Punca Dan Penyebab Tekanan Darah Tinggi
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.. Baru-baru ini, saya didiagnos dengan Hipertensi semasa check up baru-baru ini. Ini amat mengejutkan saya kerana saya tidak pernah mengalaminya sebelum ini. Bacaan tekanan darah saya ketika itu adalah sekitar 169/101 yang memang dikira tinggi. So, sejak itu saya dalam usaha untuk menurunkan tekanan darah tinggi yang dialami tanpa meninggalkan ubat, suplemen dan juga mengamalkan pemakanan yang lebih sihat.
So, hari ini saya ingin kongsikan tentang punca dan penyebab bacaan tekanan darah menjadi tinggi. Sebelum itu, apakah itu darah tinggi? Tekanan darah tinggi berlaku apabila darah kita dipam di seluruh badan pada tekanan yang lebih tinggi daripada biasa dalam tempoh berpanjangan. Semakin sempit arteri kita dan semakin banyak darah jantung kita pam, semakin tinggi tekanan darah kita.
Darah tinggi adalah keadaan di mana tekanan darah berada pada tahap 130/80mmHg atau lebih. Ini sangat membimbangkan kerana tekanan darah tinggi boleh menyebabkan munculnya penyakit-penyakit serius seperti kegagalan jantung, masalah ginjal dan strok. Ia juga dipanggil pembunuh senyap kerana tidak mempunyai gejala-gejala spesifik menyebabkan seseorang itu tidak menyedari dirinya menghadapi masalah tekanan darah yang tinggi
Punca dan penyebab tekanan darah menjadi tinggi antaranya ialah;
Faktor usia – Seiring peningkatan usia, arteri mungkin kaku atau sempit akibat pembentukan plak selama bertahun-tahun. Ini boleh menyebabkan tekanan darah meningkat dan menyebabkan berlakuknya tekanan darah tinggi
Genetik – Jika ada ahli keluarga pernah menghidap masalah tekanan darah tinggi sebelum usia 60 tahun, ada kemungkinan besar untk mendapat tekanan darah tinggi itu tinggi
Merokok – Bahan kimia di dalam tembakau merosakkan dinding arteri menyebabkan arteri sempit dan kaku dan ini boleh menyebabkan masalah tekanan darah tinggi dalam jangka masa panjang
Aktiviti fizikal – Individu yang tidak mempunyai gaya hidup yang tidak aktif mempunyai kadar jantung yang lebih tinggi berbanding dengan orang yang aktif. Ini bermakna jantung perlu bekerja lebih keras daya pada arteri akan jadi lebih tinggi
Berat badan – Peningkatan berat badan menyebbakan semakinbanyak darah yang perlu dibekalakan ke seluruh badan. Pabila darah meningkat, tekanan pada salur darah juga meningkat.
Alkohol – Pengambilan alkohol berlebihan
Tekanan – Tekanan boleh menyebabkan diet , pemakanan dan hormon badan tidak seimbang dan ini boleh menyebabkan masalah berkaitan seperti berat badan meningkat, tekanan darah semakin tinggi dan masalah yang lain
Tekanan darah yang tinggi ini juga bukan sahaja terjadi kepada golongan yang lebih berusia tapi kepada semua peringkat umur. So, sama-sama kita jaga kesihatan sebaiknya sebelum mengalami masalah kesihatan yang lain
Saya akan share tentang cara menurunkan bacaan tekanan darah yang tinggi post selepas ini ya
The post PUNCA DAN PENYEBAB TEKANAN DARAH TINGGI appeared first on Kisah Keluarga Kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://keluargahebat.com/2022/11/07/punca-dan-penyebab-tekanan-darah-tinggi/