Pupuk Anak Minat Membaca Dengan Happy Meal Readers
Happy Meal Readers | Happy Meal McDonalds sememangnya menjadi kesukaan anak-anak CN iaitu Irfan & Dhia. Bukan sahaja menu yang pelbagai & menepati citarasa anak-anak, toys PERCUMA itu yang menjadi keutamaan si kecil. Tapi bermula Januari lalu, anda boleh pilih sama ada mahukan toys atau buku cerita. Sudah tentu pilihan CN adalah buku cerita ! Bukan sahaja saiz yang comel & hard cover, paling best buku cerita ini dihasilkan oleh penulis dan pelukis ilustrasi terkenal dunia iaitu Cressida Cowell yang juga merupakan penulis siri terkenal "How to Train Your Dragon".
Pupuk anak minat membaca dengan Happy Meal Readers
Program Happy Meal Readers Erat Hubungan Kekeluargaan Dengan Aktiviti Membaca
Program Happy Meal Readers oleh McDonald's Malaysia ini bertujuan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia menerusi pendekatan 'Scale for Good'. Terdapat 12 cerita yang akan dipaparkan menerusi siri ini yang dihasilkan secara eksklusif untuk McDonald's. Setiap bulan, sebuah buku akan dikeluarkan sepanjang tahun ini. Untuk pasaran Malaysia, buku-buku ini boleh didapati dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
Program Happy Meal Readers oleh McDonald's
Bagi menjadikan pengalaman membaca lebih menyeronokkan, buku-buku ini juga boleh didapati dalam versi digital menerusi aplikasi Happy Studio yang boleh dimuat turun dari Play Store dan Apple Store. Menariknya aplikasi ini, seisi keluarga dapat sama-sama membaca dan berinteraksi tentang cerita yang ditulis sekaligus meningkatkan lagi pengalaman membaca dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Antara koleksi buku cerita Cressida Cowell
Antara koleksi buku cerita Cressida Cowell
Pengarah Pemasaran McDonald's Malaysia, Eugene Lee berkata, komitmen dalam memupuk budaya membaca telah banyak menyokong usaha syarikat dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan.
"McDonald's Malaysia ingin menggalakkan keluarga agar meluangkan lebih banyak masa bersama-sama. Program Happy Meal Readers ini membolehkan ibu bapa membaca buku dan menikmati masa berkualiti bersama anak-anak. Kami berharap program ini dapat menerapkan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dengan menjadikannya sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan untuk seisi keluarga," kata Lee.
Pengarah Pemasaran McDonald's Malaysia, Eugene Lee
Menurut Lee, Program Happy Meal Readers ini juga merupakan tanda sokongan McDonald's terhadap aspirasi kerajaan untuk Malaysia sebagai negara membaca di bawah Program Dekad Membaca Kebangsaan.
Pengarah Pemasaran McDonald's Malaysia, Eugene Lee ketika berucap semasa launching Program Happy Meal Readers
"Kami mengucapkan syabas atas usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menggalakkan rakyat Malaysia untuk membaca. Kami juga amat gembira dapat turut serta mengambil bahagian dalam usaha ini dengan mengetengahkan manfaat membaca kepada ibu bapa dan kanak-kanak."
Muka ceria Dhia Zahra dengan buku cerita Cressida Cowell & set Happy Meal
Jom Dapatkan Siri Buku Cerita Cressida Cowell Dengan Setiap Pembelian Happy Meal
Jadi apa tunggu lagi, jom dapatkan siri buku cerita Cressida Cowell ini PERCUMA dengan setiap pembelian Happy Meal. Sementara stok masih ada ye.
Jom dapatkan buku cerita Cressida Cowell yang menarik ini
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.cekgunorazimah.com/2019/02/pupuk-anak-minat-membaca-dengan-happy.html