saya Janda

Pengakuan Mengejutkan Mahasiswa Bunuh Psk Bertato Ibu Saya Janda

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 438 hits
Pembunuhan terapis wanita bertato menggegerkan warga Surabaya Belakangan diketahui pelaku yang seorang pemuda 20 tahun bernama Yusron Verlangga menyewa korban dengan uang pemberian orang tua untuk membayar SPP kuliahnya Korban sengaja diboo...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti