Psm Dakwa Kdn Keluar Pekeliling Larang Sertai Perhimpunan


B Nantha Kumar       
Anggota Jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan mempersoalkan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang didakwa memberi amaran kepada syarikat pengawal keselamatan agar melarang pekerja mereka menyertai perhimpunan menuntut jaminan kerja tetap untuk pekerja kontrak di sekolah kerajaan.

Arutchelvan berkata beliau terkejut apabila KDN mengeluarkan amaran tersebut sedangkan memorandum disediakan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Minggu lalu, kumpulan Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan mendapat persetujuan daripada KPM untuk mengadakan perhimpunan aman ini dan seterusnya menyerahkan memorandum bagi menyuarakan keluhan pekerja kontrak untuk perhatian mereka.

"Tetapi, KDN pula (didakwa) mengeluarkan pekeliling yang ditandatangani individu bernama Muhamad Ghazali Mamat (daripada jabatan keselamatan KDN) mengarahkan syarikat tidak membenarkan pengawal keselamatan mengikuti perhimpunan berkenaan," katanya kepada Malaysiakini.

Apa yang menjadi persoalan, kata Arutchelvan, ialah kenapa KDN mengeluarkan arahan berkenaan dan mempersoalkan sama ada ia satu tindakan sabotaj.
ArutchelvanTerdahulu, KDN didakwa mengeluarkan pekeliling bertarikh 30 Januari dan ditujukan kepada Presiden Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) Mustapa Ali.

Melalui pekeliling itu KDN mengarahkan syarikat kawalan keselamatan untuk tidak membenarkan pengawal mereka mengikuti perhimpunan berkenaan.

Pekeliling itu juga menyatakan syarikat yang membekal pengawal keselamatan kepada kerajaan bertanggungjawab memastikan pekerja berkelakuan baik, bertatatertib, mematuhi peraturan dan tidak melakukan perbuatan buruk, salah laku atau menyalahi undang-undang semasa dalam kontrak perkhidmatan.

Arutchelvan mendakwa pekeliling itu telah menjejaskan kehadiran perhimpunan itu.

"Kami terima banyak panggilan telefon daripada pengawal yang berkata mereka tak dapat hadir kerana telah diberi amaran. Yang hadir pula risau jika mereka akan dibuang kerja," katanya.

Namun beliau berkata peserta perhimpunan berjaya menyerahkan memorandum kepada pegawai kementerian.

'Maszlee kena jawab'

Arutchelvan berkata ia bertentangan dengan pendirian kerajaan berhubung perhimpunan aman dan menggesa Menteri Pendidikan Maszlee Malik untuk menjawab perkara itu.

"Maszlee selalu kata bahawa sedia berjumpa dengan sesiapa sahaja. Jadi, kenapa perhimpunan ini dihalang?

"Apa yang cuba dibuat oleh Kerajaan PH?" soalnya.

Malaysiakini telah menghubungi Kementerian Pendidikan dan Kementerian Dalam Negeri untuk mengulas tentang larangan itu.

Arutchelvan berkata masalah yang dihadapi pekerja kontrak di sekolah kerajaaan memerlukan perhatian perhatian segera.

"Sebagai contoh, kalau dulu pengawal keselamatan berkerja dua syif dengan gaji purata antara RM1,800 hingga RM2,000 sebulan.

"Sekarang, ia menjadi tiga syif dan kebanyakan syarikat keselamatan memaksa pegawal keselamatan yang berkerja pada syif pagi bertugas pula pada syif malam dengan gajinya dikurangkan antara RM1,100 hingga RM1,200.

"Nasib yang sama dihadapi oleh pekerja-pekerja kontrak yang kerja sebagai tukang cuci di sekolah," katanya lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/psm-dakwa-kdn-keluar-pekeliling-larang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keluar Umno Sertai Warisan

Keluar Umno Sertai Warisan

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 285 hits
KOTA KINABALU 25 Jan Selepas meninggalkan UMNO 12 Dis lepas Anggota Dewan Undangan Negeri Tempasuk Datuk Musbah Jamli akhirnya mengumumkan hala tuju politiknya dengan menyertai Parti Warisan Sabah Musbah menyerahkan borang keanggotaan
Ini Ucapan Syukur Yang Tidak Patut Keluar Dari Mulut Seorang Pengantin Lelaki Buat Ramai Kec4m

Ini Ucapan Syukur Yang Tidak Patut Keluar Dari Mulut Seorang Pengantin Lelaki Buat Ramai Kec4m

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 488 hits
Pengalaman bernikah sememangnya detik yang indah bagi pasangan yang sedang bercinta Detik ini kini selalu dikongsi di laman sosial sebagai kenang kenangan Namun melalui laman instagram seorang pengantin lelaki dilihat memberi ucapan yang am...
Baru Sebulan Keluar Penjara Charles Nangis Ditangkap Polisi Usai Mencuri

Baru Sebulan Keluar Penjara Charles Nangis Ditangkap Polisi Usai Mencuri

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 229 hits
Baru Sebulan Keluar Penjara Charles Nangis Ditangkap Polisi Usai Mencuri Baru sebulan bebas mereka sudah mengulangi perbuatannya Bermodalkan linggis obeng dan kunci lettet L keduanya menggasak sejumlah barang berharga Antara lain perhiasan ...
Operasi Tarik Keluar Kereta Terhumban Ke Laut Ditangguh

Operasi Tarik Keluar Kereta Terhumban Ke Laut Ditangguh

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 305 hits
Operasi membawa keluar sebuah kenderaan utiliti sukan yang terhumban ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang terpaksa ditangguhkan hari ini berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan dan akan disambung esok Komander Polis Marin Wilayah...
Ohzarina Suami Kerap Keluar

Ohzarina Suami Kerap Keluar

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 433 hits
Isteri yang memahami cara memikat suami ini sudah tentu keadaan hidupnya lebih mudah dan bahagia Oleh itu penting untuk isteri isteri benar benar faham akan suami mereka sebagai cara pikat suami yang paling ampuh Buatlah seperti yang disuka...
Hanya 6 Jahanam Berani Keluar Umno Abdul Latiff

Hanya 6 Jahanam Berani Keluar Umno Abdul Latiff

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 342 hits
MALAYSIAKINI Hanya kumpulan anggota parlimen yang digelar enam jahanam sahaja yang berani mengambil tindakan keluar daripada BN dan menjadi MP Bebas Perkara itu dinyatakan salah seorang dari wakil kumpulan itu yang juga MP Mersing Dr Abdul ...
Adik Kandung Bantah Ahok Bakal Menikah Usai Keluar Bui

Adik Kandung Bantah Ahok Bakal Menikah Usai Keluar Bui

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 289 hits
Sebelumnya Ketua DPRD DKI yang juga sahabat Ahok Prasetio Edi Marsudi mengatakan Ahok akan menikah pada 15 Februari mendatang Tanggal 15 Februari nikahnya nanti saya saksi juga kata Pras saat dihubungi
Ramai Setuju Kerajaan Tetapkan Had Masa Keluar Malam Bagi Remaja Bawah 18 Tahun

Ramai Setuju Kerajaan Tetapkan Had Masa Keluar Malam Bagi Remaja Bawah 18 Tahun

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 519 hits
Ramai Setuju Kerajaan Tetapkan Had Masa Keluar Malam Bagi Remaja Bawah 18 Tahun Mungkin satu berita baik yang dah lama ditunggu tunggu oleh ibu bapa Kerajaan dan pihak berkuasa sedang mempertimbangkan kemungkinan menetapkan had masa atau cu...
Semak Nombor Bilangan Pemilih Sebelum Keluar Mengundi Spr

Semak Nombor Bilangan Pemilih Sebelum Keluar Mengundi Spr

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 376 hits
CAMERON HIGHLANDS Suruhanjaya Pilihan Raya meminta pengundi pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands 26 Januari ini membuat semakan maklumat daftar pemilih lebih awal sebelum hari pengundian terutama berkaitan nombor bilangan pemilih Penge...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Risau Kalau Terlambat Bertemu Jodoh Mungkin Jodohmu Masih Belum Lahir

Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun