Puad Yakin Umno Akan Keluar Pn Sebelum 1 Ogos


malaysiakini.com
Diterbitkan 6 Jul 2021, 9:38 am

Anggota majlis tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi berkata, dia yakin parti itu akan memuktamadkan keputusan untuk keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum 1 Ogos

Ini berlaku di tengah spekulasi bahawa Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berusaha menarik keluar parti itu dari gabungan kerajaan tetapi menghadapi tentangan besar, terutama daripada ahli parlimen parti itu.

"Saya yakin MKT Umno akan bermesyuarat secara maya dalam masa terdekat untuk memuktamadkan keputusan PAU Umno 2020 iaitu parti akan tetap menarik balik sokongan daripada kerajaan PN paling lewat 1 Ogos 2021," katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Puad mendakwa majoriti ahli MT Umno menyokong keputusan untuk keluar daripada PN.

Bagaimanapun, Zahid masih menghadapi tentangan daripada kebanyakan ahli parlimen Umno yang bukan terdiri daripada ahli majlis tertinggi.

Zahid pada 21 Jun lalu memberikan tempoh 14 hari kepada kerajaan PN untuk mengadakan semula sidang parlimen.

Langkah itu dilihat sebagai alasan bagi Zahid mengeluarkan Umno daripada kerajaan yang sebelum ini enggan memanggil parlimen dalam kadar segera.

Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam mengumumkan parlimen akan bersidang semula, yang secara kebetulan adalah hari terakhir tempoh yang diberikan Zahid.

Ini menimbulkan pertanyaan apakah Zahid masih memiliki alasan untuk menarik keluar Umno daripada kerajaan.

Tak ubah pendirian Umno

Namun, Puad tetap yakin bahawa langkah untuk mengadakan sidang parlimen tidak mengubah sebarang pendirian ahli MKT.

"Alasan Umno adalah jelas. Ia berpunca kegagalan kerajaan hari dalam serba-serbi perkara terutama dalam aspek mengurus ancaman pandemik dan ekonomi negara.

"Umno tidak mahu terpalit dengan kegagalan kerajaan PN, apatah lagi sikap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak mahu mendengar pandangan Umno sebelum ini. Contoh jelas adalah gesaan bank menawarkan moratorium automatik dan pukal," katanya.

Semalam, Zahid dilaporkan bertemu dengan beberapa pemimpin Umno, termasuk bekas perdana menteri Najib Razak, di Kuala Lumpur bagi 'menyusun gerakan' selepas kerajaan mengumumkan pembukaan parlimen.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/07/puad-yakin-umno-akan-keluar-pn-sebelum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Puad Zarkashi Yakin Umno Keluar Kerajaan

Puad Zarkashi Yakin Umno Keluar Kerajaan

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 152 hits
Hilmi MalikKUALA LUMPUR Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Mohd Puad Zarkashi yakin parti itu akan keluar serta menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional Memetik laporan Sinar Harian kenyakinan itu adalah berdasarkan p...
Hanya Ahli Mkt Umno Akan Keluar Dari Kerajaan Pn Atau Umno Akan Keluar Dari Kerajaan Pn Sebelum 1 Ogos

Hanya Ahli Mkt Umno Akan Keluar Dari Kerajaan Pn Atau Umno Akan Keluar Dari Kerajaan Pn Sebelum 1 Ogos

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 187 hits
July 6 2021 Ahli MKT yakin Umno akan keluar kerajaan sebelum 1 Ogos Anggota majlis tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi berkata dia yakin parti itu akan memuktamadkan keputusan untuk keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional sebelum 1 Ogos I...
Umno Tinggal Satu Step Sahaja Lagi Sebelum Keluar Kerajaan

Umno Tinggal Satu Step Sahaja Lagi Sebelum Keluar Kerajaan

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 141 hits
Umno tinggal satu step lagi sebelum keluar kerajaan PN Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata kerajaan Perikatan Nasional boleh tumbang pada bila bila masa kerana keputusan parti itu menarik balik sokongan kepada Putrajaya a...
Umno Dijangka Tinggalkan Kerajaan Pn Sebelum 1 Ogos

Umno Dijangka Tinggalkan Kerajaan Pn Sebelum 1 Ogos

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 176 hits
Yasmin Abdul LatifPETALING JAYA Umno dijangka menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional sebelum 1 Ogos kata sumber parti dalam perkembangan terbaharu yang akan menguji keabsahan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri pada ...
Salah Jika Mkt Setuju Tinggalkan Kerajaan Sebelum Bubar Parlimen Kata Veteran Umno

Salah Jika Mkt Setuju Tinggalkan Kerajaan Sebelum Bubar Parlimen Kata Veteran Umno

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 271 hits
Shahidan Kassim dan Annuar Musa berkata keputusan menyokong kerajaan Perikatan Nasional sehingga Parlimen bubar telah diputuskan dalam Perhimpunan Agung Umno dan menjadi satu kesalahan sekiranya pihak MKT keluar daripada kerajaan pada waktu...
Ydp Agong Mahu Parlimen Dibuka Sebelum 1 Ogos Ini

Ydp Agong Mahu Parlimen Dibuka Sebelum 1 Ogos Ini

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 160 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan supaya sidang Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos 2021 Yang di Pertuan Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim dan Yang di Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Az...
Agong Titah Sidang Parlimen Sebelum 1 Ogos Kata Speaker

Agong Titah Sidang Parlimen Sebelum 1 Ogos Kata Speaker

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 230 hits
MALAYSIA DATELINESpeaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara memaklumkan mereka telah dititahkan oleh Yang Dipertuan Agong agar sidang kedua dua Dewan itu diadakan sebelum 1 Ogos 2021 iaitu tarikh tamat darurat Dalam kenyataan bersama Yang Dipert...
Ini Bukan Soal Nak Kawal Covid 19 Tapi Kawal Benda Lain Ku Li Desak Buka Parlimen Sebelum 1 Ogos

Ini Bukan Soal Nak Kawal Covid 19 Tapi Kawal Benda Lain Ku Li Desak Buka Parlimen Sebelum 1 Ogos

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 240 hits
June 28 2021 Tengku Razaleigh Hamzah berkata undang undang darurat dilihat hanya sekadar untuk kepentingan politik seolah olah tiada kaitan dengan isu pandemik Covid 19 dan kesusahan rakyat PETALING JAYA Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Raza...
Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Absolute Power Corrupts Absolutely

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

10 Toner Untuk Kulit Berminyak 2024

Pas Quashing Of Zafrul S Affidavit Raises Concerns About Govt S Integrity



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto

Udon Noodle Soup