Nak Check Up Pertama Kali Apa Nak Buat Ini Panduan Untuk Ibu Hamil


Sebelum berjumpa doktor untuk mendapatkan keputusan rasmi kewujudan bayi, anda boleh mengambil ujian kehamilan di rumah sendiri. Artikel ini akan memberikan anda panduan mengenai cara untuk menjalankan ujian kehamilan di rumah.

 
Bila lakukan ujian? Wanita perlu mengambil ujian sekurang-kurangnya seminggu selepas mereka terlepas tempoh haid bagi mendapatkan hasil yang paling tepat. Ambil terlalu awal boleh cenderung kepada jawapan palsu apabila ujian adalah negatif tetapi sebenarnya, anda hamil. Dinasihatkan untuk mengambil ujian pada waktu pagi apabila air kencing pekat.
Sejauh mana ketepatan ujian? Terdapat dua jenis ujian kehamilan iaitu ujian air kencing di rumah dan ujian darah yang dijalankan di pusat perubatan. Ujian air kencing dirumah adalah 99% tepat manakala ujian darah adalah lebih tepat. Ketepatan ujian kehamilan bergantung kepada:
Sejauh mana wanita ikut arahan Bila berlaku implantasi Apabila anda mengambil ujian (berapa lama selepas kehamilan anda mengambil ujian) Sifat atau sensitiviti ujian kehamilan Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, ujian membawa hasil palsu jika terdapat protein atau darah dalam air kencing. Selain itu, jika pengambil ujian itu mengambil beberapa jenis ubat-ubatan, ia boleh menjejaskan ketepatan ujian.

Bagaimana melakukan ujian kehamilan di rumah? Ujian kehamilan di rumah adalah sangat mudah digunakan dan memberikan hasil yang tepat dalam masa yang singkat selagi wanita ikut arahan dengan teliti.
Terdapat banyak cara untuk melakukan ujian. Ini adalah bagaimana untuk menggunakan ujian bukan digital.
Langkah 1: Wanita boleh memilih salah satu daripada kaedah ini:
Kumpul air kencing awal pagi dalam cawan. Rendamkan batang ujian ke dalam air kencing. Pastikan batang ujian terus dalam aliran air kencing. Kumpul air kencing dalam cawan. Menggunakan penitis untuk titiskan air kencing ke kayu ujian. Langkah 2:Tunggu beberapa minit untuk melihat hasilnya.
Langkah 3: Baca hasilnya. Bergantung kepada jenis kit ujian, hasilnya ditunjukkan berbeza. Jika anda hamil, hasil ujian boleh menjadi:
Dua baris Berwarna Tanda “+” Jika wanita menggunakan ujian digital, langkah 1 dan langkah 2 adalah sama seperti dalam ujian bukan digital. Walau bagaimanapun, pada langkah terakhir, ujian akan membaca keputusan dengan jelas, sama ada “mengandung” atau “tidak mengandung”.
Apa yang perlu dilakukan seterusnya? Jika ujian memberikan hasil positif, jumpa ke doktor untuk mengesahkan.
Jika ujian memberikan hasil negatif tetapi anda masih percaya bahawa anda sebenarnya hamil, pergi ke pusat perubatan juga untuk mendapatkan pengesahan doktor.
Pertama Kali Check-Up
Pink dan ibu mengandung berpisah tiada, hehehe, macam sepasang kekasih pula. Buku pink (biasanya di klinik kesihatan kerajaan) akan dibuka apabila ibu didapati telah hamil. Kiranya buku pink ni merupakan rekod pemeriksaan kesihatan sepanjang ibu mengandung.
Bila Waktu Sesuai Buka Buku Pink Ibu Mengandung? Bagi wanita yang baru pertama kali bakal bergelar ibu, mesti tertanya-tanya, bilakah waktu yang paling sesuai untuk buka buku pink ni kan?
Sebenarnya bukan ibu yang baru nak menimang anak pertama jer, ibu-ibu yang dah ada anak 2-3 orang pun boleh blur sekejap terutamanya jika jarak kehamilan setiap anak tu agak jauh, macam 3-4 tahun, gitu.
Kebanyakan waktu yang disyorkan untuk membuka buku pink adalah setelah kehamilan mencecah 10 minggu.
Ada sesetengah klinik kerajaan memerlukan pengesahan kehamilan, contohnya daripada klinik swasta, ada sesetengahnya pula tak kisah asalkan kita memang betul-betul confirm yang kita hamil.
Bagaimana Nak Kira Jangkaan Usia Kandungan? Semasa para ibu nak buka buku pink tu nanti, nurse yang bertugas mesti akan tanya tarikh hari pertama period terakhir kita.
Sebab itulah ibu-ibu sekalian perlu aware tentang bila hari pertama period kita setiap bulan. Tujuannya supaya dapat dijangkakan usia kandungan ibu.
Contoh Cara Kira Usia Kandungan: Tarikh check UPT: 1 September 2017
Hari pertama period terakhir ibu: 1 Julai 2017
Jadi, dari hari pertama last period ibu tu, sehingga ke hari check UPT, usia kandungan lebih kurang 8 minggu dan menghampiri 9 minggu dah.
Boleh tunggu seminggu dua lagi untuk buka buku pink.
Haaaa, mudah kan?

Kenapa Bahaya Buka Buku Pink Lambat Sangat? Buka buku pink lambat ni biasanya akan menjadi isu kalau ibu pernah mengalami masalah atau komplikasi sewaktu mengandung atau bersalin semasa kehamilan terdahulu.
Mungkin juga sekiranya para ibu mempunyai sejarah keluarga berpenyakit kronik seperti kencing manis atau darah tinggi.
Macam kalau ibu pernah mengalami anemia kronik, kalau buat tak tahu, bayi mungkin boleh mengalami keguguran.
Kalau jadi kes macam ni, penelitian dengan lebih lagi perlu diberikan. Kalau tak, selalunya takde hal lah sangat.
Boleh Tak Nak Buka Buku Pink Awal? Boleh saja dan dinasihatkan buka awal sekiranya ibu merupakan golongan berisiko tadi. Kalau tak, agak leceh sikitlah nak kene check darah dan urin serta menunggu giliran yang agak lama, selalunya.
Tapi kalau awal sangat, macam 2-3 minggu tu, ada yang berkongsi pengalaman, nurse suruh balik dulu. Lepas tu datang balik bila usia kandungan dah 10 minggu.
Mungkin kalau kita takde masalah, lebih baik ruang waktu tu diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan. Di samping itu, 10 minggu ke atas tu mungkin juga waktu yang paling sesuai memantau perkembangan ibu hamil.dan bayi.
Apa Yang Perlu Dibawa Semasa Buka Buku Pink Kebiasaannya perlu bawa IC. Walaupun ada sesetengah ibu yang berkongsi, perlu bawa sijil nikah serta bil eletrik atau air, tapi seingat saya, semasa nak buka buku pink dulu, saya diminta tunjukkan IC jer. Sijil nikah pun tak perlu. Tapi bawa jer kad nikah yang macam IC tu.
Bil elektrik atau air tu sebab kalau klinik kerajaan, diaorang nak pastikan yang alamat rumah kita adalah betul sebab pembahagian pemeriksaan kesihatan semasa mengandung dibuat mengikut kawasan tempat tinggal.
Ada orang yang alamat rumah dalam IC berlainan dengan kawasan coverage (mungkin guna alamat kampung) klinik kesihatan tu. Bil air atau elektrik kan sebagai penunjuk alamat semasa kita.
Kalau klinik swasta, tak kisahlah nak tinggal kat mana-mana pun.
Biasanya, untuk ibu yang pertama kali buka buku pink, 2 ujian yang akan dilakukan iaitu:-
ujian darah ujian air kencing Seterusnya nanti, nurse akan buat interview sikit. Nak tahu berkenaan sejarah kesihatan keluarga suami dan isteri seperti penyakit 3 serangkai. Macam ibu ni, kalau pernah mengandung, dulu ada tak mengalami GDM (kencing manis semasa hamil), anemia, darah tinggi dan sebagainya.
Walaupun interview tu sikit, soalan mungkin banyak dan macam-macam…hahaha. Layankan ajer. Semua info yang ditanya oleh nurse ni biasanya penting untuk kesihatan ibu dan bayi.
Selepas tu, nurse akan buat pemeriksaan breast. Selalunya nak tengok keadaan breast, ok ke tak tak bila time nak menyusu nanti. Nipple timbul ke tak. Check sikit dan sekejap jer.
Kemudian nanti, ibu diminta untuk masuk ke bilik pemeriksaan yang ada tabir kain tu. Nanti nurse akan tekan-tekan perut untuk ambil ukuran janin.
Biasanya rasa ketulan jer kalau baru 10-12 minggu ni sebab masih kecil.

Apa Nak Buat Dengan Buku Pink? Ada apa dengan buku pink ni? Penting kah?
Sangat penting untuk dibawa ke mana-mana sahaja buku ni, ye ibu-ibu sekalian, terutamanya time checkup lah. Jangan pula nak checkup nanti, boleh tertinggal buku pink ni. Tak pasal-pasal dengar ceramah free daripada nurse tu karang.
Dalam buku pink ni terdapat segala macam rekod kesihatan ibu dan bayi termasuklah berat ibu, ukuran bayi, bacaan hb, keputusan bacaan darah, keputusan bacaan air kencing, risiko ibu hamil, ulasan nurse, ulasan doktor, keadaan bayi dan macam-macam lagilah.
Kalau nak pergi bercuti atau travel jauh-jauh, balik kampung ke, silahlah bawa bersama buku pink ni. Mana tahukan, kalau berlaku apa-apa ke, mudah untuk ibu-ibu refer ke klinik atau hospital yang berdekatan.
Kalau ikutkan, pada awal kehamilan ni, check mengandung adalah 1 kali sebulan jer. Tapi kalau ada masalah kesihatan macam GDM (kencing manis semasa hamil), darah tinggi atau bacaan HB rendah (khasnya anemia kronik), checkup selalunya perlu dilakukan 2 minggu sekali. Penat tu nak melayan, kan?
Jadi, para ibu sekalian, dari awal lagi perlu jaga kesihatan, jaga pemakanan dan selalu bersenam. Nanti bila nak buka buku pink, takdelah masalah kesihatan lain pula.
Semoga ibu-ibu melalui pengalaman mengandung dengan hati yang tenang dan riang. Berseri macam warna buku pink ni.
Menarik: Moga Jadi Anak Soleh, Puteri Aishah Kongsi Nama Anak, Makin Cantik Dalam Pantang
Stress Buat Wanita Susah Nak Hamil, Bakal Ibu Kena Tenang-Tenang Saja/
“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/
 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Sumber: Naimah Wahab, Hello Doktor
The post Nak Check Up Pertama Kali Apa Nak Buat? Ini Panduan Untuk Ibu Hamil! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-check-up-pertama-kali-apa-nak-buat-ini-panduan-untuk-ibu-hamil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banyak Kali Dah Nak Laksanakan Subsidi Bersasar Tapi Tiada Keberanian Dan Takut Kalah Dalam Politik

Banyak Kali Dah Nak Laksanakan Subsidi Bersasar Tapi Tiada Keberanian Dan Takut Kalah Dalam Politik

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 132 hits
Dah banyak kali kerajaan cuba buat subsidi bersasar walau siapa pun yang jadi PM Buat subsidi bersasar ni memang berisiko tinggi untuk dihukum dan kalah pada pilihan raya Sebab tu kalau pemimpin yang diangkat itu cuma semata mata politikus ...
Enfagrow A Mindpro Meraikan Kasih Sayang Ibu Melalui Lagu Hari Ibu Janaan Ai Pertama

Enfagrow A Mindpro Meraikan Kasih Sayang Ibu Melalui Lagu Hari Ibu Janaan Ai Pertama

papar berkaitan - pada 31/5/2024 - jumlah : 257 hits
ENFAGROW A MINDPRO MERAIKAN KASIH SAYANG IBU MELALUI LAGU HARI IBU JANAAN AI PERTAMAMenghargai Usaha Ibu Ibu Melalui Inovasi Terkini dan Suara Kanak Kanak MalaysiaEnfagrow A MindPro Jenama 1 Enfagrow A MindPro jenama 1 yang disyorkan pakar ...
Mak Mentua Tak Pernah Ambik Kisah Bila Suami Nak Kahwin Lagi Satu Tapi Bila Dia Lumpuh Orang Pertama Dia Suruh Jaga Aku

Mak Mentua Tak Pernah Ambik Kisah Bila Suami Nak Kahwin Lagi Satu Tapi Bila Dia Lumpuh Orang Pertama Dia Suruh Jaga Aku

papar berkaitan - pada 25/5/2024 - jumlah : 219 hits
Setelah dilukakan hati oleh suami atau pasangan tercinta pastilah jiwa dan raga akan mengalami kelukaan yang amat mendalam dan sukar untuk diubati Lebih lebih lagi jika ia melibatkan orang ketiga dan penyelesaian pada semua itu adalah denga...
Rutin Amalan Ibu Mengandung Menurut Islam Ibu Hamil Mesti Praktis Ni

Rutin Amalan Ibu Mengandung Menurut Islam Ibu Hamil Mesti Praktis Ni

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 155 hits
Tempoh sembilan bulan yang panjang adalah waktu terbaik untuk bakal ibu memanjakan diri Namun amalan rutin ini patut anda lakukan menurut pandangan Islam dan mengamalkan perkara perkara yang baik juga amat digalakkan Lebih baik buat anak di...
Uu Kia Ibu Melahirkan Cuti 6 Bulan 4 Bulan Pertama Full Gaji Dan Bulan 5 6 75 Persen

Uu Kia Ibu Melahirkan Cuti 6 Bulan 4 Bulan Pertama Full Gaji Dan Bulan 5 6 75 Persen

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 168 hits
Pemerintah juga wajib memberikan bantuan hukum bagi Ibu pekerja yang tidak mendapatkan haknya
7 Perkara Yang Perlu Kita Tahu Bila Anak Perempuan Pertama Kali Datang Haid

7 Perkara Yang Perlu Kita Tahu Bila Anak Perempuan Pertama Kali Datang Haid

papar berkaitan - pada 31/5/2024 - jumlah : 251 hits
7 PERKARA YANG PERLU KITA TAHU BILA ANAK PEREMPUAN PERTAMA KALI DATANG HAID Menjadi pengalaman pertama umi apabila anak perempuan semakin membesar ialah dengan kedatangan haid dan juga tumbesaran lainnya Kalau nak diikutkan memanglah kita a...
Anak Suka Main Ugut Ugut Ibu Ayah Nak Pujuk Atau Biar Saja

Anak Suka Main Ugut Ugut Ibu Ayah Nak Pujuk Atau Biar Saja

papar berkaitan - pada 22/5/2024 - jumlah : 157 hits
Anak suka main ugut ugut ibu ayah nak pujuk atau biar saja Dilema seperti ini sering berlaku pada ibu bapa walaupun anak masih di usia kecil Sebagai contoh Kalau mama tak sayang saya kalau mama tak beli mainan saya lari keluar biar kereta t...
Assalamu Alaikum Hai Semua Kali Ni Saya Nak Kongsi Dengan Anda Dapur Basah Semi Luar Kami

Assalamu Alaikum Hai Semua Kali Ni Saya Nak Kongsi Dengan Anda Dapur Basah Semi Luar Kami

papar berkaitan - pada 25/5/2024 - jumlah : 136 hits
Assalamu alaikum hai semua Kali ni saya share semi outdoor wet kichen kami versi terbaru ada tambahan pokok besar di bhgn tepi pintu masuk wet kitchen tambahan pokok2 yg lain utk menjadikannya garden kitchen spt yg kami suami isteri impikan...
Kolaborasi Kali Pertama Khairul Aming Amp Sofyank Bergabung Terangkan Isu Tembikai

Kolaborasi Kali Pertama Khairul Aming Amp Sofyank Bergabung Terangkan Isu Tembikai

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 173 hits
Pempengaruh terkenal Khairul Aming amp Sofyank bergabung buat kali pertama dalam menghasilkan video infografik bagi menerangkan tentang isu Gaza dan Rafah Terangkan tentang isu tembikai Menerusi kapsyen di media sosial Khairul Aming dia men...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Skill Up Steam Curator


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Suriname Negara Pelbagai Kaum

Wayang Isu Pembinaan Kb Sentral

Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord