Pupuk Anak Minat Membaca Beli Happy Meal Mcdonald S Dapat Buku Cerita
hai assalammualaikum
Beli Happy Meal Dapat Buku..Fariza Suka Betul. Boleh pilih sama ada nak buku atau mainan apabila beli Happy meal. Kalau anak dua, boleh pilih satu mainan atau satu buku. Tapi mesti akan bergaduh, so pilihan, dua-dua buku..hahhaa Pupuk Anak Minat Membaca Dengan Program Happy Meal Readers, 12 Buku Cerita Eksklusif Dikeluarkan Oleh McDonald's Bagi Menggalakkan Aktiviti Membaca Dan Mengeratkan Hubungan KekeluargaanDapatkan Buku Cerita Dengan Setiap Pembelian Happy Meal McDonald's - Setiap kali bawa anak-anak makan di McDonald's, mesti tak lupa membeli Happy Meal, bagi diaorang happy sebab setiap pembelian Happy Meal akan dapat satu percuma mainan yang berlainan setiap bulan. Mainannya pulak nampak comel, mana tak orang nak beli untuk anak-anak kan. Kadang beli untuk diri sendiri juga..hehee. Bila nad dapat tau, McDonald's buat Program Happy Meal Readers, di mana kali ni, mereka mengeluarkan buku cerita dengan setiap pembelian Happy Meal, nad setuju sangat!! Dalam hati " Ini sangat bagus!! ". Sebenarnya, pelanggan boleh memilih sama ada nak mainan atau buku semasa beli Happy Meal, bagi nad, nad lebih memilih buku
Memang Fariza, dari kecik dia memang suka dengan buku. Suka tengok gambar dalam buku. Bila nad tengok dia minat dengan buku, nad sebagai mak pun menggalakkan dia lagi dengan minat membaca. Selalu beli buku untuk dia. Baca buku dengan dia, sambil buat reaksi muka dan gaya baca yang buat dia makin nak tau apa jadi seterusnya dekat buku cerita tu..hehee.
Sekarang dia dah 4 tahun, dia dah kenal huruf sikit, pandai baca sikit. Jadi, bila nad dapat tau beli Happy Meal boleh dapat sebuah buku, terus nad dapatkannya. Tunjuk dekat Fariza macam biasa ayat dia keluar " wahhh"..Bestnya bagi Fariza, buku cerita ini berkenaan Dinosaurs. Dia memang suka bab Dinosaur ni...hahaa.
Lepas dapat je buku Happy Meal ni, balik, terus suruh mommy bacakan untuk dia
Lepastu dia baca sendiri, kenal huruf, tengok gambarBalik tu, terus Fariza suruh buka dan baca. Alahai anak mommy, tak sabar dia. Terus bacakan buku cerita ni dekat dia dan ajar dia mengeja. Buku cerita ni memang sangat bgus sebab dia kecil, mudah dibawa ke mana sahaja dan kulitnya yang keras. Jadi tak senang koyak.
Lagi dan lagi suruh baca..hehee. adik pun join sekali..dia suka juga
Buku ni memang menarik.
Setiap hari, setiap kali bangun tidur, asal nampak buku ni, mesti suruh baca. Dengan adik sekali join. Walaupun adik baru setahun, dia pun suka dengan buku ni sebab ada gambar. Bila hari-hari baca, Fariza pun akan kenal huruf dan pandai membaca. Kena ajar dia sebelum masuk sekolah, jadi bila masuk sekolah, dia dah kenal huruf sikit dan reti membaca.
Meh tengok video kami luangkan masa bersama dengan membaca buku
Buku cerita yang hard cover, warna warni dan ada gambar
Buku cerita yang dikeluarkan McDonald's ni memang menarik, sebab ada penceritaan, pembelajaran, di mana kita boleh belajar nama Dinosaurs dan tahu lebih sedikit tentang Dinosaurs, yang nad sendiri pun tak tau..ehhee. Ada 12 buku cerita dengan dwibahasa, B.English dan B.Melayu yang dihasilkan kerjasama antara McDonald's dengan penulis dan pelukis ilustrasi yang terkenal menghasilkan siri buku popular " How To Train Your Dragon " , Cressida Cowell. Setiap bulan satu jenis buku akan dikeluarkan.
Bulan January, dah keluar satu buku dah, tu pun stok dah habis. Jadi, bila dah habis, memang tak boleh dapatla..sedih kan. Yang ada dekat tangan nad bulan February punya. Kalau boleh nak kumpul dari buku 1 sampaila ke 12. Baru lengkap dan best.
Apps Happy Studio
Untuk tarik minat anak-anak membaca ni, sebenarnya kena cari pelbagai cara, bukan hanya dengan buku sahaja. Bagi aktiviti membaca lebih menyeronokkan, membaca menerusi buku-buku versi digital menerusi aplikasi Happy Studio yang boleh dimuat turun dari Play Store dan Apple Store. Apps Happy Studio ni bukan apps biasa-biasa, tapi ia apps di mana ibu bapa dapat bersama-sama berinteraksi dengan anak-anak, sekaligus meningkatkan lagi pengalaman membaca dan mengeratkan hubungan kekeluargaan
Keseronokan kami bermain apps Happy Studio. Parents memang patut install apps ni.
Apa yang nad tengok, apps Happy Studio ni memang menarik. Di dalamnya ada pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk anak-anak. Sebenarnya bukan anak sahaja, mak pun teruja tau dengan apps Happy Studio ni..hehee..Boleh tengok di dalamnya mempunyai aktiviti topeng digital, jadi pencipta, jadi wira, jadi ahli muzik, aktiviti hebat, imbas buku dan baca buku versi digital
Main untuk Berfikir, Cari penyelesaian
Ada permainan boleh main sorang dan berdua dan ramai. Memang enjoy
Tengok sahaja kami buat aktiviti dalam apps Happy Studio ni, memang masing-masing seronok je..hahaha. Apa yang nad tengok Happy Studio apps ni dia lebih kepada menyuruh kita berfikir, membina, jadi kreatif dan menyelesaikan masalah..hah!!..bukannya main suka-suka. Kalau kalah kita cuba lagi sampai berjaya. Boleh kembangkan otak mereka untuk terus berfikir dan berusaha. Permainan yang berbentuk pembelajaran. Dalam maa yang sama enjoy.
Adik kakak dapat main bersama
Adik beradik main bersama
scan imbas di bahagian belakang buku
Paling menarik bila ada imbas buku ni. Bila kita scan dekat buku, dia akan keluarkan maklumat tentang Dinosaurs.
Tekan gambar piala tu
Scan dekat buku keluar informasi berkenaan Dinosaur
Caranya, pergi ke gambar piala tu, tekan dan imbas..Nanti nampakla keluar yang ditunjuk seperti dalam gambar.
Buku versi digital dalam apps Happy Studio
Kakak baca buku di apps, adik baca buku betul
Dalam apps ni pun ada versi buku digital. Buku cerita yang kita dapat semasa pembelian Happy Meal. Jadi buku bulan January tak dapat, boleh tengok dekat apps ni.
Kalau korang nak tukar bahasa apps ni, dari Bahasa English ke Bahasa Melayu, atau Bahasa Melayu ke Bahasa English, korang boleh tekan gambar orang dewasa tu dengan anak.
Tekan gambar orang dewasa dan anak tu untuk tau lebih lanjut pasal apps ni dan alih bahasa
Alih bahasa
Kemudian tekan bahagian tiga yang bergaris..Nanti keluar la option. Nak tukar bahasa pilih setting dan keluar la nanti alihan bahasa.
Macam-macam ada dekat apps Happy Studio ni
Dekat bahagian " Hai adik-adik, ini adalah iklan "..tu pun ada mainan..boleh tekan muka senyum tu. Haishh..bagus betul apps ni..Kena selalu tengok dan explore..hehe. Sebab dia akan update dari semasa ke semasa.
Kami sekeluarga meluangkan masa bersama..
Memang bagusla, McDonald's keluarkan buku dengan setiap pembelian Happy Meal sebab ia dapat menggalakkan anak-anak untuk membaca. Sambil tu dapat ibu bapa dapat meluangkan masa bersama anak. Nad setuju dengan Program Happy meal Readers yang dibuat oleh McDonald's ni.
Untuk tahu lebih lanjut berkenaan Happy Meal Readers boleh layari, https://www.mcdonalds.com.my/en/family/happy-meal-readers
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2019/03/pupuk-anak-minat-membaca-beli-happy.html