Pujuk Nira Pokok Kabung



Nira atau tuak kabung dihasilkan dari pokok kabung. Pokok kabung sejenis pokok palma. Pokok kabung juga dipanggil pokok enau, pokok aren dan pokok kantau (kantor). Pokok kabung tumbuh di kawasan lembah mahupun hutan di bukit.  

Nira pokok kabung dihasilkan dari tangkai atau tandan bunga jantan.

Tidak semua tandan pokok kabung mengeluarkan nira kerana hanya tandan bunga jantan sahaja yang boleh 'dipujuk' untuk mengeluarkan niranya.


Tandan bunga betina pula tidak akan mengeluarkan nira meskipun dipujuk seperti tandan bunga jantan.


Kerja 'memujuk' mengikut istilah yang digunakan pemungut nira, iaitu dengan mengetuk batang tandan bunga jantan secara perlahan.


Sebelum batang tandan bunga jantan dicantas, batang tandan berkenaan perlu dibersihkan daripada sebarang sisa kelopaknya. Selepas itu, ia perlu 'dipujuk' dengan mengetuk-ngetuk batang tandan itu ke arah atas dua kali dan arah ke bawah dua kali.


Tujuan mengetuk berkenaan ialah bagi melonggarkan rongga-rongga saluran aliran air nira dalam batang tandan berkenaan.


Ketukan pula hendaklah dibuat secara berhati-hati supaya tidak mencederakan batang tandan berkenaan. Jika ketukan terlalu kuat dan batang tandan tercedera, nira tidak akan keluar.


Setelah tandan dipotong, ia akan menitiskan air nira kabung. Tukil digunakan untuk menadah nira kabung. Kaedahnya sama untuk mengumpul nira kelapa dan nira nipah.


Nira kabung yang dikumpul di dalam tukil perlu dipungut pagi dan petang. Dahulunya tukil dibuat menggunakan buluh, tetapi kini banyak pengusaha nira kabung menggunakan bekas plastik sebagai tukil.


Kualiti nira kabung boleh dikenali berdasarkan warnanya. Air nira kabung berwarna jernih lebih berkualiti dan sedap rasanya, berbanding yang berwarna agak kemerahan.


Nira kabung dihasilkan pokok kabung di kawasan tanah kering dikatakan lebih berkualiti berbanding pokok kabung di kawasan lembah atau tepi sungai.


Nira pokok kabung sama seperti hasil nira pokok palma lain, bezanyanya hanya dari segi rasa. Yang dikatakan sama ialah nira pokok kabung boleh dijadikan minuman segar, diproses menjadi gula kabung dan cuka kabung.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/03/gdb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abang Posmen Teduh Bawah Pokok Cari Alamat Rumah Buat Netizen Tersentuh Hati

Abang Posmen Teduh Bawah Pokok Cari Alamat Rumah Buat Netizen Tersentuh Hati

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 534 hits
Abang posmen teduh bawah pokok cari alamat rumah buat netizen tersentuh hati Tanpa abang abang posmen yang lengkap dengan pakaian seragam maka tiada surat atau bungkusan yang akan sampai ditangan penerima Jasa mereka tidak terbalas apabila ...
Ingat Tukar Sawit Macam Ubah Pokok Bunga Dalam Pasu Najib

Ingat Tukar Sawit Macam Ubah Pokok Bunga Dalam Pasu Najib

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 377 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir hasrat Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Datuk Mazlan Aliman membantu kerajaan untuk menukar tanaman kelapa sawit kepada tanaman alternatif Najib berkata terdapat lebih lima juta hektar ladang kelapa...
Batas Timbun Pokok Kantan Merah Jambu

Batas Timbun Pokok Kantan Merah Jambu

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 736 hits
Aktiviti hari ini ialah menyelesaikan pembinaan penghadang untuk batas timbun rumpun merah jambu Rumpun pokok kantan ini sudah lama dan perlu di kemaskan dan ditanam semula Apa2 pun sebelum kemasan dilakukan penghadang atau dinding batas ti...
Wira Tak Didendang Netizen Terharu Melihat Abang Posmen Berteduh Bawah Pokok Rendang Melaksanakan Tugas

Wira Tak Didendang Netizen Terharu Melihat Abang Posmen Berteduh Bawah Pokok Rendang Melaksanakan Tugas

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 399 hits
Admin yakin sekarang ni kalau boleh korang tak nak keluar rumah kan Ya lah sekarang ni kan negara kita sedang mengalami gelombang haba dijangkakan berlarutan sehingga akhir Mac ini Wira tak didendang Netizen Terharu Melihat Abang Posmen Ber...
Cara Tanam Benih Dan Alih Anak Pokok Dari Tempat Semaian

Cara Tanam Benih Dan Alih Anak Pokok Dari Tempat Semaian

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 560 hits
Cara Tanam Benih Dan Alih Anak Pokok Dari Tempat Semaian Pada seseorang yang berminat bercucuk tanam adalah perkara yang menyeronokkan apabila melihat benih yang di tanam tumbuh dan membesar menjadi pokok yang sihat Seterusnya berbunga dan ...
Pokok Durian Terbakar Nasib Baik Abang Bomba Cepat Maya Karin

Pokok Durian Terbakar Nasib Baik Abang Bomba Cepat Maya Karin

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 1262 hits
PELAKON Maya Karin panik dan terkejut apabila pokok durian yang terletak di halaman rumahnya di Kampung Sungai Pencala Kuala Lumpur tiba tiba terbakar hingga api menjulang sehingga 10 meter pagi hari ini Maya berkata dia terkejut apabila pe...
Lelaki Maut Jatuh Pokok Kerdas

Lelaki Maut Jatuh Pokok Kerdas

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 1000 hits
NORLIDA AKMAR IDROS 03 Mac 2019 3 19 PM BALING Seorang lelaki berusia 37 tahun ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari pokok kerdas di Kampung Surau Mukim Si
Pelajar Kolej Vokasional Maut Dihempap Pokok Kelapa

Pelajar Kolej Vokasional Maut Dihempap Pokok Kelapa

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 647 hits
02 Mac 2019 5 58 PM PARIT BUNTAR Seorang pelajar Kolej Vokasional Kerian maut dihempap sebatang pokok kelapa yang tumbang ketika mangsa sedang menunggang motosikal di Kampung Parit Abas
Anak Pokok Kacang Panjang

Anak Pokok Kacang Panjang

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 654 hits
Dua anak pokok kacang panjang pada batas timbun no 4 Batas ini belum siap sepenuhnya lagi Batas timbun ini perlu ditambah tanah JomTanamSayur KebunBandar
Lynas Leads Non China Heavy Rare Earths Production At M Sian Facility

Kursus Kenegaraan Pelatih Ecrl

The Rise Of Nostalgia Tv Why Reboots Keep Winning Audiences

Hiburan 50 Hospital Malaysia Diiktiraf Hospital Terbaik Dunia 2025 Ini Senarai Mengikut Ranking Dari Atas

The Fine Line Between Tired And Unhappy

Nasi Goreng Kerabu Sedap Lain Macam Senang Pula Tu

Setiap Orang Ada

Pengkhianat 2 Kakitangan Jpn Terima Rasuah Dipenjara Setahun Denda Rm10 000


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buah Jambu Air Hijau

Yang Perlu Hanya Smart Brain

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Take Decisive Action Impose Nationwide Ban On Vape E Cigarettes To Protect Public Health Govt Told

Lorry Driver Charged With Causing Death Of Nine Fru Personnel

Hindari Mafia Tanah Pastibpn Id Ajak Warga Bandung Untuk Urus Sertifikat Elektronik