Pulangkan Hak Eksplorasi Minyak Kepada Sabah



KUALA LUMPUR 15 Nov. - Kerajaan persekutuan diminta memulangkan hak eksplorasi minyak kepada Sabah jika enggan atau tidak mampu membayar royalti 20 kepada negeri ini.
Ahli Parlimen Pensiangan, Arthur Joseph Kurup berkata, melalui cara itu Sabah boleh menggunakan hasil minyak tersebut untuk tujuan membangunkan negeri yang pada masa ini jauh ketinggalan berbanding dengan kawasan di Semenanjung.

Katanya, Sabah hanya meminta royalti sebanyak 20 peratus sahaja daripada pendapatan kasar hasil petroliumnya bagi dimanfaatkan untuk tujuan pembangunan.
“Kita perlu ingat minyak itu milik Sabah. Sekiranya Kerajaan persekutuan ataupun Petronas tidak mampu untuk membayar royalti yang diinginkan, pulangkan atau kembalikan hak eksplorasi ini kepada Sabah supaya kami boleh mengurus hasil minyak kami sendiri.“Isu ini (royalti minyak) sentiasa digunakan untuk pancing undi apabila dekat pilihanraya. Sudah seringkali disebut, seringkali dikaji dan banyak kali dijanji, Jawatankuasa Kerajaan pun sudah bertukar ganti malahan sekarang ini ditubuhkan lagi jawatan kuasa yang baharu untuk terus mengkaji,” katanya ketika ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan di Dewan Rakyat.
Malah kata Arthur, pada Pilihanraya Umum Ke-14 yang baru lalu pun isu royalti minyak kepada Sabah turut dicanang oleh kerajaan Pakatan Harapan.Katanya, royalti minyak merupakan antara punca pendapatan utama Sabah iaitu sebanyak 37.5 peratus daripada anggaran punca pendapatan Sabah bagi tahun 2019.
“Dengan kadar Royalti lima peratus sekarang, Sabah dijangka hanya akan mendapat sebanyak RM1.6 billion sahaja. Dan saya tekankan sekiranya royalti minyak dinaikan, ia hendaklah dikira daripada pendapatan kasar bukan pendapatan bersih.“Amalan serta definisi royalti adalah bedasarkan bayaran daripada pendapatan kasar kepada si pemilik yang membenarkan pihak lain mengurus atau eksplorasi sumber tersebut. Tambah lagi yang diamalkan selama ini adalah daripada pendapatan Kasar.“Jadi kenapa perlu diubah definisi sekiranya royalti dinaikkan kepada 20 peratus? Kalau kita berbuat demikian, ia bukan lagi royalti, tetapi bayaran daripada bahagian keuntungan,” katanya.
Beliau berkata, jika Sabah mendapat royalti 20 peratus, ini merupakan pendapatan hasil minyak sebanyak empat kali ganda daripada yang ada sekarang yang sudah tentu hasil itu dapat digunakan untuk memajukan lagi negeri Sabah.
“Saya akin akan lebih mampu untuk mengurus pembangunannya sendiri,kebanyakkan masalah infrastruktur asas boleh dikurangkan dan tidak perlu merujuk ke Putrajaya untuk mendapatkan peruntukkan,” katanya.
Selain itu Arthur turut menggesa supaya kerajaan persekutuan mengembalikan 40 peratus pendapatan dari Sabah seperti yang termaktub dalam Jadual 10 Perlembagaan Persekutuan.Katanya, ini ekoran terdapat banyak syarikat yang beroperasi di Sabah dan mengaut keuntungan tetapi membayar cukai di Semenanjung.
“Jadual 10 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Sabah berhak untuk mendapat 40 peratus daripada hasil ini. Sekiranya ini dilaksanakan, pendapatan Sabah untuk pembangunan akan bertambah berbillion-billion ringgit setiap tahun,” katanya.
Arthur juga berharap jawatankuasa MA63 yang baharu ditubuhkan oleh kerajaan boleh mengkaji beberapa perkara utama yang membabitkan Sabah termasuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi dalam persekutuan Malaysia dengan mengembalikan perkataan Asal ke atas Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan supaya Sabah akan menjadi rakan kongsi dan bukan negeri yang sebaris seperti negeri yang lain di persekutuan Tanah Melayu.
“Ini bukan sesuatu yang baharu, kita hanya minta untuk dikembalikan sahaja. Sedangkan kerajaan sekarang sibuk mencadangkan pindaan perlembagaan baharu seperti menurunkan umur mengundi kepada 18 tahun, mempertimbangkan melaksanakan kad pengenalan ERD dan sebagainya yang saya tidak setuju.“Kita selesaikan dahulu masalah di hadapan kita. Maka saya mempunyai harapan yang tinggi bahawa pindaan ini boleh dibuat dengan serta merta dalam mesyuarat ini, tidak perlu banyak kajian dibuat. Supaya kita mematuhi perlembagaan asal dan MA63,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2018/11/pulangkan-hak-eksplorasi-minyak-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Igp 7 Filipinos 1 Malaysian Nabbed In Anti Terror Swoops In Putrajaya Sabah

Igp 7 Filipinos 1 Malaysian Nabbed In Anti Terror Swoops In Putrajaya Sabah

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 206 hits
KUALA LUMPUR Eight suspected militants were detained in anti terror swoops conducted in Putrajaya and Sabah says Tan Sri Mohamad Fuzi Harun The Inspector General of Police said the suspects seven Filipino nationals and a Malaysian were arre...
Learn From Sabah Don T Issue Imm13 To Rohingya Refugees Says Azis

Learn From Sabah Don T Issue Imm13 To Rohingya Refugees Says Azis

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 264 hits
Deputy Home Minister Azis Jamman says Filipino refugees refuse to leave Sabah after being given the IMM13 permits KOTA KINABALU The federal government should reconsider its plan to issue special renewable visiting passes to Rohingya refugee...
Tujuh Individu Dipercayai Kumpulan Pengganas Diberkas Sekitar Putrajaya Dan Sabah

Tujuh Individu Dipercayai Kumpulan Pengganas Diberkas Sekitar Putrajaya Dan Sabah

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 156 hits
NURUL KHAIRIAH MOHAMED YUSOF 16 November 2018 12 46 PM KUALA LUMPUR Seramai tujuh individu warga Filipina dan seorang lelaki warga tempatan ditahan oleh Bahagian Co
Terror Suspects Still Hiding In Sabah

Terror Suspects Still Hiding In Sabah

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 213 hits
Omar taking photo with the Tanjung Aru community at the event on Saturday KOTA KINABALU Police intelligence believed there are still a number of suspects hiding in the state following the arrest of seven Filipinos in Sabah and a Malaysian i...
High Time Sabah Manages Oil Gas Resources More Effectively Liew

High Time Sabah Manages Oil Gas Resources More Effectively Liew

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 213 hits
Datuk Liew Vui Keong KOTA KINABALU Minister in the Prime Minister 8217 s Department Datuk Liew Vui Keong said it is high time the new Sabah administration headed by Parti Warisan Sabah takes the necessary steps to manage its oil and gas res...
Terrorists Hiding In Sabah Cops Say No Cause For Alarm

Terrorists Hiding In Sabah Cops Say No Cause For Alarm

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 199 hits
Anti terror policemen arresting one of the eight suspects during an operation this month KOTA KINABALU Sabah police say they will continue with operations to track down members of terrorist groups in the state State police chief Omar Mammah...
Peristiwa Double Six Tragedi Hitam Rakyat Sabah

Peristiwa Double Six Tragedi Hitam Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 302 hits
Memperingati tragedi Double Six yang berlaku genap 42 tahun dulu pada 6 Jun 1976 Tragedi nahas kapal terbang ini telah mengorbankan Ketua Menteri Sabah Tun Fuad Stephens dan kesemua 10 orang lain yang berada dalam pesawat termasuk 4 orang a...
Sabah To Study Impact Of Using Coal As Energy Source

Sabah To Study Impact Of Using Coal As Energy Source

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 194 hits
Sabah will look into suggestions to build a power generation facility using coal KOTA KINABALU The state government will conduct a detailed study on proposals to use coal as an alternative energy source in Sabah said state Tourism Culture a...
Bekas Ksu Kklw Bersalah Bersubahat Terima Rasuah Kes Belb Sabah

Bekas Ksu Kklw Bersalah Bersubahat Terima Rasuah Kes Belb Sabah

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 339 hits
14 November 2018 5 02 PM KUALA LUMPUR Bekas Ketua Setiausaha kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Mohd Arif Ab Rahman dipenjara tiga tahun dan denda RM3 ju
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nostalgia Bedak Sejuk

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional