Ptptn Tutup Tirai 2019 Dengan Pencapaian Memberangsangkan


KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) — Biarpun berdepan suasana ekonomi tidak menentu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melabuh tirai 2019 dengan merekodkan kutipan bayaran balik sebanyak RM2.07 bilion, berbanding RM2 bilion sasaran awal sebelum ini.
Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan berkata budaya membayar balik pinjaman PTPTN dalam kalangan peminjam meningkat kepada 82.5 peratus setakat 30 Nov lepas, berbanding 81.3 peratus pada 31 Dis 2018 dan ia dijangka akan terus bertambah hingga hujung tahun ini.
“Dalam tempoh itu PTPTN juga telah membantu seramai 172,863 pelajar melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan tinggi (IPT) melalui pinjaman yang disediakan dan daripada jumlah itu seramai 78,755 (46 peratus) yang merupakan golongan B40 telah dibantu mengubah taraf hidup keluarga dengan merealisasikan cita-cita untuk ke menara gading,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Pada masa sama Wan Saiful berkata keuntungan pelaburan terkumpul Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi tahun 2019 turut meningkat dengan jumlah RM151.5 juta setakat suku ketiga tahun ini, selaras dengan usaha membudayakan amalan menyimpan berbanding meminjam melalui instrumen tersebut.
Prestasi itu, katanya menunjukkan peningkatan 25.9 peratus berbanding RM120.3 juta bagi tempoh yang sama pada 2018.
Wan Saiful berkata untuk tempoh sama, jumlah deposit bagi akaun SSPN turut meningkat sebanyak RM126 juta atau 18.7 peratus, iaitu daripada RM671.9 juta tahun lalu kepada RM798 juta menjadikan deposit SSPN terkumpul keseluruhan sehingga November lepas berjumlah RM5.3 bilion.
“Sementara itu sebanyak 404,676 akaun baharu SSPN juga telah dibuka hingga 30 Nov lepas, dengan keseluruhannya sebanyak 4.32 juta akaun SSPN telah dibuka sejak ia dilancarkan pada 2004,” katanya.
Wan Saiful berkata selain masih dapat mengekalkan Pensijilan MS ISO 9001:2015, PTPTN terus melakar sejarah sepanjang tahun ini apabila menerima anugerah daripada pelbagai agensi termasuk Sosial Media Excellence – Education Support sempena Malaysia Social Media Week (MSMW) 2019 dan Top DirectDebit Merchant sempena Malaysian e-Payments Excellence Awards (MEEA) 2019.
Bagi pelaksanaan manifesto kerajaan pula, PTPTN melaksanakan 75 peratus daripada empat janji yang telah dibuat sebelum ini iaitu memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam, insentif cukai kepada majikan yang membantu membuat bayaran balik tanpa memotong gaji pekerja terbabit dan bayaran setimpal atau hutang dilupuskan seluruhnya untuk pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah.
“Bagaimanapun penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua yang bergaji kurang RM4,000 sebulan belum dapat dilaksanakan kerana di luar bidang kuasa PTPTN selain melibatkan implikasi  besar kepada kewangan negara,” katanya.
Sumber: Bernama
The post PTPTN Tutup Tirai 2019 Dengan Pencapaian Memberangsangkan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/31/ptptn-tutup-tirai-2019-dengan-pencapaian-memberangsangkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tutup Tahun 2019 Petrokimia Gresik Ekspor 26 Ribu Ton Pupuk Nps Ke India

Tutup Tahun 2019 Petrokimia Gresik Ekspor 26 Ribu Ton Pupuk Nps Ke India

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 215 hits
Petrokimia Gresik kembali melakukan penetrasi pasar internasional dengan mengekspor 26 ribu ton pupuk NPS 20 20 0 13S dalam bentuk curah ke India Perekonomian India yang sedang berkembang pesat menjadi pasar utama pupuk NPS Petrokimia Gresi...
Tutup Tirai Di Utara

Tutup Tirai Di Utara

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 389 hits
AGAK sukar untuk peminat di Kedah menyaksikan konsert kumpulan heavy metal terkenal XPDC Kita Peng Yu di negeri mereka Beberapa bulan lalu kumpulan terbabit cuma dijemput beraksi untuk karnival jualan kecil di Sungai Petani Bagaimanapun sud...
Azam Tahun Baru 2020 Dan Pencapaian 2019

Azam Tahun Baru 2020 Dan Pencapaian 2019

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 791 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca semua Alhamdulillah akhirnya baru sempat nak update artikel tentang pencapaian tahun 2019 dan azam untuk tahun baru 2020 Aku baru perasan sudah beberapa tahun yang aku tu...
Dividen Asb 2019 Pencapaian Terbesar

Dividen Asb 2019 Pencapaian Terbesar

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 1022 hits
Dividen ASB 2019 Adalah Pencapaian Terbesar Nik NazmiSHAH ALAM Ketua Setiausaha Pengelola Parti Keadilan Rakyat Nik Nazmi Nik Ahmad menyelar tindakan pihak pihak tidak bertanggungjawab yang dilihat cuba mempolitikkan isu berkaitan agihan pe...
15 Kasus Menonjol Tahun 2019 Di Polda Jatim Ada 10 Penjahat Ditembak Mati Petugas

15 Kasus Menonjol Tahun 2019 Di Polda Jatim Ada 10 Penjahat Ditembak Mati Petugas

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 272 hits
Kapolda mengakui ada eskalasi peningkatan untuk kasus kejahatan tertentu di wilayahnya Namun seiring dengan hal tersebut jajarannya juga mengimbanginya dengan keberhasilan pengungkapan pengungkapan kasus
Senarai Pemenang Gegar Vaganza 2019 Naqiu Dan Hardy Mirza Juara

Senarai Pemenang Gegar Vaganza 2019 Naqiu Dan Hardy Mirza Juara

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 491 hits
SENARAI PEMENANG GEGAR VAGANZA 2019 NAQIU DAN HARDY MIRZA JUARA Gempak gila kan Bila ada DUA PEMENANG Kira kali ni betul betul peserta yang menjadi juara adalah HEBAT Capai sejarah Naqiu dan Hardy Mirza telah membuktikan kemampuan mereka de...
Jadual Eredivisie 2019 2020 Liga Belanda

Jadual Eredivisie 2019 2020 Liga Belanda

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 1329 hits
Jadual Eredivisie 2019 2020 Liga Belanda PERHATIAN buat anda peminat setia bolasepak Eredivisie Liga Belanda yang ingin ketahui jadual da keputusan Liga Belanda musim 2019 2020 Untuk makluman anda aksi kancah Eredivisie Liga Belanda musim 2...
Samsung S Aye Train Turns Kl Mrt Into A Giant Game

Tinggi Potassium Dalam Air Kencing

Muhyiddin What Are Guarantees For Malaysia In Ambalat Deal

Unmasking Paedophiles When Silence And Secrecy Becomes The Greatest Crime

Piraum 16 Semua Parti Politik Berpeluang Jadi Kerajaan

Workers At Glove Mould Producer Back At Work After Successful Talks

Proton E Mas 7 Terima Kemas Kini Warna Baharu Sokongan Apple Carplay Ciri Pintar

Bagaimana Kotak Packaging Boleh Menambah Nilai Produk Anda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Blog Masih Disukai Ramai Blogger

Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social

Selesai Interview

Zunar Diam Membisu Cukai 1malaysia Vs Cukai Madani Mana Korang Suka

Pereka Fesyen Terkenal Datuk Jovian Mandagie Diisytihar Bankrap Apa Yang Sebenarnya Berlaku

Penyertaan Dua Tokoh Politik Bukan Melayu Jadi Suntikan Moral Perkukuh Bersatu Pahang Menjelang Pru 16