Pubg Mobile National Championship Yoodo Tawarkan Hadiah Sehingga Rm60 000
Ada tak peminat tegar PUBG kat sini? Hah, kalau ada yang fanatik dengan PUBG korang kena baca sampai habis. Ada berita baik untuk korang merebut peluang menang besar! Chop! Ada yang tak tahu PUBG tu apa? Sebelum kita bercerita panjang pasal PUBG, meh nak kenalkan dulu apa itu PUBG. PUBG ataupun Player Unknown's Battle Underground merupakan perisian game yang tengah meningkat naik dan tengah menjadi kegilaan ramai buat masa ini. Pendek kata, dah jadi fenomena. Ke mana-mana, orang duk bercakap pasal PUBG.
Mungkin ada yang bertanya, "Apa faedah duk main PUBG tu? Buat bazir masa, bazir duit je". Teeeet! Sabar dulu. Setiap peluang yang ada, mesti ada manfaatnya. Betul tak? Begitu juga dengan PUBG. Bukan sekadar main suka-suka, bazir masa, bazir tenaga. Kalau korang pandai mengambil peluang, korang siap boleh buat duit lagi dengan hobi bermain game seperti PUBG. Macam mana caranya? Check it out
Caranya mudah je. Korang hanya perlu menyertai Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) MOBILE National Championship (PMNC) yang dianjurkan oleh PUBG Corporation dan Tencent Games. Untuk peringkat saringan, hadiah wang tunai RM2500 menanti juara untuk setiap pusingan di empat lokasi berbeza iaitu di Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak. Paling menarik, wang tunai berjumlah RM50,000 menanti juara di Grand Finale
Yoodo ialah syarikat perkhidmatan digital mudah alih pertama di Malaysia yang menjadi syarikat telco digital rasmi untuk Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) MOBILE National Championship (PMNC). Rasanya, ini adalah berita baik dan tergempar buat semua gamers di luar sana especially kepada semua peminat tegar PUBG. Yoodo akan menjadi antara syarikat pertama yang mendokong bidang gaming di Malaysia dengan melaksanakan kerjasama strategik dan juga plan jangka panjang
PUBG adalah antara mobile games yang sangat popular dalam kalangan gamers masa kini. Dengan adanya tournament seperti ini, ia bakal mencungkil bakat-bakat baru dengan penglibatan hampir 256 pasukan dari seluruh Malaysia. Mereka akan bersaing untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai RM60,000. Pemenang utama juga akan memenangi pelan mudah alih Yoodo selama satu tahun daripada pihak penaja, iaitu Yoodo. Menarik kan
Menurut Encik Chow Tuck Mun, iaitu Ketua Yoodo, beliau sangat berbangga dan berbesar hati dapat berkerjasama dengan syarikat Tencent Games, iaitu syarikat gaming terbesar di dunia. Selaku penaja untuk PUBG Mobile National Championship (PMBC) ini, mereka akan berusaha untuk membentuk komuniti Yoodo di Malaysia sekaligus mengembangkan lagi jenama Yoodo dalam kalangan gamers dan pengguna internet di Malaysia. E-Sports merupakan cabang sukan baharu yang kian menjadi tumpuan di Malaysia. Jadi, strategi ini tidak salah untuk memantapkan lagi kedudukan Yoodo di pasaran Malaysia sebagai fast-growing company dengan menawarkan pelan internet yang laju dan coverage yang kuat
Langkah Yoodo tampil menajdi penaja untuk kejohanan permainan mudah alih seumpama ini, jelas menunjukkan komitmen pihak Yood dalam meyakinkan pengguna dengan tawaran internet berkelajuan tinggi. Memandangkan gaming akan menjadi bidang tumpuan dan akan menjadi gaya hidup masyarakat setempat, Yoodo menawarkan plan yang dapat memenuhi permintaan dan kehendak pengguna dengan tawaran add-ons, features dan activities yang menarik
Selain itu, Yoodo juga akan memperkenalkan fungsi tambahan PUBG MOBILE sekaligus menjadi syarikat telco pertama di Malaysia yang menawarkan fungsi add-on. Ia akan membolehkan para pengguna Yoodo untuk mendapat kebebasan dalam bermain games dengan penambahan kuota internet khas untuk gaming. Jadi, kuota internet kini bukan masalah lagi bagi gamers di luar sana untuk pengguna Yoodo. Paling penting, dengan kelajuan internet yang kuat, pastinya games tak akan lag dan tersekat-sekat. Baru syiok nak layan PUBG
Kalau korang berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai Yoodo atauapun PUBG Mobile National Championship (PMNC), sila layari: www.yoodo.com.my/pmnc2018/.
Untuk mengetahui pengumuman terbaru Yoodo, sila lawati http://www.yoodo.com.my dan ikuti Yoodo di Facebook http://www.facebook.com/yoodoMY/
Peringkat saringan PMNC akan berlangsung di Johor Bahru (22 Disember), Sabah (25 Disember), Sarawak (6 Januari) dan Kuala Lumpur (12 Januari) di mana pemain akan bersaing untuk menonjolkan bakat masing-masing. Pemenang untuk setiap pusingan akan berentap di peringkat kebangsaan pada pusingan akhir pada 26 Januari di Kuala Lumpur. Pasukan manakah yang bakal dinobatkan sebagai juara PUBG pertama di Malaysia? Stay tuned
YoodoYoodo dilancarkan pada Januari 2018. Yoodo merupakan syarikat perkhidmatan mudah alih digital milik Celcom Axiata Berhad. Yoodo menawarkan servis perkhidmatan yang boleh customise mengikut kehendak pelanggan. Yoodo mementingkan transparensi, fleksibiliti dan mesra pengguna
Untuk maklumat lanjut, layari yoodo.com.my atau layari laman facebook YoodoMY dan laman instagram, youtube ataupun twitter Yoodo
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.penaberkala.com/2019/01/pubg-mobile-national-championship-pmnc.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FeBUqd+%28VISIBLE+VOICE%29