Punca Penyakit Sawan Dan Epilepsi


Sawan atau tarik adalah cetusan aktiviti elektrik mendadak yang berlaku di dalam otak yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkahlaku atau aktiviti, merujuk kepada masalah gangguan fungsi otak pada sel saraf atau sel neuron menyebabkan otak tidak berfungsi dengan baik.


Bukan semua sawan adalah epilepsi. Sawan yang disebabkan rangsangan lain seperti demam panas, kurang gula dalam darah dan kuman di dalam otak tidak diklasifikasikan sebagai epilepsi.

Seseorang boleh dikatakan mengalami epilepsi sekiranya dia mengalami sekurang-kurangnya dua kali episod sawan.

Bagi pesakit epilepsi, apabila aktiviti sel neuron terganggu, berlaku gangguan pada deria rasa, emosi dan kelakuan, kejang otot serta tidak sedarkan diri.

Ini dapat dilihat jika:
Diam seketika.Tiba-tiba keliru atau hilang kesedaran.Kaki dan tangan menjadi keras/kejang.Kaki dan tangan tersentak-sentak.Tiba-tiba jatuh ke lantai.
Ramai kanak-kanak yang boleh mengalami kejadian yang menyerupai sawan. Pergerakan aneh atau pengsan ini termasuklah:
Tersentak.Pergerakan semasa tidur.Tindakan menahan nafas (breath-holding spells).Refleks sawan anoxic (Reflex anoxic seizures).Berangan.Pengsan.
Apa itu epilepsi?

“Epilepsi” berasal daripada perkataan Greek “epilambanien”. Ia bermaksud “serangan”. Perkataan ini digunakan untuk menerangkan keadaan di mana serangan sawan yang berterusan berlaku tanpa sebarang rangsangan luar.

Epilepsi juga dikenali sebagai “sawan babi”, “cho chin” dalam bahasa Mandarin ataupun “kaka valipu” dalam bahasa Tamil.

Nota:

Sawan yang disebabkan oleh rangsangan tertentu adalah bukan epilepsi. Sawan jenis ini boleh disebabkan oleh demam yang tinggi, kadar gula yang rendah di dalam darah, selepas kecederaan kepala, apabila terdapat pendarahan di dalam otak atau pun apabila mendapat jangkitan kuman di otak.

Siapa yang menghidap epilepsi?

Sekurang-kurangnya 1% daripada semua kanak-kanak akan mengalami sawan yang berlaku tanpa rangsangan tertentu, tetapi hanya separuh daripada mereka ini yang akan seterusnya mendapat epilepsi.

Mengapa anak saya menghidap epilepsi?

Penyakit epilepsi disebabkan oleh sel-sel otak yang tidak berfungsi dengan baik. Terdapat arus elektrik kecil yang berlaku semasa sel otak berfungsi. Apabila aliran elektrik ini menjadi tidak stabil, berlaku gangguan seperti “short circuit” dan sawan akan berlaku.

Kanak-kanak yang menghidap epilepsi ada kecenderungan untuk membentuk aliran elektrik otak yang tidak stabil. Ini disebabkan oleh:
Faktor keturunan dan kecenderungan semula jadi mendapat sawan.Struktur otak yang abnormal semasa pembentukan janin di dalam kandungan.Kerosakan otak yang disebabkan oleh jangkitan otak, kekurangan oksigen / lemas atau pendarahan di bahagian otak.Penyakit otak yang berlanjutan, contohnya kanser otak atau penyakit yang menyebabkan sel-sel otak semakin susut.
Sawan Demam

Sawan demam berlaku apabila suhu badan menjadi terlalu panas, aktiviti sel otak terganggu yang menyebabkan pesakit hilang kesedaran, badan, tangan dan kaki menjadi kejang, pergerakan mata hitam ke atas, air liur meleleh dan terkencing atau termuntah.

Kadangkala, episod kekejangan badan akan disusuli dengan pergerakan tangan dan kaki yang berulang-ulang. Bagaimanapun, tempoh sawan selalunya singkat dan tidak melebihi lima minit.

Jika sawan berlarutan melebihi dua minit, panggil ambulans atau bawa anak segera ke unit kecemasan hospital.

Dalam tempoh itu juga, jika anak anda kembali normal pemeriksaan doktor di hospital masih diperlukan untuk memastikan anak tidak mempunyai masalah lain yang lebih serius.

Situasi begini semestinya mencemaskan untuk setiap ibu bapa tetapi anda dinasihatkan bertenang supaya dapat membantu anak dengan memastikan mereka berada di tempat selamat dan tiada sebarang bahaya di sekelilingnya.

Kenal pasti waktu bermula sawan dan letakkan mereka dalam posisi mengiring ke sebelah kiri.

Jangan cuba memasukkan sebarang objek seperti sudu atau jari anda ke dalam mulut walaupun anak mengancing gigi.

Penyakit Keturunan

Hubungan antara genetik dan sawan bersifat kompleks. Tidak banyak ujian boleh dilakukan untuk mengenalpasti faktor genetik ini.

Epilepsi boleh diwarisi terutama daripada kategori yang mempunyai kecenderungan genetik. Serangan melangkaui generasi jika corak pewarisan genetik ini tidak kuat.

Namun begitu, jika anda mempunyai epilepsi tidak semestinya anak anda juga mempunyai epilepsi, cuma risiko untuk mendapat epilepsi lebih berbanding keturunan yang tidak mempunyai sejarah serangan.

Tiada had umur khusus bagi penghidap epilepsi dan serangan boleh terjadi kepada bayi seawal kelahiran.

Pesakit yang mempunyai episod epilepsi lebih sekali atau mempunyai keputusan elektroencephalogram (EEG)/MRI/CT) tidak normal akan diberikan ubat antiepilepsi.

Pemberian ini sesuai dengan keadaan epilepsi yang dihidapi namun begitu, bagi segelintir kecil pesakit, peringkat awal dikesan sukar bagi mereka untuk mengawal sawan. Mereka perlu diberi ubat-ubatan yang berbeza mengikut kesesuaian.

Sesetengah keadaan epilepsi sukar dirawat menggunakan ubatan dan mempunyai struktur tidak normal di dalam otak.

Jika keadaan sebegini dikesan, satu pembedahan akan dilakukan. Ini bertujuan untuk membuang bahagian yang merangsang sawan yang tidak terkawal.

Penghidap epilepsi mempunyai harapan untuk sembuh, bergantung kepada keadaan yang dialami dan kebanyakan kanak-kanak yang mendapat epilepsi jenis menyeluruh boleh dikawal dengan ubat-ubatan.

Pesakit kanak-kanak berkemungkinan tidak mendapat sawan apabila mereka membesar. Mengikut statistik, tiga dalam 10 pesakit epilepsi diserang sawan yang sukar sembuh.

Namun begitu, kebarangkalian mereka sembuh lebih tinggi jika memberikan tindakan positif apabila diberikan ubat.

Gejala epilepsi

Serangan epilepsi berbeza-beza antara penghidap dengan penghidap yang lain. Mereka mungkin mengalami perasaan kabur dan luar biasa hingga sukar untuk dijelaskan.

Antaranya termasuklah:
Rasa tidak sedap perut.Denyutan jantung menjadi cepat.Sukar bernafas.Rasa bukan realiti, seolah-olah seperti mimpi.Perasaan gelisah, panik, bersemangat, takut, sedih dan gembira.Seolah-olah pernah pergi sesuatu tempat atau melihat sesuatu benda seperti berkhayal.Benda biasa dilihat ganjil, tidak dikenali.Masa berlalu cepat atau lambat.Persekitaran dirasai besar, terlalu kecil dan berada dalam persekitaran aneh.Benda yang biasa menukar rupa yang menakutkan.Mengalami halusinasi.
Selain itu, terdapat petunjuk tertentu yang membolehkan orang lain mengetahui seseorang itu mengalami epilepsi.

Semasa serangan, penghidapnya tidak dapat berinteraksi secara normal dengan orang lain, tidak dapat mengawal pergerakan, percakapan. Pesakit tidak menyedari apa yang sedang dilakukan.

Antara tanda lain termasuklah:
Penghidapnya merenung jauh.Memberi maklum balas kurang sesuai ketika interaksi.Pesakit mudah marah, menjerit dan berlari.Pergerakan tangan seperti memukul atau kaki seolah-olah mengayuh basikal.Muka merah padam, pucat dan berpeluh.
BAYI ATAU KANAK-KANAK

Struktur otak tidak normal. Ini berlaku kepada bayi yang kurang oksigen ketika dilahirkan. Bayi yang mengalami kekurangan gula, kalsium, magnesium, garam serta menghidap masalah masalah metabolisma sejak lahir.

Kanak-kanak atau dewasa, masalah kongenital seperti Tuberous sclerosis/Neurofibromatosis; berlaku kecederaan pada otak, masalah saraf progresif dan serangan strok.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
8 Jenis Demam Anda Wajib Ketahui Dan Cara Rawatannya Bahaya Strok Haba Dan Cara Mencegahnya
sumber: 1 | 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/02/sawan-atau-tarik-adalah-cetusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Merawat Penyakit Sawan Dengan Perubatan Islam

Merawat Penyakit Sawan Dengan Perubatan Islam

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 764 hits
Penyakit ayan atau sawan iaitu kekejangan otot degan tidak sedarkan diri mungkin binasa menyerang kanak kanak yang berumur antara enam bulan hingga lima tahun apabila mereka mengalami demam panas yang tinggi suhunya Gambar hiasan Dalam kead...
Kaedah Rawatan Islam Untuk Ubati Penyakit Ekzema

Kaedah Rawatan Islam Untuk Ubati Penyakit Ekzema

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 543 hits
Tanpa mengira umur penyakit ini menyerang di sekitar tubuh badan seperti muka kulit kepala pelipat siku dan belakang telinga Oleh itu selain dirawat secara perubatan iaitu melalui ubat pencegah gatal antihistamin losyen pelembap atau antibi...
Nasihat Doktor Ini Simpton Penyakit Yang Anda Hidapi Bila Kaki Bengkak Dan Kencing Berbuih

Nasihat Doktor Ini Simpton Penyakit Yang Anda Hidapi Bila Kaki Bengkak Dan Kencing Berbuih

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 652 hits
Setiap orang perlu menitikberatkan soal kesihatan supaya sentiasa sihat Ini kerana tahap kesihatan seseorang sangat mempengaruhi kehidupan seharian kita Untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat serta dijauhi daripada penyakit kita perlu mul...
Tentang Psoriasis Penyakit Kulit Yang Diderita Kim Kardashian Ini Kabarnya Belum Ada Obatnya

Tentang Psoriasis Penyakit Kulit Yang Diderita Kim Kardashian Ini Kabarnya Belum Ada Obatnya

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 884 hits
Penyakit kulit ini menyerang sistem imun pengobatan untuk meringankan gejalanya pun dilakukan seumur hidup
5 Penyakit Ini Ternyata Bisa Disembuhkan Dengan Sholat Tahajjud

5 Penyakit Ini Ternyata Bisa Disembuhkan Dengan Sholat Tahajjud

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 300 hits
as salam Perkongsian dari rakan2 Sebagai ummat Islam pernahkah kita berpikir kenapa Al Qur an memerintahkan pada kita untuk mengerjakan shalat tahajjud Firman Allah SWT Dan pada sebagian dari malam maka sujudlah kepada Nya dan bertasbihlah ...
Mengenal Lebih Jauh Tentang Penyakit Cantengan Kuku Yang Tumbuh Seenaknya Sendiri

Mengenal Lebih Jauh Tentang Penyakit Cantengan Kuku Yang Tumbuh Seenaknya Sendiri

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 515 hits
Mungkin di antara kamu ada yang sudah akrab dengan istilah cantengan atau kuku yang tumbuh secara liar menembus daging terutama di bagian jempol kaki Namun bisa juga kamu malahan belum pernah mendengarkan karena penyakit ini cukup jarang di...
Empat Bekteria Penyebab Penyakit Berkaitan Hubungan Kelamin 9120

Empat Bekteria Penyebab Penyakit Berkaitan Hubungan Kelamin 9120

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 281 hits
4 Penyakit Menular Seksual Super Baru yang Dikhawatirkan Para AhliKompas com 07 02 2019 19 34 WIBIlustrasiKOMPAS com baru muncul setiap waktu demikian juga dengan infeksi seksual menular Baca juga Berikut empat bakteri yang dapat menjadi an...
Mana Kajian Yang Beriya Cakap Water Filter Mencegah Penyakit Buah Pinggang Dr Rafidah Persoal Jurujual Penapis Air

Mana Kajian Yang Beriya Cakap Water Filter Mencegah Penyakit Buah Pinggang Dr Rafidah Persoal Jurujual Penapis Air

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 484 hits
Pakar Buah Pinggang Dr Rafidah Abdullah memang terkenal dengan kelantangannya dalam memberi informasi yang tepat dan berguna kepada masyarakat Malah dia juga pantang apabila melihat peniaga atau usahawan produk kecantikan dan kesihatan yang...
Boleh Kah Orang Kena Penyakit Kencing Manis Makan Buah Pisang

Boleh Kah Orang Kena Penyakit Kencing Manis Makan Buah Pisang

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 528 hits
Selalu saya dengar kawan kawan yang dah kena kencing manis tak mahu makan pisang Mereka tolak untuk makan buah pisang sebab takut memudaratkan kesihatan mereka yang dah tak berapa elok Kalau anda kena kena kencing manis anda perlu jaga juml...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching