Pyan Habib Dan Yang Pertama




Oleh: Zunar


Pemergian seniman/penyair Pyan Habib merupakan sebuah kesedihan besar di kalangan teman-teman kerana Almarhum sangat rapat dan mesra dengan siapa saja. Menyorot kisah lalu, perkenalan saya dengan Almarhum bermula cukup lama.


 Kira-kira 30 tahun lalu, saya didatangi oleh seniman kurus berambut panjang ini di pejabat Creative Enterprise (penerbit Majalah Gila-Gila yang cukup popular pada masa itu) yang terletak di Bangsar Baru. Di situlah mula saya kenal beliau. Pyan yang ketika itu bekerja di Utusan berkata mahu wawancara saya. 


Masa itu, saya adalah kartunis yang baru mencari tempat serta nama dan belum ada media yang mahu mendapatkan padangan atau berita mengenai saya. Jadi Pyan adalah yang PERTAMA wawancara saya. Masa berlalu, ketika era reformasi (tahun 1999) saya ditangkap. Dalam perjalanan ke balai polis, Pyan adalah orang yang PERTAMA menghubungi saya, bertanya khabar dan saya katakan saya dalam kereta polis dan akan di bawa ke Balai Tun HS Lee dekat Stadium Negara.


 Selepas bermalam beberapa hari di lokap, saya pun dbebaskan. Sebaik saja melangkah keluar kira-kira jam 8 malam, teman-teman mengajak saya untuk menjadi salah seorang penceramah di AU2, Keramat. Belum pun pulang ke rumah, badan masih berbau lokap saya pun ke sana. Ceramah malam itu cukup besar dengan kehadiran ribuan orang. Selesai ceramah, kerana orang terlalu ramai, saya tak dapat berjumpa dengan orang yang membawa saya awal tadi. 


Dalam tercari-cari kalau-kalau ada wajah yang saya kenal, entah macam mana, orang PERTAMA yang saya nampak ialah Pyan Habib! Da menegur dan lalu dia mengajak ke rumah dia yang tak jauh dari situ. Makan, berbual dan mandi. Selepas itu barulah teman saya, Nazri datang dan membawa saya menaiki motorsikal untuk pulang ke rumah di Taman Melati. 


Masa beredar, saya dan Almarhum terus berhubungan dan dia sentiasa memberi sokongan kepada saya, terutama ketika sokongan sangat diperlukan iaitu masa buku-buku kartun saya diharamkan dan saya dikejar penguasa dan ditangkap berkali-kali di era Altantuya/1MDB. Kesimpulannya banyak sekali kebersamaan PERTAMA antara saya dengan almarhum. Kali terakhir saya bertemu Pyan adalah pada majlis berbuka puasa Ramadan yang lalu. Sehinggalah pada 4 Jun, jam 9 malam, saya dihubungi oleh seorang teman lama yang juga jiran dia, iaitu Zainur Zaman memaklumkan bahawa Pyan sudah tiada. Al Fatihah, semoga roh Almarhum dicucuri rahmatNya dan di tempatkan bersama orang-orang beriman. 


Kepada keluarga beliau, terutama isteri, Kak Erin, pesan saya: Tabahlah, tapi jangan tahan kesedihan. Menangis sebanyak-banyaknya. Kerana menurut penceramah agama terkemuka, Dr Nouman Ali Khan, menangis itu bukan tanda kelemahan, tetapi adalah sifat insan. Sedangkan para Nabi menangis ketika ditimpa ujian, inikan pula kita. Namun berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Masa adalah penawar duka paling mujarab. --  Aaamin.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/06/pyan-habib-dan-yang-pertama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terungkap Ini Awal Mula Perkenalan Dan Chat Pertama Syl Ke Biduan Nayunda Nabila

Terungkap Ini Awal Mula Perkenalan Dan Chat Pertama Syl Ke Biduan Nayunda Nabila

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 63 hits
Terungkap Ini Awal Mula Perkenalan dan Chat pertama SYL ke Biduan Nayunda Nabila
Sesal Achsanul Qosasi Terima Uang Rp40 Miliar Dalam Kasus Bts Kominfo Ini Perkara Pertama Dan Terakhir Saya

Sesal Achsanul Qosasi Terima Uang Rp40 Miliar Dalam Kasus Bts Kominfo Ini Perkara Pertama Dan Terakhir Saya

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 48 hits
Hal itu disampaikan Qosasi dalam nota pembelaan atau pleidoinya di Pengadilan Negeri Tipikor Jakarta Pusat Selasa
Bumi Armada Melangkah Ke Tahun 2024 Dengan Keuntungan Kuartal Pertama Meningkat 20 Kepada Rm240 Juta

Bumi Armada Melangkah Ke Tahun 2024 Dengan Keuntungan Kuartal Pertama Meningkat 20 Kepada Rm240 Juta

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 72 hits
Bumi Armada Berhad mengumumkan hasil kewangan suku pertama 2024 dengan pendapatan sebanyak RM635 5 juta meningkat sedikit sebanyak RM12 5 juta berbanding suku keempat 2023 Keuntungan operasi sebelum penurunan nilai adalah lebih rendah pada ...
7 Perkara Yang Perlu Kita Tahu Bila Anak Perempuan Pertama Kali Datang Haid

7 Perkara Yang Perlu Kita Tahu Bila Anak Perempuan Pertama Kali Datang Haid

papar berkaitan - pada 31/5/2024 - jumlah : 90 hits
7 PERKARA YANG PERLU KITA TAHU BILA ANAK PEREMPUAN PERTAMA KALI DATANG HAID Menjadi pengalaman pertama umi apabila anak perempuan semakin membesar ialah dengan kedatangan haid dan juga tumbesaran lainnya Kalau nak diikutkan memanglah kita a...
Malaysia Menjadi Negara Asean Pertama Yang Mengembangkan Akaun Satelit Sukan

Malaysia Menjadi Negara Asean Pertama Yang Mengembangkan Akaun Satelit Sukan

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 67 hits
PUTRAJAYA Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh telah melancarkan Akaun Satelit Sukan inisiatif oleh kementerian melalui sekretariat Industri Sukan dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia di Menara Kementerian Belia dan Sukan di sini har...
Nak Check Up Pertama Kali Apa Nak Buat Ini Panduan Untuk Ibu Hamil

Nak Check Up Pertama Kali Apa Nak Buat Ini Panduan Untuk Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 31/5/2024 - jumlah : 60 hits
Sebelum berjumpa doktor untuk mendapatkan keputusan rasmi kewujudan bayi anda boleh mengambil ujian kehamilan di rumah sendiri Artikel ini akan memberikan anda panduan mengenai cara untuk menjalankan ujian kehamilan di rumah Bila lakukan uj...
Enfagrow A Mindpro Meraikan Kasih Sayang Ibu Melalui Lagu Hari Ibu Janaan Ai Pertama

Enfagrow A Mindpro Meraikan Kasih Sayang Ibu Melalui Lagu Hari Ibu Janaan Ai Pertama

papar berkaitan - pada 31/5/2024 - jumlah : 81 hits
ENFAGROW A MINDPRO MERAIKAN KASIH SAYANG IBU MELALUI LAGU HARI IBU JANAAN AI PERTAMAMenghargai Usaha Ibu Ibu Melalui Inovasi Terkini dan Suara Kanak Kanak MalaysiaEnfagrow A MindPro Jenama 1 Enfagrow A MindPro jenama 1 yang disyorkan pakar ...
Hutang Jangka Masa Panjang Pertama Di Usia 28 Tahun

Hutang Jangka Masa Panjang Pertama Di Usia 28 Tahun

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 155 hits
AssalamualaikumHutang Jangka Masa Panjang Pertama Di Usia 28 Tahun Alhamdulillah Segala puji bagiMu ya Allah Siapa sangka di usia 28 tahun yang hampir menjangkau usia 29 tahun aku mampu memiliki kenderaan sendiri walaupun dalam status berhu...
Parallel Pathway Must Follow Existing Laws Says Ex Moh Deputy Director

Malaysia Eyeing Rm13 Billion In Investments Exports At World Expo 2025

Diesel And Eggs Rushed Policies Lead To Economic Strain Says Mca

Mengapa Dan Kenapa Tak Pre Empt

The Benefits Of Taking Multivitamins

Hubungan Dengan China Jamin Kepentingan Jangka Panjang Malaysia

Sinopsis High School Return Of A Gangster

Hizbullah Lepas Puluhan Roket Ke Utara Israel



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Terjerat iQIYI Malaysia Gandingan Aliff Aziz Dan Ruhainies

8 Fakta Biodata Aisyah Hijanah Azhari Penulis Buku Isteri Kepada Alif Teega

5 Kes Jenayah Melibatkan Kanak Kanak di Malaysia Yang Tak Boleh Kita Lupakan

Biodata Ezra Kairo Penyanyi Gandingan Zubir Khan Dalam Lagu OMK Oh My Kadhale

10 Fakta Biodata Aniq Durar Pelakon Drama Berepisod Dua Darjat Slot Akasia TV3 Gandingan Sharifah Rose


Ikan Puyu Dan Pucuk Harumanis

2 Aidiladha 2024

Popia Oh Popia

Biodata Kasih Iris Leona Anak Bongsu Pelakon Azhar Sulaiman

Tajaan Batik Penjawat Awam 2024 Dari Raifili World Yang Quality

Hantar Barang Dari Kl Ke Pulau Pinang Guna Pembalut Ayat Al Quran