Puasa Ulangkaji 9452



Pengertian Puasa, Niat, Syarak, Rukun dan DoaWritten By Md Ruzai  Mei 15, 2018Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan ramadhan dan hukum puasa ramadhan adalah wajib bagi umat Islam.
Firman Allah Ta’ala: Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ” Surah Al-Baqarah Ayat 183 .
Pengertian Puasa:  Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Hukum–Hukum Puasa:

1 - Wajib 
2 - Sunat 
3 - Makruh 
4 - Haram 

Puasa Wajib:

- Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan, puasa kifarah & puasa nazar. 


Puasa Sunat:

1 - Puasa dalam bulan Sya’ban 


2 - Puasa 6 hari dalam bulan Syawal 


3 - Puasa Arafah pada 9 zulhijjah 


4 - Puasa hari Tasu’a dan‘Asyura pada 9 dan 10 Muharram 


5 - Puasa pada hari Isnin dan Khamis 

6 - Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 dan 15 

7 - Puasa satu hari berbuka satu hari 

8 - Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak. 

9 - Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab 

Puasa Makruh: 

1 - Menentukan hari untuk berpuasa seperti Jumaat sahaja, Sabtu & Ahad sahaja 

2 - Berpuasa sepanjang tahun 

Puasa Haram:

1 - Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya 
2 - Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban 
3 - Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik 
4 - Puasa perempuan haid & Nifas 
5 - Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa 

Syarat-syarat Puasa Terbahagi Kepada 2:
1 - Syarat-syarat wajib 
2 - Syarat-syarat sah 
Syarat Wajib:
 1 - Islam 
 2 - Baligh 
 3 - Berakal 
 4 - Berupaya(sihat) 
 5 - Bermukim 

Syarat Sah:

 1 - Islam 
 2 - Berakal 
 3 - Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari 
 4 - Niat 

 Rukun Puasa:

1 - Niat 
Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya 
2 - Masa Puasa 
Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari 

Faedah- faedah berpuasa:

1 - Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin 
2 - Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan 
3 - Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin 
4 - Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah 
5 - Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji 
6 - Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri 
7 - Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan 
8 - Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia 

Perkara-perkara sunat ketika berpuasa:

1 - Makan sahur serta melambatkannya 2 - Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis 
3 - Menjamu orang-orang yang berbuka puasa 4 - Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar 5 - Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan 6 - Membaca Al-Quran 7 - Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan 

Perkara-perkara makruh ketika berpuasa:
1 - Berbekam 
2 - Mengeluarkan darah 
3 - Berkucup 
4 - Merasa makanan 
5 - Bersugi selepas gelincir matahari 
6 - Mencium wangian 
Perkara yang membatalkan puasa:
1 - Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa 
2 - Makan dan minum sepanjang hari 3 - Muntah dengan sengaja 
4 - Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja 5 - Keluar darah haid dan nifas 
6 - Gila 
7 - Pitam atau mabuk sepanjang hari 
8 - Murtad 
Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa:

 1 - Musafir 
 2 - Sakit 
 3 - Mengandung dan Ibu yang menyusukan anak 
 4 - Tua 

Keistimewaan Bulan Ramadhan:

 1 - Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan 
 2 - Al-Quran diturunkan dalam bulan ini 
 3 - Iblis dipenjarakan 
 4 - Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar. 
 5 - Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan 

Niat Puasa Ramadhan.

Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan:
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala.

Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan sebulan :
Ertinya : Sahaja aku berpuasa sebulan seluruhnya kerana Allah Ta'ala.

Doa Ketika Berbuka Puasa.
Ertinya: Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.

Justeru itu marilah kita bersama-sama berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di Bulan Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan. 
Oleh yang demikian niat juga untuk membezakan antara adat dan ibadat supaya kita tahu bahawa yang kita ingin lakukan adalah ibadat yang akan dipersembahkan kepada Allah SWT.
Article Provided By : www2.islamgrid.gov.my | Obor yang menyinari Alam .https://mdruzaidaud.blogspot.com/2018/05/pengertian-puasa-niat-syarak-rukun-dan.html



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2019/12/puasa-ulangkaji-9452.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lafaz Niat Puasa Ayyamul Bidh

Lafaz Niat Puasa Ayyamul Bidh

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 1589 hits
Lafaz Niat Puasa Ayyamul Bidh Puasa Ayyamul Bidh adalah puasa yang selalu dibuat oleh Rasulullah saw semasa hidupnya Mengerjakan puasa Ayyamul Bidh merupakan salah satu cara kita untuk meneladani The post appeared first on
Akhirnya Pokok Sepit Udang Telah Berbunga

Satu Band Feat Man Progressive Raya Tak Berteman Chord

Hantu Influencer Balik Kampung

Wali Feat Mostafa Atef Forgive Me Marhaban Ya Ramadhan Chord

Malaysia S Catalogue Of Shame Disgraceful Acts Omissions

Kalau Nak Berniaga Wajib Cari Jalan Cara Memulakan Perniagaan Dengan Kos Yang Paling Rendah

Huawei Mate Xt And Huawei Matepad Pro 13 2

Westbound Part 5 10 000 Miles Across The U S On Ural Motorcycles


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kes Hfmd Di Terengganu Makin Membimbangkan Kluster Baru Di Tadika

Harga Durian Muar 2025 Mac April

Whatever

It Takes Just One Pregnant Guppy For An Alien Invasion Practical Fishkeeping

How Google And Nvidia Are Teaming Up To Solve Real World Problems With Ai

Walauntit Padam Komen Di Facebook Dan Minta Maaf Kepada Mp Bangi