Puasa Sunat Arafah Niat Tata Cara Waktu Keutamaan Kelebihan


 


TARIKH HARI ARAFAH 2022, KELEBIHAN & NIAT PUASA SUNAT
Esok kita akan sampai ke bulan Zulhijjah, iaitu bulan terakhir dalam kalendar Islam. Terdapat beberapa amalan yang sunnah dapat kita lakukan di dalam bulan Zulhijjah yang istimewa ini.
Istimewanya Bulan ZulhijjahAntaranya adalah puasa sunat dari 1 hingga 9 Zulhijjah. Tiada kelebihan khusus dari hari 1 hingga 8 Zulhijjah namun terdapat kelebihan bagi siapa yang berpuasa pada 9 Zulhijjah kerana pada hari tersebut merupakan Hari Arafah dimana seluruh umat Islam yang menunaikan haji sedang berkumpul di Padang Arafah dan terdapat waktu mustajab untuk berdoa pada hari tersebut.
Seterusnya melaksanakan ibadah Korban pada Hari Raya AidilAdha atau pada hari Tasyriq. Bagi sesiapa yang berkemampuan, hendaklah mereka merebut peluang ini kerana ganjarannya amatlah besar disisi Allah SWT.
Dan yang terakhir, kita digalakkan mengagungkan kebesaran Allah dengan berzikir melalui bertahmid, bertasbih, bertahlil dan bertakbir.
Daripada Ibnu Abbas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ
Maksudnya: “Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini iaitu Baginda memasukkan 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda, “Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”
[HR al-Bukhari, hadis sahih]
Tarikh Hari Arafah Di Malaysia 2022Hari Arafah jatuh pada 9 Zulhijjah iaitu bersamaan dengan 9 Julai 2022 bagi umat Islam di Malaysia.
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Julai 2022, menurut pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada 29 Jun 2022.
Kelebihan Hari ArafahHari Arafah adalah hari di mana Allah Taala sendiri mendekati hamba-hambanya.
Perkara ini disebutkan dalam hadis yang sahih. Sabda Rasulullah ﷺ:
ما من يوم أكثر من أن يعتق الله فيه عبدا من النار من يوم عرفة، وإنه ليدنو ثم يباهي بهم الملائكة فيقول: ما أراد هؤلاء؟
“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya dari neraka seperti Hari Arafah. Pada hari tersebut Allah mendekati mereka dan berbangga dengan mereka (hamba-hambanya) di sisi malaikat dan berkata: Apa yang mereka mahukan?” (Sahih Muslim)
Kelebihan Puasa Sunat ArafahAntara kelebihan puasa Arafah adalah:
Puasa Arafah adalah satu jalan / ruang yang diberikan oleh Allah SWT supaya umat Islam memperoleh pengampunan yang besar.Peluang bagi mereka yang tidak berkesempatan melakukan ibadat haji supaya mereka merebut fadilat yang dijanjikan pada hari Arafah.Hari 9 Zulhijjah termasuk dalam 10 hari terawal bulan Zulhijjah. Sepanjang tempoh ini, segala amalan kebaikan yang dikerjakan akan diberi ganjaran yang lebih besar berbanding apabila dilakukan pada bulan-bulan yang lain.Digalakkan juga perbanyakkan doa menurut riwayat Imam Malik, Rasulullah bersabda : “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”.صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ
“Puasa hari ‘Arafah, aku berharap kepada Allah supaya Dia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga setahun sesudahnya.”
(Sunan al-Tirmizi, no. 680, hadis hasan)
Niat Puasa Sunat Hari ‘Arafahنَوَيْتُ صَوْمَ عَرَفَةَ سُنَّةً لِّلِه تَعَالَى
“Saya berniat puasa sunat ‘Arafah kerana Allah Taala.”
Waktu BerdoaTimbul persoalan, perlu ke untuk kita samakan waktu kita berdoa dengan waktu wukuf di padang Arafah itu?
Nabi S.A.W bersabda:
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
Maksudnya: “Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah..”
Jika diteliti hadis Nabi s.a.w ini, Nabi s.a.w tidak menyatakan sebaik-baik doa itu ketika waktu wukuf, tetapi dinyatakan sebaik-baik doa pada HARI Arafah.
Bilakah hari Arafah?
Syeikh Dr. Wahbah az-Zuhaili rahimahullah dan kebanyakan ulama yang lain menyatakan hari Arafah adalah pada 9 Zulhijjah. Bermaksud, sepanjang hari 9 Zulhijjah ini keseluruhannya adalah doa mustajab.
Adapun bagi orang-orang yang mengerjakan haji di Mekah, mereka perlu melaksanakan satu rukun haji yang dipanggil wukuf di Padang Arafah.
Sabda Nabi s.a.w:
الحج عرفة
Maksudnya: “Haji itu (berwukuf) di padang Arafah.”
Waktu wukuf bermula dari tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur/waktu di Arab Saudi) hari ke 9 Zulhijjah sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah. Maka oleh itu, bagi orang yang mengerjakan haji mereka digalakkan berdoa ketika sepanjang waktu wukuf oleh kerana ketika itu merupakan gabungan yang sangat cantik iaitu berada pada 9 Zulhijjah dan dalam keadaan berwukuf di padang Arafah. Maka insyaAllah mustajab doa berganda-ganda.
Oleh kerana itu, jelas di sini sepanjang hari Arafah merupakan hari doa mustajab. Cuma bagi orang yang mengerjakan haji ada keistimewaan tersendiri dalam mencari doa mustajab yang lebih mustajab.
Manakala bagi mereka yang tidak mengerjakan haji juga ada cara tersendiri untuk mencari doa mustajab yang lebih mustajab pada hari Arafah iaitu dengan berpuasa pada hari berkenaan.
Nabi S.A.W bersabda:
ثَلاثَةٌ لا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ الإِمَامُ الْعَادِلُ وَالصَّائِمُ حِينَ يُفْطِرُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ..
Maksudnya: ” Tiga doa yang tidak akan ditolak Allah (bermaksud sangat mustajab) iaitu doa seorang pemimpin yang adil, doa orang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi..”
Kesimpulannya, tidak perlulah kita bersusah payah untuk menyesuaikan atau convert waktu wukuf di padang Arafah dengan waktu di Malaysia kerana masing-masing ada keistimewaan masing-masing.
Islam tidak akan sesekali menyempitkan ruang ibadah kepada umatNya. Berdoalah pada mana-mana waktu sepanjang kita berpuasa di hari Arafah kerana ianya mustajab dan mujarab insyaAllah.
Kredit : ecentral
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/06/puasa-sunat-arafah-niat-tata-cara-waktu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Niat Puasa Sunat Arafah Kelebihannya

Niat Puasa Sunat Arafah Kelebihannya

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 222 hits
TARIKH HARI ARAFAH 2022 KELEBIHAN NIAT PUASA SUNAT Tidak lama lagi kita akan sampai ke bulan Zulhijjah iaitu bulan terakhir dalam kalendar Islam Terdapat beberapa amalan yang sunnah dapat kita lakukan di dalam bulan Zulhijjah yang istimewa ...
Keutamaan Puasa Arafah 9 Dzulhijjah

Keutamaan Puasa Arafah 9 Dzulhijjah

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 234 hits
Keutamaan Puasa Arafah 9 Dzulhijjah Salah satu amalan utama di awal Dzulhijjah adalah puasa Arafah pada tanggal 9 Dzulhijjah Puasa ini memiliki keutamaan yang semestinya tidak ditinggalkan seorang muslim pun Puasa ini dilaksanakan bagi kaum...
9 Zulhijjah Hari Arafah Istimewa Dengan Niat Berpuasa Arafah

9 Zulhijjah Hari Arafah Istimewa Dengan Niat Berpuasa Arafah

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 276 hits
9 Zulhijjah Hari Arafah Istimewa Dengan Niat Berpuasa Arafah Hari Arafah adalah hari istimewa bagi umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia dan ianya disambut pada 9 Zulhijjah setiap tahun dan di Padang Arafah ketika ini pastinya padat de...
Cara Niat Dan Solat Jamak Jumaat Dan Asar Jabatan Mufti Ns

Cara Niat Dan Solat Jamak Jumaat Dan Asar Jabatan Mufti Ns

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 560 hits
Bagaimana solat jamak takdim serta qasar untuk waktu Zuhur dan asar pada hari Jumaat Bolehkah niat solat Jumaat kemudian selepas salam terus bangun untuk solat Asar serta qasar Solat jamak qasar adalah satu keringanan bagi orang yang bermus...
Kad Prihatin Siswa Cara Pengaktifan Faedah Kelebihan

Kad Prihatin Siswa Cara Pengaktifan Faedah Kelebihan

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 441 hits
Kad Prihatin Siswa adalah merupakan satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi bersama sama Universiti Awam di Malaysia dan bank RHB bagi melaksanakan inisiatif penjimatan kewangan cashless campus smart campus identiti siswa dan mewujudkan...
Doa Doa Terbaik Hari Arafah Antara Waktu Mustajab Doa

Doa Doa Terbaik Hari Arafah Antara Waktu Mustajab Doa

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 256 hits
Doa Terbaik Hari Arafah Antara Waktu Mustajab Doa Assalamualaikum Salah satu amalan amalan sunat sunah yang baik untuk diamalkan di sepanjang awal 10 Zulhijjah ialah berpuasa dan berdoa pada hari Arafah Berdoa pada Hari Arafah merupakan sal...
Niat Puasa Sunnah Dzulhijjah

Niat Puasa Sunnah Dzulhijjah

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 492 hits
Sebagaimana puasa pada umumnya waktu niat puasa Dzulhijjah adalah pada malam hari yakni sejak terbenamnya matahari sampai terbit fajar Berikut adalah lafal niatnya 1 Niat puasa dari tanggal 1 sampai 7 Dzulhijjah Nawaitu shauma syahri dzil h...
Setahun Boleh Simpan Rm5 767 Ni Cara Mudah Mak Mak Nak Menabung

Setahun Boleh Simpan Rm5 767 Ni Cara Mudah Mak Mak Nak Menabung

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 191 hits
Rambang mata dibuatnya bila semua benda di depan mata Mak mak mulalah nak membeli sakan khususnya untuk anak anak Sudahnya menabung entah ke mana Macam mana nak menabung cara paling efisyen Perkongsian Anaa Sofianaa yang mencuba menyimpan m...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah