Pusat Tuisyen Online Fly High Education Centre
Juju selalu terfikir, cukup ke pelajaran anak aku dekat sekolah? Perlu ke aku masukkan dia kelas tambahan? Dekat mana nak hantar dia kelas tambahan? Dekat kawasan kejiranan Juju ni tiada yang buka kelas tambahan selepas waktu persekolahan. Jenuh jugalah Juju bertanya kiri kanan depan belakang. Rata-rata tak hantar anak kelas tambahan
Kalau nak hantar ke bandar agak jauh. Lebih kurang 30 minit perjalanan. Kesian pula lama-lama dekat luar. Karang besok mengamuk tak cukup tidur. Dilema betul perasaan mak-mak ni ya. Mujur juga Juju terberkenalan dengan FlyHigh. Rupanya ada je tuisyen online. Okeh jom kita berkenalan dulu dengan FlyHigh Education Centre
Apa itu FlyHigh Education Centre?FlyHigh ialah sebuah pusat tuisyen yang ditubuhkan pada tahun 2019. Walau bagaimanapun, Fly High telah mengubah strategi perniagaannya dengan menyediakan pembelajaran dalam talian apabila pandemik COVID-19 melanda pada tahun 2020. Sistem pembelajaran dalam talian ini sangat dialu-alukan oleh ibu bapa yang inginkan sistem pembelajaran alternatif yang lebih selamat selepas pandemik Covid-19 menghalang sistem pembelajaran bersemuka
Selepas melihat respons ibu bapa yang sangat memberangsangkan, syarikat ini telah memutuskan untuk mencipta platform dan aplikasi pembelajaran dalam talian yang lebih baik
Sebenarnya, platform ini memberi manfaat kepada semua orang, terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang belajar. Perkhidmatan pembelajaran dalam talian ini mempunyai dua saluran utama, iaitu laman web dan telefon pintar, untuk memberikan pilihan kepada kedua-dua pengguna yang rigid dan pengguna yang mudah alih
Kenapa Pilih Tuisyen di FlyHigh?Ini respon daripada murid-murid yang pernah mengikut pembelajaran di sini. Antaranya:Guru yang berpengalamanTerbukti keberkesanannya berdasarkan keputusan peperiksaan pelajarKonten yang berkualitiHarga yang berpatutanSecara dalam talian dan bersemukaSentiasa aktif dalam memberi tunjuk ajarPilihan pakej ikut keutamaan
Juju akan highlight kelas untuk Tahun 3 memandangkan Firash sekarang ni dalam tahun 3. Ada 4 kelas yang disediakan mengikut subjek. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Ada juga pilihan untuk kelas mengaji
Tapi Juju tak ambil pakej kelas mengaji tu sebab Firash dah mengaji dengan nenek dekat kawasan perumahan Juju ni. Jadi untuk bulan 8 ni Juju masukkan je semua subjek. Dari situ Juju boleh kenal pasti subjek mana yang dia lemah
Testimoni Firash
Firash kata dia seronok dapat jumpa kawan-kawan baru. Bila bercampur dengan geng yang lagi advance dari dia, dia mulalah rasa tak nak kalah. Hari pertama kelas Matematik dia agak ketinggalan. Siap minta Juju tukar nama dia sebab cikgu tak nampak dia ada dalam kelas
Hari kedua pula kelas English, dua kali teacher seru nama dia. Kembang sekejap hidung member. Terus tak nak tukar nama dah. Haha, macam-macam ek perangai anak-anak ni. Dengan nak minum airlah, nak kencinglah.
Apa yang Juju nampak dia enjoy kelas tu. Juju pun suka sebab dia ada 2 way communication. Sangat bagus untuk bina keyakinan anak-anak. Dalam masa yang sama boleh bersaing juga dengan kawan-kawan baru dia
Maklumat LanjutKorang yang nak tengok dulu testimoni atau nak tengok-tengok dulu kelas tambahan yang mana sesuai dengan anak-anak bolehlah ke website FlyHigh Education Centre. Moga anak-anak kita semakin seronok dalam pembelajaran
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.kasihjuju.com/2023/08/pusat-tuisyen-online-fly-high-education.html