Puding Laici Mudah Dan Sedap



Aduhaai sabar lah berbanyak banyak. Mulai pukul 12.00 pagi 14 Oktober 2020 hari Rabu, kawasan saya akan diletakkan dalam perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB). 
Sebagai pesara, saya sebenarnya tidak kisah sangat PKPB tapi kasihan dengan orang yang berniaga atau yang bekerja sendiri yang akan terjejas teruk. Kesian juga dengan pelajar pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM. Begitu juga anak anak yang baru menamatkan pengajian dan sedang mencari peluang pekerjaan.
Penularan semula wabak covid 19 kerana kegagalan mematuhi SOP terutama oleh orang politik yang terlibat dengan PRN Sabah baru baru ini. Ketika kempen diadakan, negeri Sabah memang menpunyai catatan kes Covid 19 yang tinggi. Jadi selepas PRN, ramai yang mendapat positif covid 19 di serata negeri yang dibawa oleh mereka yang balik dari Sabah.
Saya juga diberitahu ada satu kes di kawasan Kota Damansara yang positif covid 19 tapi tidak dapat dikesan pergerakannya kerana dia tidak merekodkan pergerakan beliau dengan Apps My Sejahtera. 
Rekod ini sebenarnya sangat membantu untuk mengesan contact rapat. Bila dah berlaku seperti ini, semua orang susah. Lepas ke klinik kesihatan, katanya dia ada singgah di kedai makan. Ada dua kedai makan di situ, jadi mana nak tahu kedai makan yang mana satu. Beliau kemudian singgah di Speedmart. OK semoga kita semua mengambil maklum akan tanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat serta negara. Sekarang kita masuk pula bab resepi.
Saya suka menyediakan agar agar ringkas untuk dimakan bila bila masa jer. Setiap kali masuk ke dapur, saya akan buka peti ais. Sampai habislah saya ulang ulang. Makan ketika puding sejuk sejuk memang nyaman sekali. 

Menyediakan agar agar ini juga sangat mudah dan cepat sekali. Yang penting, sedap dan secukup sahaja kemanisannya. Cuma jika suka puding yang sedikit kental, boleh dikurangkan sedikit airnya. Satu adunan ini menghasilkan puding yang agak banyak sebenarnya. Boleh dihulurkan pada jiran jiran juga. Hahaha

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Puding Laici Yang Mudah dan SedapOleh: Azie Kitchen 
Bahan bahan; 10 gram serbuk agar agar 5 cawan air - boleh kurangkan¾ cawan gula 15-20 gram gula batu 1 tin susu cair 1 tin buah laici - kisar kasar dgn 1 cawan air laici dlm tin 
Cara cara: Kisar kasar buah laici dengan 1 cawan air laici dalam tin. 
Masak air, gula dan gula batu sehingga hancur. Masukkan serbuk agar agar dan kacau rata. 
Masukkan susu cair dan laici yang dikisar. Kacau sehingga mendidih. Angkat dan tuang dalam acuan yang disukai. Sejukkan di dalam peti sejuk. 
Nota: Jika suka puding yang sedikit kental, boleh dikurangkan airnya. Mungkin guna 4 - 4.5 cawan sahaja.
Lebihan air laici disejukkan dan boleh jadikan kuah masa makan puding tu. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/10/puding-laici.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Char Kuey Teow 3 Step Mudah Sedap Makan Panas Panas Sepinggan Tak Cukup

Char Kuey Teow 3 Step Mudah Sedap Makan Panas Panas Sepinggan Tak Cukup

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 565 hits
Bila hari hari asyik menu nasi ada ketikanya mama dah tiada idea nak masak lauk apa Sesekali tukar selera dengan menggantikan nasi kepada makanan mengenyangkan pun sedap juga Salah satunya buatkan menu char kuey teow Resipi yang dikongsikan...
Resipi Hokkaido Baked Cheese Tart Yang Sedap Mudah

Resipi Hokkaido Baked Cheese Tart Yang Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 610 hits
Sedapnya Hokkaido Baked Cheese Tart ni Kalau dibeli harga agak mahal Jadi apa kata buat sendiri menggunakan resipi yang dikongsi oleh Azizi Zamani Dapat hasilkan banyak dan memang puas makan Jom lihat bahan bahan yang diperlukan CARA BUAT H...
15 Resepi Sotong Yang Mudah Dan Sedap Untuk Pengemar Seafood

15 Resepi Sotong Yang Mudah Dan Sedap Untuk Pengemar Seafood

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 475 hits
15 Resepi Sotong Yang Mudah Dan Sedap Untuk Pengemar Seafood Bagi penggemar makanan laut terutama sotong resipi resipi ini sangat menarik untuk dicuba Lepas ni tak payah dah nak pening kepala mau masak menu apa cuba je 15 resipi sotong yang...
Resipi Ayam Perap Mayo Mudah Sedap Hingga Menjilat Jari Ibu Tengah Kering Idea Boleh Cuba Ni

Resipi Ayam Perap Mayo Mudah Sedap Hingga Menjilat Jari Ibu Tengah Kering Idea Boleh Cuba Ni

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 415 hits
Nak masak apa untuk tengah hari nanti ye Ibu ibu dah ada idea belum cuba tengok di dalam peti sejuk ada bahan masak apa Kalau kering idea nak masak apa hari ini jom cuba resipi Ayam Perap Mayo ni Caranya mudah dan bahan pun tak banyak guna ...
Resepi Biscoff Cheese No Bake Yang Paling Mudah Dan Sedap

Resepi Biscoff Cheese No Bake Yang Paling Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 748 hits
Resepi No Bake Mini Biscoff Cheesecake Senang Super Creamy 8 Bahan Je Diperlukan Boleh dijadikan sebagai hadiah kepada orang yang tersayang Jangan ketinggalan dengan kek kek viral yang sedap ni bukan sedap je senang pulak tu Kek ini senang ...
Resipi Ayam Percik Paling Mudah Sedap Rasa Macam Kedai Ini Tipnya

Resipi Ayam Percik Paling Mudah Sedap Rasa Macam Kedai Ini Tipnya

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 377 hits
Resipi dengan bahan bahan memasak yang banyak adakalanya membuatkan kita merasa sukar untuk menyediakannya Ditambah pula dengan cara membuatnya yang memakan masa membuatkan menu ringkas menjadi pilihan setiap kali memasak di dapur Namun res...
Resipi Roti Benggali Sedap Mudah Jimat Masa Masak Sekejap Dah Siap

Resipi Roti Benggali Sedap Mudah Jimat Masa Masak Sekejap Dah Siap

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 557 hits
Jika anda mencari satu menu yang ringkas mudah dan paling cepat di masak Roti Benggali ini patut anda cuba sebagai hidangan sekeluarga Anak anak cukup suka dan pastinya tak cukup makan satu sahaja Bertambah tambah Resipi Roti Benggali yang ...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh