Pulau Pinang Tersenarai Antara 15 Pulau Terbaik Dunia Untuk Pesara


 


Sumber Astro Awani / Umavathi Ramayah
Pulau Pinang tersenarai di tangga ketiga selepas Malta dan Mallorca, Sepanyol sebagai 15 pulau terbaik di dunia untuk menikmati usia persaraan bagi tahun 2021. - Gambar Harian Metro
KUALA LUMPUR: Pulau Pinang tersenarai di tangga ketiga selepas Malta dan Mallorca, Sepanyol sebagai 15 pulau terbaik di dunia untuk menikmati usia persaraan bagi tahun 2021.
Selain Malaysia, beberapa negara Asia seperti Bali, Indonesia turut tersenarai dengan menduduki tempat kesembilan, Koh Samui, Thailand (ke-10) dan Phu Quoc, Vietnam (ke-15) dalam carta itu.
Turut tersenarai adalah Ambergris Caye, Belize (keempat), Ireland (kelima), Roatan, Honduras (keenam), Isla Mujeres, Mexico (ketujuh), Isla Colon, Panama (kelapan), Las Terrenas, Dominican Republic (ke-11), Crete, Greece (ke-12), Cozumel, Mexico (ke-13) dan Caye Caulker, Belize (ke-14).
Artikel yang diterbitkan Travel Awaits pada Sabtu lalu, menyebut jika memilih sebuah pulau yang lengkap dengan pantai yang cantik, udara laut yang menyegarkan serta gaya hidup yang santai selepas pesaraan, maka 15 lokasi itu tentunya akan menjadi pilihan tepat mereka.
Antara kriteria yang diambil kira dalam menentukan kedudukan senarai ini adalah melihat pada kemampuan seseorang menjalani kehidupan yang sederhana dengan 'mesra simpanan'.
Menurut penulis, Kara Williams, Pulau Pinang bukan sahaja dilihat sebagai 'mesra pelancong' sebaliknya juga terkenal dengan kepelbagaian kaum serta penggunaan bahasa Inggeris yang secara menyeluruh. Ia menjadikan pulau bekas jajahan Biritsh itu berada di tempat ketiga dalam senarai tersebut.
Bagi pengemar makanan, Pulau Mutiara itu juga dikenali dengan syurga makanan dengan kepelbagaian menu dari street food sehingga makanan bertaraf lima bintang yang mampu dinikmati dengan harga mampu milik.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin dalam kenyataan di Facebooknya memberitahu, pemilihan Pulau Pinang di tempat ketiga dalam senarai itu adalah yang pertama melibatkan negara Asia dalam carta itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/04/pulau-pinang-tersenarai-antara-15-pulau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berjaya Miliki Rm247 56 Bilion Pengasas Tiktok Kini Tersenarai Antara Individu Terkaya Dunia

Berjaya Miliki Rm247 56 Bilion Pengasas Tiktok Kini Tersenarai Antara Individu Terkaya Dunia

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 281 hits
Selain YouTube TikTok milik syarikat ByteDance juga merupakan antara media sosial yang mempunyai bilangan pengguna paling ramai Ia popular disebabkan paparan konten konten video yang menarik serta dihasilkan dengan cara kreatif oleh para pe...
47 Kilang Di Pulau Pinang Ditutup Sementara Sejak Januari Hingga Mac

47 Kilang Di Pulau Pinang Ditutup Sementara Sejak Januari Hingga Mac

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 279 hits
Sejumlah 47 kilang di Pulau Pinang diarahkan tutup buat sementara waktu dalam tiga bulan pertama tahun ini kerana COVID 19 Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata peningkatan kes COVID 19 dalam industri pembuatan di Pulau Pinang membimbangkan s...
Berapakah Jarak Terbaik Antara Sofa Tempat Duduk Dengan Skrin Tv Ini Jawapannya

Berapakah Jarak Terbaik Antara Sofa Tempat Duduk Dengan Skrin Tv Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 1376 hits
Perkara yang kita selalu pandang remeh tetapi sebenarnya agak penting bila kita memilih tv dan perabot iaitu jarak antara sofa tempat kita duduk berehat dan juga skrin tv Jarak antara dua item ini sebenarnya bergantung pada saiz skrin tv it...
Maqis Pulau Pinang Rampas 3 748 Kotak Daging Kerbau India

Maqis Pulau Pinang Rampas 3 748 Kotak Daging Kerbau India

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 214 hits
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia Pulau Pinang merampas 3 748 kotak produk ruminan iaitu daging kerbau sejuk beku dari India pada Isnin dan Selasa lalu Pengarahnya Noriah Dahlan berkata pegawai penguatkuasanya telah me...
Restoran Kak Cik Ikan Bakar Kepala Batas Pulau Pinang

Restoran Kak Cik Ikan Bakar Kepala Batas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 926 hits
Restoran Kak Cik Ikan Bakar ni terletak di Kepala Batas Pulau Pinang bersebelahan dengan Jalan Butterworth Jalan Butterworth ni kalau straight ke arah utara korang akan sampai ke Sungai Petani Alamat Restoran ni adalah No 1 Lorong Aman Pute...
Pulau Pinang Benar Aktiviti Imarah Masjid Surau Pada Bulan Ramadan

Pulau Pinang Benar Aktiviti Imarah Masjid Surau Pada Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 519 hits
Aktiviti mengimarahkan masjid dan surau termasuk solat tarawih dan moreh di Pulau Pinang dibenarkan sepanjang Ramadan yang akan disambut tidak lama lagi Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang Mohd Zakuan Zakaria bagaiman...
Tom Yam Dan Soto Ayam Diiktiraf Sebagai Sup Terbaik Di Dunia

Tom Yam Dan Soto Ayam Diiktiraf Sebagai Sup Terbaik Di Dunia

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 242 hits
Soto Ayam dari Indonesia dan Tom Yam Goong dari Thailand telah diiktiraf sebagai antara sup terbaik dunia dari media CNN Kedua hidangan itu berjaya memasuki senarai 20 sup terbaik di dunia Soto Ayam yang diperbuat daripada pelbagai jenis re...
Anggota Trafik Maut Motosikal Terbabas Berhampiran Tol Jambatan Pulau Pinang

Anggota Trafik Maut Motosikal Terbabas Berhampiran Tol Jambatan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 354 hits
BUKIT MERTAJAM Seorang anggota polis trafik maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar tiang kiri jalan berhampiran laluan motosikal di susur masuk Jambatan Pulau Pinang di sini petang tadi Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ...
Best Healthy Breakfast Recipe With Eggs

Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Bila Beruk Pun Rajin Menyapa

Masak Kicap Sotong Dan Kes Jenayah

Jay Idzes Pilih Sassuolo Babak Baru Karier Sang Kapten Venezia

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Bursa Efek Indonesia Kalbar Bidik 100 Galeri Investasi Sekolah Pada 2025

Mayat Remaja Ditemui Terapung Dalam Tasik Putrajaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Npra Pra Pendaftaran Sistem Quest3

Pengalaman Guna Autowasap Aplikasi Automasi Whatsapp Marketing Untuk Peniaga Kecil

Ibu Sempat Berhubung Dengan Anak 30 Minit Sebelum Nahas Maut Di Gua Musang

Jom Terus Amalkan

Kucing Bernama Dak Jasmine

13 Golongan Yang Kencingnya Menyebabkan Solat Tidak Sah