Ptptn Kalau Pun Tidak Mampu Menepati Janji Janganlah Sampai Menzalimi




Dalam isu PTPTN yang menjadi perbualan hangat masyarakat ketika ini berikutan pengumuman badan itu untuk melaksanakan Potongan Gaji Berjadual atau PGB antara antara 2% hingga 15% kepada peminjam, dua perkara utama tidak seharusnya diabaikan oleh kerajaan sebelum membuat keputusan muktamad berkenaan dengannya.


Pertama, wujud janji yang sahih daripada Pakatan Harapan sendiri untuk mengutip bayaran daripada peminjam hanya setelah mereka mempunyai pendapatan melebihi RM4,000 sebulan.


Kedua, pinjaman PTPTN adalah sejenis hutang dan dalam apa keadaan sekali pun, ia wajib dibayar.


Dasar baru yang diumumkan oleh PTPTN untuk mengutip bayaran balik berdasarkan pendapatan dengan kadar antara 2% hingga 15% telah menimbulkan keresahan dan kecaman daripada pelbagai kelompok masyarakat, khususnya golongan peminjam sendiri.


Selain UMNO yang menjadikan ia sebagai modal serangan kepada kerajaan, Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri kira-kira setahun setengah daripada sekarang turut meluahkan kebimbangannya dan berjanji akan membangkitkan perkara itu kepada Tun Mahathir Mohamad.


Difahamkan mesyuarat kabinet hari ini akan membincangkan berkenaan PGB yang diumumkan oleh PTPTN itu serta akan membuat keputusan terbaik mengenainya.


Sesuatu yang kabinet perlu ingat dan jangan buat-buat lupa ialah janji bayaran balik setelah berpendapatan RM4,000 sebulan adalah termaktub dalam manifesto PRU13 bersama ketetapan untuk memansuhkan dasar menyenarai-hitamkan nama peminjam yang gagal membuat pembayaran.


Haruslah diingat juga bahawa janji tersebut merupakan antara penyumbang hadirnya sokongan pengundi muda kepada Pakatan Harapan dan seterusnya memberi kemenangan kepada gabungan itu menumbangkan UMNO dan BN.


Tanpa janji tersebut, meskipun ada skandal 1MDB dan Najib Razak digelar sebagai penyamun sekali pun, undi golongan muda mungkin masih berbelah-bagi dan tidak cukup mantap untuk menjelmakan kemenangan.


Sebaik menang pilihanraya, meskipun dasar senarai hitam itu telah dimansuhkan, PTPTN akhirnya tidak melaksanakan janji berhubung pendapatan RM4,000 sebulan baru diwajibkan membuat bayaran balik dengan alasan kekangan kewangan yang dihadapi oleh kerajaan.


Kita mungkin dapat memahami kekangan kewangan yang dihadapi oleh kerajaan ketika ini, tetapi dasar baru PTPTN menetapkan bayaran balik melalui PGB sebanyak 2% hingga 15% adalah jelas menzalimi peminjam yang merupakan golongan muda yang baru mahu memulakan kehidupan.


Berdasarkan dasar baru itu, mereka yang berpendapatan RM2,000 akan dipotong gajinya sebanyak 2% atau RM40 sebulan manakala yang berpendapatan RM8,000 akan ditolak 15% atau RM1,200.


Bagi yang berpendapatan RM4,000 pula, potongan yang ditetapkan ialah sebanyak 8% atau RM320.


Kadar potongan mungkin nampak kecil jika mereka berpendapatan RM2,000, tetapi dengan sendirinya menjadi besar dan membebankan jika bergaji antara RM4,000 hingga RM8,000 sebulan.


Daripada dijanjikan dikecualikan bayaran sehingga berpendapatan melebihi RM4,000 sebulan, alih-alih peminjam PTPTN kini wajib membuat bayaran balik sebanyak RM320 setiap bulan.


Tidakkah ini gila dan zalim sebenarnya?


Apa yang tinggal jika hidup di Kuala Lumpur dengan pendapatan RM4,000 sebulan tetapi dipotong RM320 atau bergaji RM8,000 dan ditolak sebanyak RM1,200?


Selain itu, dasar baru ini juga dengan sendirinya bermakna mereka yang sudah ada perjanjian untuk membuat bayaran balik mengikut kemampuan atau  sekitar RM100 dan RM150 sebulan, kini terikat dengan dasar baru yang diumumkan oleh PTPTN itu.


Dalam kita mengatakan hutang wajib dibayar oleh peminjam PTPTN sambil menyertakan petikan Al-Quran dan hadis berkaitan dengannya sebagai peringatan, haruslah juga diingat bahawa janji lebih wajib untuk ditunaikan.


Sebagaimana hutang akan dituntut di akhirat, janji juga akan dituntut di akhirat nanti, lebih-lebih lagi janji daripada pemimpin adalah yang lebih dulu dihisab di hadapan Tuhan.


Dalam kes PTPTN ini, sudahlah janji gagal ditepati, sebaliknya peminjam pula nampak dizalimi.


Berkaitan hal ini, kita kini  sedar bahawa Mazlee Malik selaku Menteri Pendidikan dan Wan Saiful Wan Jan semakin tidak layak duduk di jawatan yang mereka sandang sekarang, tetapi ketidakmampuan mereka itu tidak seharusnya menjadikan kerajaan Pakatan Harapan sebagai mangsa, dicemuh serta dianggap gagal.


Dasar PGB yang diumumkan oleh PTPTN ini adalah tanda kegagalan Pakatan Harapan dan pasti akan menyebabkan pengundi muda tidak lagi bersama Pakatan Harapan dalam PRU15 akan datang. 


Jika tanpa sokongan orang muda yang disebabkan oleh karenah Mazlee dan Wan Saiful ini, maka akan kembalilah Pakatan Harapan sebagai pembangkang semula.

Oleh itu, adalah penting bagi kerajaan untuk membuat keputusan yang bijak dan adil berkaitan PTPTN ini,  bukan saja berdasarkan hutang wajib dibayar, tetapi juga berasaskan janji manifesto Pakatan Harapan sendiri, kecualilah jika Pakatan Harapan, Tun Mahathir, Anwar dan lain-lain pemimpin Pakatan Harapan tidak kisah untuk kembali menjadi pembangkang selepas PRU15 nanti? (ShahbudinHusin 07/12/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/12/ptptn-kalau-pun-tidak-mampu-menepati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahasiswa Desak Ph Tunai Janji Ptptn

Mahasiswa Desak Ph Tunai Janji Ptptn

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 326 hits
Lebih 300 mahasiswa hari ini berarak ke Ibu Pejabat Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi bagi membantah keputusan Pakatan Harapan berkaitan pembayaran semula pinjaman dalam Bajet 2019 Exco Politik Gabungan Mahasiswa Islam Yazid Khairul Azman b...
Wan Saiful Serang Zahid Untuk Menutup Kegagalan Beliau Menunaikan Janji Pakaytan Kepada Peminjam Ptptn

Wan Saiful Serang Zahid Untuk Menutup Kegagalan Beliau Menunaikan Janji Pakaytan Kepada Peminjam Ptptn

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 379 hits
Wan Saiful Wan Jan Ahli MT Pribumi yang memohon maaf kerana kemunafikan pemimpin Pakatan Harapan memungkiri janji pilihanraya kepada peminjam PTPTN telah menyerang Presiden UMNO Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan tuduhan Dato Seri Zahid...
50 Mahasiswa Hadiri Himpunan Tuntut Janji Ptptn

50 Mahasiswa Hadiri Himpunan Tuntut Janji Ptptn

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 311 hits
Pada 17 November lalu PTPTN dilaporkan mengakui tidak mampu menangguhkan pembayaran balik pinjaman tabung itu bagi peminjam yang berpendapatan bawah RM4 000
Ptptn 300 Siswa Turun Ke Perjalanan Desak Kerajaan Ph Tunai Janji

Ptptn 300 Siswa Turun Ke Perjalanan Desak Kerajaan Ph Tunai Janji

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 309 hits
KUALA LUMPUR Lebih 300 mahasiswa hari ini turun ke jalanan bagi mendesak kerajaan Pakatan Harapan menunaikan janji berkaitan pembayaran semula pinjaman PTPTN Berpakaian serba hitam kumpulan itu memulakan perarakan pada jam 2 petang di Masji...
Tengok Isteri Lemah Keluar Banyak Darah Masa Bersalin Kuatnya Kamu Suami Belum Tentu Mampu

Tengok Isteri Lemah Keluar Banyak Darah Masa Bersalin Kuatnya Kamu Suami Belum Tentu Mampu

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 554 hits
Pengalaman bersalin bagi setiap wanita lain lain Ada yang mudah ada yang perlu melalui sakit yang lama dan bagi sesetengah kes kena czer Ibaratnya kita tak boleh nak jangka kesakitannya cuma hanya perlu sentiasa bersedia dan mendapat sokong...
Aloe Ac Clean Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature Mampu Merawat Masalah Jerawat Di Wajah

Aloe Ac Clean Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature Mampu Merawat Masalah Jerawat Di Wajah

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 293 hits
Masalah kulit berjerawat ni memang dari zaman sekolah lagi dah menghantui hidup mama Orang kata lepas bersalin jerawat confirm akan hilang tapi sama jer Hukhukhuk Umur mama dah 30an tau still ada jerawat dekat muka mama ni dah serupa remaja...
Mampu Merawat Kannser Patutlah Harga Buah Letup Letup Mencecah Sehingga 3000 Ringgit Sekilogram

Mampu Merawat Kannser Patutlah Harga Buah Letup Letup Mencecah Sehingga 3000 Ringgit Sekilogram

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 563 hits
Buat anda yang lahir di era 90 an dibesarkan di desa dan kampung buah ini merupakan buah letup yang boleh banyak didapati dengan mudah Buah letup atau dengan nama saintifik Physalis Angulata atau dipanggil juga The Cape Gooseberry ini boleh...
Kita Tidak Mampu Mengubah Hati Orang Lain

Kita Tidak Mampu Mengubah Hati Orang Lain

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 594 hits
Kita tidak mampu untuk mengubah hati orang lain untuk berbaik sangka dengan kita tetapi kita mampu mendidik hati kita untuk berbaik sangka dengan orang lain Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah
Uiam Mampu Muncul Sebagai Oxford Of Muslim Countries Dr Maszlee

Uiam Mampu Muncul Sebagai Oxford Of Muslim Countries Dr Maszlee

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 369 hits
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata pelantikannya sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia akan diguna untuk mengembalikan kegemilangan universiti itu sehingga mampu muncul sebagai Oxford of Muslim countries Beliau me...
5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku

Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Senaman Paling Mudah Tapi Paling Pelik Aku Menari Macam Ayam 10 Minit Sehari


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rutin Penjagaan Kulit Pagi Malam Untuk Kulit Bebas Cela

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Cinta Yang Menakluki

Sarapan Di Warong Laman Nurani Kuala Pilah

Kerabu Daging Salai Paling Senang Tapi Padu

Dedah Skandal Perlombongan Sabah Mr A Bimbang Keselamatan Diri