Pucuk Ubi Goreng Belacan
Hari Ahad lepas, saya berbelanja bahan masakan di Nat Pokok Getah. Antara sayuran yang dibeli - seikat daun pucuk ubi berharga RM2. Awalnya saya bercadang nak buat masak lemak, jadi saya beli juga sebungkus kecil santan segar berharga RM2
Bila balik rumah, duduk berbual dengan Encik Suami. Antara topiknya - pucuk ubi boleh buat masakan apa selain masak lemak? Hasil perbualan tersebut dan carian internet, maka semalam saya masak - pucuk ubi goreng belacan

Pucuk ubi goreng belacan. Alhamdulillah sedap memuaskan selera kami suami isteri

Seikat pucuk ubi dapat masak banyak gini, sesuai untuk 3-4 orang makan (bersama lauk lain)
Resepinya sama saja dengan resepi kangkung goreng belacan, cuma berbeza persediaan daun pucuk ubi untuk dimasak goreng belacan
Siang daun ubi (ambil pucuk ubi dan daun yang lembut), selepas itu saya celurkan dalam air mendidih selama 5 minit (lepas ni kena tambah masa lagi beberapa minit sebab rasa tak cukup lembut pulak). Kemudian angkat, bilas dan toskan. Saya tos (keringkan air pada daun ubi) dengan menggunakan salad spinner. Mudah sungguh nak keringkan sayur dan buah sejak ada salad spinner, silalah beli ya. Lepas daun ubi dah tos airnya, saya gumpalkan dan potong kasar supaya mudah nak makan tak panjang sangat. Ni cara saya, terpulang ikut cara mana yang kalian suka
PUCUK UBI GORENG BELACAN
Bahan-bahannya :Seikat daun pucuk ubiGaramAir
Bahan tumbuk kasar (saya guna chopper) :Sebiji bawang merah - saya guna bawang merah saiz besar, kalau kecil guna 2-3 biji
2 ulas bawang putih Sedikit potongan belacanSedikit ikan bilis5 biji cili padi1 biji cili besar merah - saya buang biji dalamnya
Cara memasak :1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk kasar hingga naik bau harum
2. Masukkan daun pucuk ubi, kacau rata dengan bahan tumis
3. Masukkan air dan sedikit garam. Hati-hati letak garam sebab belacan dah rasa masin
4. Kacau seketika, dah boleh angkat
Saya suka kuah banyak, jadinya saya letak air lebih
Alhamdulillah percubaan kali pertama yang dikira menjadi. Encik Suami kata - nanti nak beli pucuk ubi lagi, nak masak goreng belacan. Sebelum ni sangat jarang kami beli pucuk ubi. Berkenaan rasa masakan, kalau ikut pendapat saya - kena tambah masa celur sebab rasa ada bahagian yang kurang lembut. Ikut pendapat Encik Suami, kataya ok je dah cukup lembut
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2025/02/pucuk-ubi-goreng-belacan.html