Pulau Aur Dan Pulau Dayang Yang Memikat




Bila bercerita tentang Pulau Aur dan Pulau Dayang, cuma satu yang saya akan kata, saya rekomen!. Kepada pencinta laut dan pemburu karang, jangan lepaskan percutian ke pulau ini. Saya dan tiga orang rakan berehat sambil bercuti ke Pulau Aur dan Pulau Dayang pada pertengahan bulan April 2019. Pada jam 11:00 pagi kami menaiki bot dari jeti yang dikenali penduduk setempat dengan nama Jeti Lazam atau Jeti Batu di Mersing. Perjalanan dari Jeti Lazam ke Pulau Aur mengambil masa sekitar 90 minit hingga 2 jam menaiki "speedboat". Hari itu pemandu bot kami tersasar hingga ke Pulau Tinggi kerana cuaca tidak begitu cerah dan pandangan  kurang jelas. Hanya berpandukan kompas dan pengalaman di laut akhirnya kami sampai di Pulau Aur pada jam 13:30 petang.



Setelah "checkin" di Sebukang Bay Resort, kami makan tengahari dan berehat. Jam 16:30 selepas minum petang, kami dibawa trekking ke Kampung Telok Berhala. Trekking ke Kampung Telok Berhala atau sekarang dikenali sebagai Kampung Sakinah mengambil masa sekitar 30 minit melalui jalur yang agak landai di tepi laut.  Dalam perjalanan ke sana kami melawat sebuah rumah penduduk kampung yang ramah mempelawa kami singgah di rumahnya. Setelah trekking sekitar 45 minit, kami sampai di Kampung Telok Berhala, terdapat balai polis, masjid, sekolah dan beberapa buah gerai. Kawasan perkuburan terletak di sebelah masjid. Mengikut cerita orang tempatan, dahulu, Pulau Aur pernah mempunyai penduduk sekitar 600 orang lebih tetapi jumlah penduduk sekarang cuma lebih seratus orang akibat dari penghijrahan penduduk ke tanah besar atas dasar ekonomi dan pendidikan.


 

.
Kampung Telok Berhala diambil sempena terdapat sebuah bongkah batu besar yang berbentuk seperti seorang yang sedang duduk bersimpuh. Di Kampung Telok Berhala ini kami mencuba "air batu campur tabur milo". Jam 19:00 petang kami kembali ke Sebukang Bay Resort dengan menaiki bot.




 



Hari kedua selepas sarapan kami dibawa melakukan aktivity snorkling di tiga tempat iaitu di Pulau Lang, Telok Pahanan dan Telok Mariam. Snorkling di sini seperti melawat taman di dasar laut. Karang- karang yang indah dan berwarna warni memukau pandangan kami. Walaupun dari atas bot, karang-karang ini jelas kelihatan. "Table coral" terdapat banyak di kawasan Pulau Aur, sayangnya saya tidak mempunyai camera yang boleh berfungsi di dalam air. Sekitar jam 12:00 tengahari, kami kembali ke Sebukang Bay Resort untuk makan tengahari dan berehat.







Jam 16:20 selepas minum petang kami ke Pulau Dayang. Pulau Dayang mempunyai pantai pasir putih halus. Coralnya juga sungguh cantik memukau. Jika pengunjung tidak berminat untuk trekking, mereka boleh snorkling dan mandi manda di Pulau Dayang. Kami memilih untuk trekking di Pulau Dayang sekitar 20 minit menuju ke Bukit Letak Semalu. Kami terpaksa memanjat bongkah-bongkah batu besar termasuk sebuah bongkah batu yang tinggi dengan menggunakan tali.



 

Wow!! sampai di Puncak Bukit Semalu, saya sedikit terpaku melihat indahnya pemandangan di bawah sana. Air laut di pantai Pulau Dayang jernih berkaca. Kami berehat agak lama di atas Bukit Letak Semalu ini sambil merakam gambar dan menjamu mata. Pemandangan dari atas ini sungguh mempesonakan.

 





Hampir sejam di atas bukit ini kami bergerak turun melalui jalur yang sama. Saya singgah sebentar di rangka tulang ikan paus yang terdapat di belakang Pulau Dayang Blues Resort. Menurut guide rangka tulang tersebut mungkin anak ikan paus.


Sebelum pulang saya meminta guide singgah sebentar di Kampung Telok Berhala untuk mandi dan bergambar di buaian air. Malam itu makan malam kami adalah BBQ.





Selesai makan malam kami cuma berehat, bercerita di jeti dan merakam kenangan. Jika pembaca ingin percutian bersama keluarga, atau menghabiskan masa bersama kawan-kawan tanpa gangguan, di sini mungkin tempat yang sesuai. Di Sebukang Bay Resort, liputan internet dan wifi sangat rendah berbanding di Kampung Telok Berhala dan adakalanya langsung tak dapat liputan. Jadi, kita mempunyai masa yang banyak bersama teman-teman. Sebukang Bay Resort juga menyediakan penginapan serba sederhana dan ringkas.



 



Keesokan harinya selepas sarapan kami berangkat pulang sekitar jam 10:00 pagi dan sampai di jeti Lazam pada jam 11:30 pagi. Kami kemudian kembali ke Johor Baharu untuk bermalam di sana sebelum pulang ke Penang. Saya pasti ke sini lagi jika ada rezeki. Terima kasih Allah.


Nota:
1- Masa sesuai ke pulau ini adalah dari April hingga October.
2- Contack: Lily +60127922134



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2019/04/pulau-aur-dan-pulau-dayang-yang-memikat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pusat Transformasi Bandar Utc Pulau Pinang Bakal Dibuka Di Komtar

Pusat Transformasi Bandar Utc Pulau Pinang Bakal Dibuka Di Komtar

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 531 hits
GEORGETOWN Pusat Transformasi Bandar pertama di Pulau Pinang akan dibuka di Kompleks Tun Abdul Razak di sini Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata setakat ini ada satu Pusat Transformasi Luar Bandar di negeri ini yang beroperasi di Simpang Am...
2045 Seluruh Pulau Jawa Akan Menjadi Perkotaan

2045 Seluruh Pulau Jawa Akan Menjadi Perkotaan

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 241 hits
Menteri Perencanaan Pembangunan Nasional Bambang Brodjonegoro menyebutkan pulau Jawa di tahun 2045 akan menjelma seluruhnya menjadi wilayah perkotaan Selain itu pada tahun 2035 lebih dari setengah penduduk akan tinggal di perkotaan
5 Lagi Penguat Kuasa Jpj Pulau Pinang Direman Kes Rasuah Pagi Ini

5 Lagi Penguat Kuasa Jpj Pulau Pinang Direman Kes Rasuah Pagi Ini

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 444 hits
LIMA penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah daripada pemilik syarikat lori di negeri ini Foto Danial SaadOleh Muhammad Yusri Muzamiryusri muzamir bh com myGEORGETO...
Enam Penguat Kuasa Jpj Perak Dipinjamkan Bantu Operasi Jpj Pulau Pinang

Enam Penguat Kuasa Jpj Perak Dipinjamkan Bantu Operasi Jpj Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 436 hits
GEORGE TOWN 21 April Enam penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan negeri Perak dipinjamkan bagi membantu melancarkan operasi jabatan itu di negeri ini Pengarah JPJ Pulau Pinang Mohamat Johari Mat Nor berkata dua pasukan JPJ Perak yang terd...
Maritim Pulau Pinang Rampas Bubu Naga

Maritim Pulau Pinang Rampas Bubu Naga

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 626 hits
GEORGETOWN 19 April Sebanyak 20 unit bubu naga yang diharamkan penggunaannya telah dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang menerusi operasi Op Pertiwi di perairan Penaga Pulau Pinang kira kira jam 8 15 pagi ...
Hiburan Kaki Instagram Yang Suka Travel Anda Wajib Ke Pulau Jeju Sepanjang Musim Panas Ini

Hiburan Kaki Instagram Yang Suka Travel Anda Wajib Ke Pulau Jeju Sepanjang Musim Panas Ini

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 617 hits
kini semakin popular di kalangan rakyat Malaysia yang suka melancong Turut dikenali sebagai Hawaii Asia musim panas adalah masa terbaik untuk melawat pulau ini kerana pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan banyak kafe kafe unik untuk dit...
Bicara Najib Src Umno Pulau Pinang Terima Dana Rm1juta

Bicara Najib Src Umno Pulau Pinang Terima Dana Rm1juta

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 397 hits
Beberapa kotak dokumen dibawa masuk ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk perbicaraan kes Najib yang didakwa atas tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta Foto BERNAMAKUALA LUMPUR Badan Perhubu...
Pulau Pangkor Bebas Cukai Menjelang 2020

Pulau Pangkor Bebas Cukai Menjelang 2020

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 322 hits
Astro Awani Kerajaan Negeri Perak mensasarkan pelaksanaan sepenuhnya Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai menjelang Januari 2020 BERNAMA Fail IPOH Kerajaan Negeri Perak mensasarkan pelaksanaan sepenuhnya Pulau Pangkor sebagai pulau bebas...
Tempat Viral Pulau Pinang Hari Ketiga

Tempat Viral Pulau Pinang Hari Ketiga

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 516 hits
akhirnya kami akan kembali ke pangkal jalan semakin dekat hari pengakhiran di pulau pinang kali ini dengan beg gajah kami singgah di roti bakar hutton line tak tahu lah apa yang menarik di sini aku tak tahu apa tarikan sarapan di sini bagi ...
Resepi Bbq Kambing

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Buasir Otak Tv Kenapa Ayam Masa Hidup Satu Nama Bila Mati Banyak Nama Be Like

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Sebatan Syariah Daripada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Pelbagai Kaum Makan Budu Dalam Pinggan Sama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Crescent Petroleum Targets Nioc Assets And Frozen Funds In Escalating Legal Dispute

A Short Interior Painters Guide To Color Psychology And Perceived Size

Ptptn Encourages Savings Plans To Reduce Reliance On Education Loans

Wet Cny For Sabah Sarawak With Continuous Rains Expected Says Metmalaysia

Eleven Masked Men Break Into Puchong Home Two Seriously Injured

Cukup Mudah Masak Ayam Kari Jepun Cepat Dan Sedap Di Makan