Azam Tahun Baru 2020 Dan Pencapaian 2019
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca semua. Alhamdulillah, akhirnya baru sempat nak update artikel tentang pencapaian tahun 2019 dan azam untuk tahun baru 2020. Aku baru perasan sudah beberapa tahun yang aku tulis tentang Azam Tahun Baru sebenarnya. Ada azam yang tercapai dan ada yang tidak. Bagaimana dengan anda
PENCAPAIAN 2019
Untuk pencapaian, aku bahagikan kepada dua iaitu yang pahit dan manis. Aku berpendapat bahawa sesuatu yang pahit juga perlu dimasukkan dalam artikel ini sebab ia menjadikan tahun 2019 aku penuh dengan warna warni. Juga untuk ingatkan diri bahawa bukanlah perkara baik sahaja yang berlaku. Ada kalanya pasti ada perkara-perkara pahit yang terjadi
😌PAHIT
➤ KEHILANGAN TOKWAN [ Artikel : Tok Wan Meninggal Dunia ]
Kehilangan satu-satunya datuk yang masih tinggal, pada bulan Mac 2019. Satu kehilangan yang sangat besar dalam diri aku. Sampai sekarang aku masih tak percaya yang aku sudah kehilangan arwah Tok Wan aku. Tapi aku redha dengan pemergian arwah
➤ KEHILANGAN APIN [ Artikel : Kucing Peliharaan Kesayangan Garfield (Apin) ]
Kehilangan kucing peliharaan juga merupakan satu mimpi ngeri bagi setiap orang yang mempunyai haiwan kesayangan. Setelah bertahun-tahun menemani aku, akhirnya di tahun 2019 Apin meninggalkan aku dan keluarga. Satu-satunya kucing yang sangat kuat, mampu bertahan dengan penyakit-penyakit kucing lain. Tapi akhirnya mati akibat sakit tua
➤ PERPISAHAN DENGAN SAHABAT KERJA
Salah satu perkara yang tak seronok adalah perpisahan. Tambah-tambah di tempat kerja, bila mana semua orang dah satu kepala, banyak memori seronok dan sebagainya. Tapi perlu berpisah sebab aku berhijrah ke tempat lain
➤ KEWANGAN & BELAJAR
Ya, bila sambung belajar memang agak teruk sikit kewangan dan sebagainya. Banyak wang nak digunakan dan kadang-kadang kena berjimat cermat tahap Hagemaru Hageda. Tapi semuanya untuk masa depan jugak kan
😊MANIS
➽ TRAVEL [ Melaka ] [ Terengganu ] [ Lost World Tambun] [ Singapore ]
Tahun 2019 memang banyak jugak tempat yang aku travel. Yang tersenarai diatas antara tempat-tempat yang aku jelajah. Terima kasih diucapkan buat mereka yang menjemput untuk sertai Fam Trip dan juga Travel ke tempat-tempat menarik. Seronok pergi tempat orang sebenarnya ni
➽ MOTOR SENDIRI
Kalau nak tahu, azam tahun lepas adalah untuk mempunyai kereta sendiri. Tapi bila fikir balik kehidupan di Lembah Klang menggunakan kereta? Mungkin tidak berbaloi. Alhamdulillah, mempunyai motor sendiri untuk ulang alik dan berpusing-pusing di kawasan Lembah Klang sangat memudahkan
➽ PENDAPATAN SENDIRI
Antara yang aku bangga adalah bila dapat tambah pendapatan sendiri. Maksudnya disini bila setiap bulan ada pendapatan sampingan daripada berblogging. Alhamdulillah. Semoga makin berlipat ganda pendapatan sampingan ini walaupun tujuan utama berblog hanyalah untuk berkongsi cerita
AZAM TAHUN BARU 2020
🙏 ANAK YG SOLEH & BERBAKTI PADA IBU BAPA
Sementara masih ada ibu bapa, aku rasa selagi itu aku akan berbakti untuk mereka. Walaupun tahun 2019 aku agak jarang pulang ke Kulim, Kedah, tapi aku berusaha untuk berbakti untuk mereka. Di saat tiada siapa percaya dengan kebolehan aku, mereka berdualah antara yang percaya dengan kebolehan aku
🙏 TAMBAH PENDAPATAN
Macam yang aku beritahu di atas, semoga bertambah berlipat ganda pendapatan. Bukan sahaja dari blogging tapi dari segenap penjuru hidup. Semoga segala rezeki yang diberikan diberkati dan halal
🙏 DEKAT DIRI DENGAN TUHAN
Of course bila dah meningkat umur, aku merasakan macam makin jauh daripada Allah S.W.T. Semoga tahun 2020 akan mendekatkan diri dengan Tuhan, supaya dapat melakukan amalan-amalan sunat dengan lebih banyak
🙏 SIHAT
Semoga tahun 2020 akan memberikan kehidupan yang sihat, hilangkanlah segala penyakit yang ada dalam diri. Juga hidup dengan ceria, cergas dan kuat untuk hadapi cabaran
2019 Bestnine
AZAM TERDAHULU
[ 2017 - Azam Tahun Baru ]
[ 2018 - Azam Tahun Baru ]
[ 2019 - Azam Tahun Baru & Pencapaian 2018 ]
Sumber Gambar : Google Image
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aerillhassan.blogspot.com/2020/01/azam-tahun-baru-2020-dan-pencapaian-2019.html