Merawat Penyakit Sawan Dengan Perubatan Islam


Penyakit ayan atau sawan iaitu kekejangan otot degan tidak sedarkan diri, mungkin binasa menyerang kanak-kanak yang berumur antara enam bulan hingga lima tahun apabila mereka mengalami demam panas yang tinggi suhunya.

Gambar hiasan

Dalam keadaan ini, kanak-kanak biasanya, tidak sedarkan diri, dikuti dengan kekejangan atau tersentak kaki dan tangan. Ini disebut sebagai demam sawan.

Jelas bahawa rawatan dengan doa-doa dan tawajuh kepada Allah Taala itu menghasilkan pengaruh yang pengaruh sangat baik yang tidak dapat dihasilkan oleh pengubatan para doktor biasa.

Sekiranya berlaku pada anak anda, maka ikutilah langkah-langkah berikut iaitu:
Pertama: Baringkan anak secara mengiring dan pastikan kepala berada di paras yang sama atau lebih rendah dari badan.Kedua: Catatkan masa dan tempoh berlakunya sawan.Ketiga: Jangan sekali-kali cuba memasukkan sebarang benda ke dalam mulut.Keempat: Jangan cuba sedarkan anak dengan menampar, menggoncang ataupun mengurut badannya.Kelima: Sekiranya sawan itu berterusan, anda boleh memasukkan ubat sawan melalui dubur (suppository diazepam). Biasanya sawan akan berhenti dalam tempoh 10 minit.Keenam: Bawa anak ke hospital sekiranya sawan masih berterusan dalam tempoh 10 minit selepas memasukkan ubat.
SAWAN EPILEPSI

Sawan juga disebut epilepsi. Kata epilepsi berasal daripada Yunani (epilepsia) yang bererti serangan. Sawan epilepsi ialah sawan tanpa demam dan biasanya berlaku kepada kanak-kanak yang lebih dewasa atau remaja.

Dalam satu hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada ‘Ata’ bin Abi Rabah, beliau berkata, Ibn Abbas r.a. berkata, “Mahukah kamu saya tunjukkan ahli syurga?” Saya menjawab: “Mahu.” Ibn Abbas berkata:

“Itu wanita hitam yang telah menghadap Rasulullah s.a.w. seraya berkata: ‘Saya terkena penyakit ayan dan saya membuka baju (tanpa disedari). Tolong doakan kepada Allah Taala untukku! Maka Nabi s.a.w. menjawab: ‘Jika engkau bersabar, maka bagimu syurga. Tetapi jika engkau mahu, aku akan mendoakanmu sehingga Dia menyembuhkanmu.’

“Wanita itu berkata, ‘Saya akan bersabar, tetapi saya membuka-buka aurat (tanpa saya sedari), maka pohonkan kepada Allah s.w.t. agar saya tidak berbuat demikian!’ Lalu Nabi s.a.w. mendoakan baginya.”

Senjata Paling Ampuh

Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyyah r.a. dalam kitab beliau al-Tib al-Nabawi berkaitan penyakit sawan (epilepsi), sawan terbahagi kepada dua jenis:

1. Sawan yang berpunca daripada roh jahat.

2. Sawan yang berpunca daripada unsur dalam tubuh yang rosak. Sawan jenis kedua inilah yang dibincangkan oleh pakar-pakar perubatan tentang punca dan cara merawatnya.

Manakala sawan kategori pertama diakui kewujudannya, namun mereka tidak mampu merawat atau menghilangkannya.

Mereka juga menyedari bahawa cara mengatasi kekuatan roh jahat hanyalah melalui kekuatan roh yang baik dan mulia sehingga dapat diatasi pengaruhnya dan tindak balasnya dapat dicegah.

Seorang ahli ilmu Yunani menyebut dalam beberapa kitabnya tentang beberapa cara merawat penyakit sawan.

Beliau berkata, “Ini semua bagi merawat penyakit sawan yang disebabkan oleh unsur-unsur yang rosak dalam tubuh. Adapun yang berpunca dan’pada roh jahat, maka rawatan ini tidak berguna sama sekaIi.”

Terdapat juga ahli perubatan yang jahil dan Iemah iman tidak percaya sama sekali jenis sawan yang berpunca daripada roh jahat walaupun mereka sendiri menyaksikan rawatan mereka tidak memberikan apa-apa kesan.

Ada juga ahli perubatan dahulu kala yang salah dalam memahami hakikat roh sehingga menamakannya dengan sakit ketuhanan (maradIlahi). Orang yang mengenali hakikat roh dan pengaruhnya pasti mentertawakan kejahilan mereka.

Rawatan yang harus dilakukan bagi menghilangkan pengaruh roh jahat ada dua bahagian iaitu daripada pihak pesakit dan daripada pihak orang yang merawatnya.

Adapun perkara pertama yang dituntut kepada pesakit, ia harus memiliki kemahuan dan kekuatan jiwa serta keyakinan yang kuat, menghadapkan diri dengan ikhlas kepada Allah SWT, memohon perlindungan daripadanya.

Ini ibarat peperangan dan ia tidak dapat dimenangi kecuali dengan senjata yang paling ampuh dan pembantu yang kuat. Bagaimana dia hendak mengusir roh jahat sekiranya hatinya kosong daripada tauhid, tawakal dan takwa kerana itu semua senjata baginya.

Manakala yang kedua dituntut daripada orang yang merawat iaitu sebagaimana yang dituntut daripada si pesakit.

Sekiranya perawat memiliki tauhid, tawakal dan takwa yang kuat, memadai ia berkata:

“Keluar!” atau mengucapkan “Bismillah” atau “La hawla wa la quwwata illa biilah!”

Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan lain-lain, Rasulullah s.a.w. pernah mengucapkan yang maksudnya: “Keluarlah hai musuh Allah! Aku utusan Allah.”

Merawat Sawan Rasukan

Ibn Qayyim al-Jawziyyah rhm. bercerita: “Saya pernah menyaksikan syeikh saya mengutus seseorang kepada penderita sawan. Utusan itu berkata: ‘Syeikh berpesan kepada kamu: ‘Keluarlah Jasad ini tidak halal bagimu.” Maka pesakit itu pun terus sedar. Kadang-kadang syeikh sendiri yang berkomunikasi dengan roh syaitan tersebut. Sekiranya syaitan itu degil, maka syeikh akan mengeluarkannya dengan pukulan. Setelah itu barulah penderita itu sedar dan dia tidak berasa sakit sedikit pun. Kami sendiri menyaksikan kejadian tersebut.”

Beliau juga selalu membacakan di telinga penderita surah al-Mu’minun ayat 115 yang bermaksud: “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan (daripada tiada kepada ada) dengan tiada sebarang hikmah pada ciptaan itu dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

Beliau pernah menceritakan bahawa ketika beliau membacakan ayat tersebut di telinga penderita sawan, maka roh yang merasuknya berkata: “Ya!” dengan suara yang panjang. Beliau berkata: “Maka aku mengambil tongkat dan aku pukul pada belakangnya sehingga tanganku lenguh.”

Orang yang menyaksikan peristiwa itu menyangka penderita sawan itu mati kerana pukulan tersebut. Ketika syeikh sedang memukul, tiba-tiba terdengar suara: “Saya mencintaimu!” Maka syeikh itu berkata kepadanya: “Dia tidak mencintaimu!”

Roh itu berkata lagi: “Saya ingin naik haji bersamanya!” Syeikh menjawab: “Dia tidak ingin naik haji bersamamu!”

Roh itu berkata lagi: “Saya akan keluar dari tubuhnya kerana menghormati tuan!” Beliau menjawab: “Tidak, tetapi kerana taat kepada Allah dan Rasulnya!”

Akhirnya keluarlah roh jahat itu dari tubuh pesakit. Kemudian pesakit itu terduduk sambil menoleh ke kiri dan kanan seraya berkata: “Mengapa aku boleh berada di tempat syeikh?”

Orang yang hadir bertanya: “Apakah kamu tidak terasa dipukul?”

Pesakit itu menjawab: “Sebab apa syeikh memukul saya sedangkan saya tidak bersalah?” Sebenamya pesakit itu sedikit pun tidak terasa pukulan-pukulan tadi.

Di samping itu, syeikh juga mengubati orang yang diserang roh jahat dengan membaca ayat al-Kursi. Beliau menyuruh pesakit memperbanyakkan bacaannya. Begitu juga orang yang merawatnya. Beliau juga membaca al-Mu‘awwizatain (iaitu surah al-Falaq dan al-Nas).

Daripada keterangan dan contoh-contoh di atas tadi, jelaslah bahawa rawatan dengan doa-doa dan tawajuh kepada Allah Taala itu menghasilkan pengaruh yang sangat baik yang tidak dapat dihasilkan oleh rawatan para doktor biasa.

Pengaruh atau kesan pengubatan ini Iebih besar daripada pengaruh ubat-ubatan biasa. Rawatan ini telah dicuba berkali-kali dan hasilnya memuaskan.

Rawatan yang harus dilakukan bagi menghilangkan pengaruh roh jahat ada dua bahagian iaitu daripada pihak pesakit dan daripada pihak orang yang merawatnya.

Wallahu a’lam.

BACA INI JUGA:
Waktu Mustajab Dan Kelebihan Membaca Ayat KursiKenapa Syaitan Memilih Waktu Senja?
sumber: hafizamri



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/02/merawat-penyakit-sawan-dan-epilepsi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kaedah Rawatan Islam Untuk Ubati Penyakit Ekzema

Kaedah Rawatan Islam Untuk Ubati Penyakit Ekzema

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 543 hits
Tanpa mengira umur penyakit ini menyerang di sekitar tubuh badan seperti muka kulit kepala pelipat siku dan belakang telinga Oleh itu selain dirawat secara perubatan iaitu melalui ubat pencegah gatal antihistamin losyen pelembap atau antibi...
Dulu Hina Islam Sebagai Penyakit Akhirnya Ahli Politik Belanda Ini Ucap Kalimah Syahadah

Dulu Hina Islam Sebagai Penyakit Akhirnya Ahli Politik Belanda Ini Ucap Kalimah Syahadah

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 869 hits
BEKAS ahli Parlimen yang pernah melancarkan kempen anti Islam di Dewan Perwakilan Belanda Joram van Klaveren mengejutkan ramai apabila membuat pengumuman sudah memeluk agama Islam Klaveren 40 memutuskan untuk mengucap dua kalimah syahadah d...
Punca Penyakit Sawan Dan Epilepsi

Punca Penyakit Sawan Dan Epilepsi

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 1635 hits
Sawan atau tarik adalah cetusan aktiviti elektrik mendadak yang berlaku di dalam otak yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkahlaku atau aktiviti merujuk kepada masalah gangguan fungsi otak pada sel saraf atau sel neuron menyebabk...
Aes Saman Yang Dikeluarkan Menepati Maqasid Syariah Dalam Islam Kata Hasanuddin

Aes Saman Yang Dikeluarkan Menepati Maqasid Syariah Dalam Islam Kata Hasanuddin

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 402 hits
KUALA LUMPUR 10 Feb Pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik dan saman yang dikeluarkan bertujuan menjaga nyawa pemandu serta penumpang kenderaannya keselamatan pengguna dan harta benda yang ada di atas lebuh raya menepati maqasid ...
Peminat Ajak Izzue Islam Seks Berkumpulan

Peminat Ajak Izzue Islam Seks Berkumpulan

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 498 hits
AHMAD ISYAFIQ MAD DESA 11 Februari 2019 3 01 PM KUALA LUMPUR Pelakon dan penyanyi Izzue Islam berang gara gara diajak melakukan hubungan seks secara berkumpulan
Subhanallah Penjaga Gol Sweden Masuk Islam Buat Ramai Kagum Rileks Media

Subhanallah Penjaga Gol Sweden Masuk Islam Buat Ramai Kagum Rileks Media

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 379 hits
Segala puji bagi Allah penjaga gol pasukan kebangsaan wanita Sweden terima hidayah masuk Islam Puncanya buat ramai kagum Tolong jangan abaikan artikel ini MULA KENAL ISLAM SEJAK UMUR 15 TAHUN Penjaga gol untuk pasukan kebangsaan Sweden di b...
Kafir Harbi Kit Siang Cuba Pengaruhi Umat Islam

Kafir Harbi Kit Siang Cuba Pengaruhi Umat Islam

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 377 hits
MENGAPA ORANG KAFIR DAP SUKA KACAU AGAMA ISLAM KAFIR HARBI LIM KIT SIANG CUBA PENGARUHI UMAT ISLAM DI NEGARA INI SUPAYA MENGUBAH CARA HIDUP DENGAN ISLAM ALA MALAYSIA BARU UMAT YANG MENGAKU ISLAM YANG TERDAPAT DI DALAM PAKATAN HARAPAN MASIH ...
Penduduk Islam Di Wilayah Xinjiang Dipaksa Makan Daging Babi Dan Minum Arak

Penduduk Islam Di Wilayah Xinjiang Dipaksa Makan Daging Babi Dan Minum Arak

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 641 hits
Lagi melibatkan nasib etnik Islam Uighur di Xinjiang apabila dilaporkan dipaksan memakan daging babi dan meminum arak ketika menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina baru baru ini Penduduk mendakwa mereka telah menerima jemputan ke majlis...
Anwar Ziarah Pusara Pemikir Islam Dunia

Anwar Ziarah Pusara Pemikir Islam Dunia

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 455 hits
Sempat menziarahi pusara sahabat dan pemikir almarhum Syeikh Taha Jabir al Alwani dan Dr Jamal Barzinji di Virginia Amerika Syarikat Al Fatihah
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator