Puasa Terbaik Selepas Ramadhan Ialah Puasa Pada Bulan Muharram


Puasa Terbaik Selepas Ramadhan Ialah Puasa Pada Bulan Muharram |  Assalamualaikum sahabat pembaca blog KakYa. Alhamdulillah pagini KakYa rasa nak berkongsi satu perkongsian daripada Ustazah Asma Harun berkenaan dengan Puasa Pada Bulan Muharram. Perkongsian ini telah dimuatnaik oleh Ustazah Asma' Harun di facebook page Ustazah Asma' Harun semalam. Marilah kita sama sama hayati dan fahami dengan lebih mendalam mengenai Puasa pada bulan Muharram. 


Puasa Pada Bulan Muharram
Bulan Muharam ialah bulan yang pertama di dalam kalendar Hijrah. Ia merupakan antara bulan yang suci dan dimuliakan. Kita amat digalakkan untuk memperbanyakkan berpuasa sunat pada bulan ini kerana sebaik-sebaik puasa selepas puasa Ramadan ialah puasa pada bulan Muharam

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata:
سُئِلَ أَيُّ الصَّلَاةِ أَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوبَةِ وَأَيُّ الصِّيَامِ أَفْضَلُ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَقَالَ أَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ الصَّلَاةُ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ وَأَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ صِيَامُ شَهْرِ اللَّهِ الْمُحَرَّمِ
Maksudnya: Rasulullah SAW pernah ditanya, solat apakah yang paling utama setelah solat maktubah (wajib)? Dan puasa apakah yang paling utama setelah puasa Ramadan? maka Baginda menjawab: Sebaik-baik solat setelah solat maktubah (wajib) adalah solat pada sepertiga akhir malam, dan sebaik-baik puasa setelah puasa Ramadan adalah puasa di bulan Muharam
[HR Muslim, Hadis Sahih]
Demikian juga terdapat sebuah hadis daripada Ali r.a., Rasulullah SAW bersabda:
إِنْ كُنْتَ صَائِمًا بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَصُمْ الْمُحَرَّمَ فَإِنَّهُ شَهْرُ اللَّهِ فِيهِ يَوْمٌ تَابَ فِيهِ عَلَى قَوْمٍ وَيَتُوبُ فِيهِ عَلَى قَوْمٍ آخَرِينَ
Maksudnya: “Jika kamu ingin berpuasa selain bulan Ramadan, maka berpuasalah pada bulan Muharam, kerana sesungguhnya ia bulan di mana Allah telah memberi taubat kepada kaumnya Musa dan memberikan taubat kepada kaum yang lain.”[HR Tirmizi, Hadis Hasan Gharib]
Puasa Sunat Bulan Muharram
Antara puasa sunat yang boleh dilakukan pada bulan Muharam ialah:
Puasa Sunat Isnin Dan Khamis 
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: تُعْرَضُ الأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ، فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
Maksudnya: “Amalan dibentangkan pada hari Isnin dan Khamis, maka aku kebih suka amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.”(HR Tirmizi, hadis hasan gharib)
Dalam sebuah hadis yang lain, Saidatina Aisyah RA berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ
Maksudnya: “Adapun Nabi SAW sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.” (HR al-Tirmizi, hadis hasan)
Puasa Sunat Tasu'a
• Puasa Tasu'a berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu تِسْعَة (tis'ah) yang bermaksud sembilan. • Puasa sunat ini dilakukan pada setiap 9 Muharam dalam kalendar hijrah Islam
Diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Abbas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:
 لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ
Maksudnya: “Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari yang ke sembilan (Muharam).”[HR Muslim, Hadis Sahih]
Lafaz Niat Puasa Sunat Tasu’a
نَوَيْتُ صَوْمَ تَاسُعَاء سُنَّةً لِلّٰهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat hari Tasu’a pada hari esok kerana Allah Ta’ala”

Puasa Sunat 'Asyura
• 'Asyura berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu  عَشَرَة ('asyarah) yang bermaksud sepuluh. • Hari 'Asyura adalah hari yang ke sepuluh dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharam
• Pelbagai peristiwa yang telah berlaku pada hari tersebut. Disebabkan itu, umat Islam menghormati hari 'Asyura sepertimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW
• Terdapat nas khusus berkenaan puasa hari ‘Asyura. Daripada Abdullah Ibnu Abbas r.a: 
قَدِمَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْمَدِينَةَ، فَرَأَى الْيَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، فَقَالَ ‏"‏مَا هَذَا"‏‏.‏ قَالُوا هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ، فَصَامَهُ مُوسَى‏.‏ قَالَ ‏"‏فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ"‏‏.‏ فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW datang ke Madinah dan kemudian Baginda melihat golongan Yahudi berpuasa pada hari 'Asyura. Lalu Baginda berkata: “Apakah ini?”. Mereka pun menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Inilah hari Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka maka Musa pun berpuasa pada hari tersebut. Lalu Baginda bersabda: “Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu”. Maka Baginda pun berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan supaya umatnya berpuasa pada hari itu.”[HR al-Bukhari, Hadis Sahih]
Kata Ibnu Abbas r.a. apabila ditanyakan mengenai puasa ‘Asyura, beliau berkata:
مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ، إِلاَّ هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ 
Maksudnya: Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW mengejar satu hari yang fadhilatnya lebih berbanding hari-hari yang lain melainkan hari ini iaitu hari ‘Asyura
[HR al-Bukhari, Hadis Sahih]
Daripada Abu Qatadah, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW tentang puasa ‘Asyura, maka kata Baginda SAW:
 أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ 
Maksudnya: Aku berharap ke atas Allah agar ia dapat mengampunkan dosa setahun yang berlalu
[HR Muslim, Hadis Sahih]
Lafaz Niat Puasa 'Asyura
نَوَيْتُ صَوْمَ عَشُرَ سُنَّةً لِلّٰهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat hari 'Asyura pada esok hari kerana Allah Ta’ala”

Puasa Sunat Hari Putih (Ayyamul Bidh)
Berdasarkan hadis, daripada Ibnu Milhan al-Qaisi daripada ayahnya, dia berkata; 
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ
Maksudnya: "Rasulullah ﷺ memerintahkan kami agar berpuasa pada hari putih (bidh) iaitu pada tiga belas, empat belas, dan lima belas. Beliau berkata; hari-hari tersebut umpama setahun". (Hadis Sahih Riwayat Abu Daud)
Lafaz Niat Puasa Sunat Ayyamul Bidh
نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ الْبَيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala

Ambil peluang ini untuk berpuasa sunat sahabat,  mari bersama ambil peluang ini untuk melazimi puasa sunat dalam bulan Muharam
Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan orang yang dimasukkan ke dalam syurga melalui pintu ar-Rayyan sebagaimana yang tercatat di dalam hadis berikut:
Daripada Sahal bin Sa’d R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ في الجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانِ يَدخُلُ مِنهُ الصَّائِمُونَ يَومَ القِيَامَةِ، لَا يَدْخُلُ مِنهُ أَحَدٌ غَيْرُهُم
Maksudnya: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama al-Rayyan khusus untuk ahli puasa memasuki syurga melaluinya pada hari kiamat kelak. Selain mereka tidak dibenarkan masuk.”(HR Bukhari dan Muslim)
Rujukan:1. Al-Quran2. Laman Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan3. Portal Rasmi Majlis Agama Islam Selangor
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua. InsyaAllah aamin aamin Ya Mujib. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2021/08/puasa-terbaik-selepas-ramadhan-ialah-puasa-pada-bulan-muharram%20.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejarah Bermulanya Puasa Bulan Ramadhan Asal Usul Puasa Bulan Ramadhan

Sejarah Bermulanya Puasa Bulan Ramadhan Asal Usul Puasa Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 224 hits
Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca blog yang dirahmati Allah sekalian Saya pasti ramai diantara tidak mengetahui sejarah permulaan disyariatkan puasa ramadhan atau dalam erti kata mudah bilakah umat islam mula diwajibkan be...
Fadhilat Dan Kelebihan Puasa Bulan Ramadhan

Fadhilat Dan Kelebihan Puasa Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 192 hits
Daripada Anas Katanya Bersabda Nabi Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah kemudian dibacanya Al Fatihah tujuh kali melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini Keleb...
Jadual Puasa Bulan Muharram 1443h

Jadual Puasa Bulan Muharram 1443h

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 960 hits
Assalamaualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat sahabat blogger Naim doakan semua baik baik dan di dalam lindungan Allah Insha ALlah pada pagi ini Naim akan share jadual untuk kita berpuasa sunat dalam bulan Muharram Rasulullah perna...
Gvgur Mei Lalu Aurel Hermansyah H4mil Lagi Selepas Lebih 3 Bulan Mer4hsiakan

Gvgur Mei Lalu Aurel Hermansyah H4mil Lagi Selepas Lebih 3 Bulan Mer4hsiakan

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 241 hits
Selepas mengalami kegvguran pada bulan Mei lalu penyanyi Indonesia Aurel Hermansyah memaklumkan dirinya kini sedang berbadan dua Khabar gembira itu dikongsikan Atta Halilintar menerusi video rakaman imbasan ultrabunyi b4yi dalam kandungan i...
Bayi 20 Bulan Mati Kelaparan Selepas Ditinggalkan Ibunya Yang Pergi Berparti Selama 6 Hari

Bayi 20 Bulan Mati Kelaparan Selepas Ditinggalkan Ibunya Yang Pergi Berparti Selama 6 Hari

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 298 hits
Seorang ibu muda hanya mampu mengalirkan air mata selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadapnya selama sembilan tahun atas kesalahan meninggalkan bayinya sehingga mati kelaparan Seorang ibu muda hanya mampu mengalirkan air mata s...
Entri Terbaik Bulan Jun Dan Julai 2021

Entri Terbaik Bulan Jun Dan Julai 2021

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 294 hits
Entri Terbaik Bulan Jun Dan Julai 2021 Assalamualaikum Hai korang semua Hari ini Cik Ash nak kongsi entri terbaik pada bulan Jun dan Julai 2021 yang lalu Antara entri terbaik dekat blog ni kebanyakan entri entri yang dah lama Cik Ash kongsi...
Bayi Pramatang 6 Bulan Dijangkiti Covid 19 Meninggal Selepas 2 Jam Lahir

Bayi Pramatang 6 Bulan Dijangkiti Covid 19 Meninggal Selepas 2 Jam Lahir

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 258 hits
BAYI pasangan Abd Jalil Mohd Taha dan Azreen Farina Azmi dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Chegar Mukim Tunjang Kubang Pasu Kedah untuk dikebumikan kelmarin KUBANG PASU Keceriaan sepasang suami isteri menimang cahaya mata kelima bert...
Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Puasa Sunat Di Bulan Muharam

Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Puasa Sunat Di Bulan Muharam

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 251 hits
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Puasa Sunat Di bulan Muharam Daripada Abu Hurairah RA ia berkata Rasulullah SAW bersabda Seutama utama puasa setelah Ramadan ialah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharam dan seutama utama solat sesudah solat ...
Kelebihan Puasa 9 10 Muharram

Kelebihan Puasa 9 10 Muharram

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 1429 hits
Kelebihan puasa 9 10 Muharram Berminat untuk tempah design poster banner bunting sticker logo editing video khidmat fotografi dan videografi website hosting domain atau lain lain sila hubungi kami melalui email atau telegram Email Visit our...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid