Putus Hubungan Dengan Bersatu Bererti Putus Juga Dengan Pas


 
Sementara UMNO dalam peringkat akhir menuju keputusan muktamad sebelum memisahkan dirinya dengan Bersatu dan mahu memastikan kerajaan PN dijatuhkan, parti itu dalam masa yang sama tetap berharap hubungan dengan Pas terus berkekalan.
Setelah semalam Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan dengan Ketua-Ketua UMNO bahagian seluruh negara dan persoalan meninggalkan daripada kerajaan turut ditekankan, keputusan akhir mengenainya bakal dimuktamadkan dalam mesyuarat MT UMNO malam ini.
Beberapa pemimpin UMNO, kecuali di Kelantan dan Terengganu, berharap muafakat politik dengan Pas tidak terjejas di sebalik putusnya hubungan dengan Bersatu itu nanti.
Bahkan, Zahid Hamidi sendiri dilapor mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas, Hadi Awang sebaik selesai berjumpa Ketua-Ketua UMNO bahagian semalam.
Ia menandakan UMNO amat berharap mereka terus dapat bersama Pas menghadapi PRU15, bukan saja untuk mengalahkan PN, bahkan juga untuk memastikan PH tidak mampu bangkit lagi.
Tercapaikah hasrat UMNO itu?


Dua persoalan yang meragukan tentang harapan UMNO itu ialah kerana Pas sudah berada secara rasmi dalam PN dan pendirian UMNO di Kelantan dan Terengganu yang seolah-olah tidak boleh berbaik langsung dengan parti tersebut.
Meskipun Pas kerapkali bernada lunak mengatakan ingin terus memperkasakan MN dan dalam masa yang sama mahu mempertahankan PN, hakikatnya kedudukan Pas dalam PN adalah rasmi, manakala kedudukannya dalam MN tiada ikatan apa-apa.
Jika wujud pilihan untuk PRU akan datang, sudah tentu Pas lebih memilih PN berbanding MN, tambahan lagi Pas juga agak selesa dan terhutang budi kepada Muhyiddin Yassin lantaran diberi banyak nikmat jawatan dalam kerajaan sekarang ini.
Lebih daripada itu, selain PN sendiri sudah membentuk barisan kepimpinan peringkat pusatnya, gabungan itu juga turut mengumumkan perlantikan pengerusi-pengerusi negeri, baru-baru ini.
Semua ini menandakan Pas lebih mungkin bersama PN dan meninggalkan UMNO dalam PRU akan datang ini.
Tidak mungkin setelah berada sejauh itu dalam kerangka gabungan PN, Pas tiba-tiba mahu meninggalkannya untuk bersama MN dan UMNO yang tiada ikatan yang sah mengikat mereka.
Kemungkinan Pas terus bersama Bersatu dalam PN dan meninggalkan UMNO serta MN turut dipermudahkan lagi dengan pendirian UMNO di Kelantan dan Terengganu yang enggan bersama parti itu.
UMNO Kelantan memberi kata dua kepada Pas agar memilih untuk bersama MN atau PN dan mengumpamakan ibarat seorang isteri yang tidak boleh bersuami dua, UMNO Terengganu lebih keras lagi dengan enggan sama sekali bersama dengan Pas.
Realiti ini, sama ada UMNO sedar atau tidak, mereka harus bersedia dengan hakikat tiada jodoh lagi dengan Pas selepas ini.
Berharap dapat kekal bersama Pas selepas memutuskan hubungan dengan Bersatu adalah suatu pengharapan yang sia-sia saja buat UMNO.
Walaupun Pas lebih lebih dulu bertemu UMNO, tetapi hatinya nyata lebih terpaut kepada Bersatu yang jauh berkemampian serta lebih berada.
Putusnya hubungan UMNO dengan Bersatu boleh dikata putuslah juga hubungan parti itu dengan Pas.
Di depan yang menanti selepas keputusan MT UMNO malam ini tidak lain ialah pertandingan tiga penjuru atau lebih daripada itu.
(Shahbudindotcom 06/01/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/putus-hubungan-dengan-bersatu-bererti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usul Umno Untuk Putus Hubungan Dengan Bersatu Pas Ambil Sikap Tenang Tunggu Dan Lihat

Usul Umno Untuk Putus Hubungan Dengan Bersatu Pas Ambil Sikap Tenang Tunggu Dan Lihat

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 289 hits
PAS mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung ketetapan yang diambil Umno untuk memutuskan hubungannya dengan Bersatu Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ini kerana perkara itu masih lagi belum menjadi keputusan muktam...
Umno Selangor Patut Jadi Negeri Pertama Putus Hubungan Dengan Bersatu

Umno Selangor Patut Jadi Negeri Pertama Putus Hubungan Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 293 hits
Ini penegasan UMNO Selangor Pengerusi UMNO Selangor Noh Omar mengingatkan Bersatu negeri itu agar jangan mengganggu kerusi kerusi yang dimenangi UMNO pada PRU lalu Menurut beliau jika parti serpihan UMNO itu masih berdegil mereka tiada pili...
Umno Bawa Usul Putus Hubungan Bersatu Ke Persidangan Agung

Umno Bawa Usul Putus Hubungan Bersatu Ke Persidangan Agung

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 270 hits
Mesyuarat majlis tertinggi Umno malam tadi memutuskan untuk membawa usul masalah hubungan tegang parti itu dengan Bersatu dalam perhimpunan agung Umno yang akan diadakan pada 31 Januari Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan berkata majlis te...
Pas Pushes Back Against Umno S Pressure To Ditch Bersatu S Pn

Pas Pushes Back Against Umno S Pressure To Ditch Bersatu S Pn

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 317 hits
A major faction in Umno is determined to take on Bersatu in the next general election and is pressuring PAS to ditch Bersatu forcing the Islamist party to come out with a rebuke Instead of an overt ultimatum this Umno faction which includes...
Chin Huat Chat 2 Umno Pas Bersatu Like Three Brothers After Same Girl

Chin Huat Chat 2 Umno Pas Bersatu Like Three Brothers After Same Girl

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 318 hits
When Bersatu and PKR defectors pulled out of Pakatan Harapan and crossed the floor to join a coalition with Umno and PAS it seemed like the dawn of a new dominant Malay Muslim alliance that was in pole position for a lengthy rule However in...
Only Kedah Opposition Seats Will Be Negotiated Between Pas Umno Bersatu

Only Kedah Opposition Seats Will Be Negotiated Between Pas Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 348 hits
The only seat negotiations in Kedah between PAS Umno and Bersatu will be on opposition seats said Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Noor He reiterated that there will be no clashes between the three parties in the next general election becau...
Bn Paling Rugi Jika Kerjasama Umno Bersatu Pas Kekal

Bn Paling Rugi Jika Kerjasama Umno Bersatu Pas Kekal

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 237 hits
January 9 2021 Seorang penganalisis politik berkata Umno berkemungkinan menjadi tidak relevan dalam kalangan penyokongnya jika ia terus gagal membuat keputusan mengenai hubungannya dengan PPBM Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah b...
Bersatu Selangor Hanya Kerjasama Dengan Pas

Bersatu Selangor Hanya Kerjasama Dengan Pas

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 295 hits
Sekiranya Umno terus dengan pendirian untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu parti itu hanya akan bekerjasama dengan PAS dengan kerangka Perikatan Nasional kata ketua Bersatu Selangor Abdul Rashid Asari Kami bersedia untuk itu Saya mengad...
Khaled In Turin To Inspect Work On Maritime Aircraft

Polis Siasat Dakwaan Vokalis Skinhead Diserang Dipukul

Zahid Says Umno S Partnership In Unity Government Is About Stability Not Submission To Dap

Advice To Senior Citizens

Sarapan Pagi Wesak Day

127 0 0 1 62893 The Importance Of Loopback Address Comprehensive Guide

Why Is Helping Others Important Why Should We Be Generous

Jaga Supaya Tidak Terlanjur Kata Presiden Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dinas Lingkungan Hidup Indonesia Pilar Utama Pelestarian Lingkungan Negeri

Rahasia Trading Profit Konsisten Menggunakan Metode Hc Rajapips

Menyusuri Surga Timur Indonesia Cerita Perjalanan Ke Labuan Bajo

Car Boot Sale Di Petaling Jaya 17 Mei 2025 8 00 Malam

Donating Your Car To Charity In California Making A Difference Through Vehicle Donation

Feng Shui Creating Harmony And Balance In Your Living Space