Psu 3 0 Permai Perkeso Cara Mohon Syarat Semakan Status


PSU 3.0 PERMAI PERKESO:CARA MOHON,SYARAT & SEMAKAN STATUS

Kepada majikan yang ingin membuat permohonan Subsidi Upah (PSU) 3.0 di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), permohonan bagi program tersebut telahpun dibuka bermula 19 Januari 2021.
Untuk makluman, PSU yang diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.
APA ITU PSU 3.0 PERMAI PERKESO?
PSU 3.0 telah diumumkan pelaksanaannya menerusi Belanjawan 2021 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November 2020.
PSU 3.0 PERMAI pula untuk menambah baik PSU 3.0 PERMAI bagi membantu majikan yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan PKP mulai 19 Januari 2021.
Menerusi PSU 3.0 pertama yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021, sektor pengkhususan yang terlibat dalam program ini ialah sektor pelancongan dan peruncitan sahaja.
Namun, PSU 3.0 PERMAI pula lebih menyeluruh kepada semua sektor ekonomi yang terlibat dengan pelaksanaan PKP.
TEMPOH PELAKSANAAN PSU 3.0 PERMAI PERKESO
Tempoh pelaksanaan PSU 3.0 PERMAI adalah selama 1 bulan sahaja kepada majikan yang layak dan berkuatkuasa mulai 19 Januari 2021.
Manakala tarikh akhir permohonan PSU 3.0 PERMAI adalah daripada 30 Jun 2021.
SAIZ & BILANGAN PEKERJA YANG BOLEH DITUNTUT PSU 3.0 PERMAI PERKESO
Berikut adalah saiz perusahaan dan bilangan pekerja yang boleh dituntut menerusi PSU 3.0 PERMAI :

KADAR BAYARAN PSU 3.0 PERMAI PERKESO
Kadar bayaran bagi PSU 3.0 PERMAI adalah sebanyak RM600 bagi seorang pekerja.
Jumlah ini juga adalah sama bagi PSU 3.0 yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021 yang lalu.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PSU 3.0 PERMAI PERKESO
Syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak PERKESO adalah seperti berikut:
Majikan dan pekerja mestilah mendaftar dan mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021. Majika tersebut mestilah telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2021. Pendapatan perniagaan mestilah menurun sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020/2021 berbanding bulan yang sama pada tahun 2019 sebelum pelaksanaan PKP. Tuntutan mestilah bagi pekerja yang bergaji RM4,000 ke bawah sahaja. Majikan perlu mengekalkan pekerja yang bergaji RM4,000 ke bawah dan dibenarkan mengurangkan waktu bekerja atau pengurangan gaji selepas berunding dengan pekerja terbabit. Permohonan bagi PSU 3.0 PERMAI hanya layak untuk perniagaan di negeri yang dilaksanakan PKP sahaja. SENARAI TIDAK LAYAK MOHON PSU 3.0 PERMAI PERKESO
Berikut adalah senarai majikan dan pekerja yang tidak layak memohon PSU 3.0 PERMAI PERKESO:
Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021. Majikan atau perusahaan yang mendaftar SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan dan beroperasi pada atau selepas 1 Januari 2021. Majikan yang tidak berdaftar bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri. Majikan yang bukan beroperasi dalam negeri PKP. Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000. Pekerja yang telah diberhentikan kerja. Pekerja yang telah digajikan di bawah program Penjana Kerjaya (Hiring Incentive). Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan). Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate). Majikan yang menarik diri dari permohonan PSU 3.0 selepas permohonan diluluskan oleh PERKESO. CARA PERMOHONAN PSU 3.0 PERMAI PERKESO
Majikan yang ingin memohon PSU 3.0 PERMAI PERKESO boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
Layari laman web https://prihatin.perkeso.gov.my/. Klik ‘Permohonan & Semakan’ di bahagian PSU. Klik butang ‘Permohonan Baru 3.0’ Pilih negeri perniagaan beroperasi dan klik butang ‘Halaman Seterusnya.’ Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap Muat naik dokumen sokongan Setelah siap, klik butang ‘Hantar.’ DOKUMEN SOKONGAN PSU 3.0 PERMAI PERKESO
Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik di dalam borang permohonan adalah seperti berikut:
Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan). Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja). Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank (Rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan). Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan. Akuan Pengisytiharan PSU 3.0. SEMAKAN STATUS KELULUSAN PERMOHONAN PSU 3.0 PERMAI PERKESO
Majikan akan menerima No. Rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi di laman sesawang dan boleh menyemak status permohonan menggunakan No. Rujukan yang diberikan.
Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU juga akan dipaparkan di laman web PERKESO https://www.myfuturejobs.gov.my termasuk bilangan pekerja yang diluluskan.
SOALAN LAZIM PSU 3.0 PERMAI PERKESO
Apakah yang dimaksudkan dengan maklumat Business Registration Number (BRN)?
BRN adalah maklumat nombor pendaftaran perniagaan majikan yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun semasa syarikat di bank.
Apakah maksud borang Akuan Pengisytiharan PSU3.0?
Akuan Pengisytiharan PSU3.0 adalah suatu dokumen pengesahan dan aku janji secara bertulis yang menyatakan bahawa majikan mengesah atau mengisytiharkan perkara-perkara yang terkandung di dalamnya adalah benar dan betul bagi tujuan permohonan PSU 3.0.
Apakah maksud/tafsiran gaji atau pendapatan RM4,000 ke bawah yang dimaksudkan bagi permohonan PSU ini?
Tafsiran gaji atau pendapatan adalah mengikut tafsiran gaji di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4]. Semua pembayaran berbentuk wang kepada pekerja dianggap sebagai gaji seperti gaji pokok/kerja lebih masa/komisen/bayaran-bayaran sewaktu cuti tahunan, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am dan sebagainya/elaun- elaun insentif, kelakuan baik, sara hidup dan sebagainya/caj perkhidmatan (service charge).
Adakah majikan yang telah beroperasi sebelum 1 Januari 2021 tetapi tidak berdaftar dengan PERKESO memohon PSU 3.0?
Tidak. Mana-mana majikan yang ingin mengemukakan permohonan PSU mestilah berdaftar dengan PERKESO serta SSM, PBT atau lain-lain badan professional sebelum 1 Januari 2021 dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja.
Adakah majikan perlu membayar caruman PERKESO dan SIP setelah menerima bantuan PSU?
Ya. Majikan hendaklah membayar caruman sepertimana yang telah disyaratkan di bawah Akta 4 dan Akta 800.
Bagaimanakah majikan akan dapat mengetahui sama ada permohonan PSU 3.0 telah diterima, diluluskan, atau ditolak?
Majikan akan menerima No. Rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi di laman sesawang dan boleh menyemak status permohonan menggunakan No. Rujukan yang diberikan. Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU juga akan dipaparkan di laman web PERKESO https://www.myfuturejobs.gov.my termasuk bilangan pekerja yang diluluskan.
Adakah majikan dibenarkan untuk menggunakan sebahagian daripada jumlah bantuan PSU yang telah diterima untuk membayar caruman PERKESO dan SIP bagi pihak majikan?
Tidak. Majikan tidak boleh menggunakan sebahagian bayaran PSU dan PSU 3.0 bagi tujuan syer caruman PERKESO dan SIP majikan.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk pertanyaan lanjut mengenai PSU 3.0 PERMAI, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000.
The post PSU 3.0 PERMAI PERKESO:CARA MOHON,SYARAT & SEMAKAN STATUS appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/psu-3-0-permai-perkeso.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semakan Mybpr 2021 Cara Semak Status Permohonan Bpr

Semakan Mybpr 2021 Cara Semak Status Permohonan Bpr

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 1704 hits
SEMAKAN MyBPR 2021 CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN BPR Kepada yang dah buat permohonan baharu dan anda boleh buat semakan MyBPR 2021 untuk check status permohonan Bantuan Prihatin Rakyat Bagaimanakah cara buat semakan MyBPR 2021 Setakat ini be...
Skim Pinjaman Komputer Pelajar Cara Permohonan Secara Online Semakan Syarat Kelayakan

Skim Pinjaman Komputer Pelajar Cara Permohonan Secara Online Semakan Syarat Kelayakan

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 265 hits
SKIM PINJAMAN KOMPUTER PELAJAR CARA PERMOHONAN SECARA ONLINE SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN Kepada semua pelajar IPMA termasuk KKTM MJII IKM yang ingin membuat pembelian komputer untuk kegunaan pengajian Anda boleh mohon Skim ini disediakan untuk...
Semakan Status Bpn 2 0

Semakan Status Bpn 2 0

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 327 hits
SEMAKAN STATUS BPN 2 0 Untuk makluman kepada pemohon yang baharu sahaja membuat permohonan dan juga yang membuat rayuan bermula 15 Januari 2021 anda boleh membuat semakan status BPN 2 0 Bagaimanakah cara untuk membuat semakan semakan status...
Cara Update Status Facebook Via Ios

Cara Update Status Facebook Via Ios

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 253 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Kepada pengguna iPhone yang telah update dari ios6 ke ios7 ataupun iPhone anda memang telah dilengkapi dengan ios7 anda akan dapati ketika anda update status facebook menggunakan apps facebook status anda...
Mybpr Kemaskini Semakan Status Permohonan Bpr 2021

Mybpr Kemaskini Semakan Status Permohonan Bpr 2021

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 575 hits
MyBPR KEMASKINI SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BPR 2021 APA ITU MyBPR MyBPR adalah digunakan bagi pemohon yang telah mempunyai rekod permohonan BPR 2021 untuk tujuan Kemas Kini Permohonan atau Semakan Status Permohonan atau Cetakan permohonan at...
Ibu Hamil Dan Balita Dapat Bantuan Pkh Rp3 Juta Simak Cara Dan Syaratnya

Ibu Hamil Dan Balita Dapat Bantuan Pkh Rp3 Juta Simak Cara Dan Syaratnya

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 341 hits
Bantuan ibu hamil dan balita dengan total bantuan Rp3 juta per orang dan cair pertama di bulan Januari 2021 merupakan Program Keluarga Harapan dari Kementerian Sosial RI Ibu hamil dan balita menjadi tergat dari penyaluran PKH selain itu sis...
Cara Terbaik Untuk Atasi Masalah Kurang Keyakinan Diri Adalah Dengan Dapatkan Bantuan Seorang Coach

Cara Terbaik Untuk Atasi Masalah Kurang Keyakinan Diri Adalah Dengan Dapatkan Bantuan Seorang Coach

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 482 hits
Apa cara mudah nak tahu samada anda punya masalah kurang keyakinan diri Ramai yang tak sedar dia ada masalah kurang keyakinan diri Anda mungkin salah seorang darinya Bila anda tak The post appeared first on
Cara Mudah Membersihkan Dan Menghilangkan Bau Pipis Kucing

Cara Mudah Membersihkan Dan Menghilangkan Bau Pipis Kucing

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 254 hits
Gunakan beberapa cara mudah ini untuk membersihkan dan menghilangkan bau pipis kucing
Ada Blt Umkm Rp2 4 Juta Dari Pemerintah Begini Cara Lihat Daftarnya

Ada Blt Umkm Rp2 4 Juta Dari Pemerintah Begini Cara Lihat Daftarnya

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 347 hits
Pemerintah kembali bagikan Bantuan Langsung Tunai untuk para pelaku usaha kecil dan menengah terdampak Covid 19 pada 2021 Adapun besaran bantuan tersebut adalah senilai Rp2 4 juta Bantuan tersebut akan disalurkan melalui program Bantuan Pre...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa