Psikologi Ibu Bantu Pengeluaran Susu Lancar Jika Asyik Cakap Susu Sikit Memang Tak Berjaya


Kebanyakan ibu berhasrat untuk menyusukan anak secara eksklusif. Namun ada ketikanya impian itu tak kesampaian sehingga ibu asyik cakap susu sikit, takut anak lapar.
Bagi mengelakkan keadaan ini berlaku, persediaan awal penting supaya dapat melancarkan proses penyusuan selepas melahirkan anak. Antaranya ialah:
#1 Yakin boleh menyusu sepenuhnya
Perkara utama adalah yakin bahawa puan boleh menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu. Yakin yang susu sentiasa cukup untuk bayi, seolah-olah tiada pilihan lain selain menyusukan bayi secara eksklusif. Hasil kajian mendapati 80% kegagalan ibu menyusu secara eksklusif adalah kerana faktor psikologi ibu sendiri yang kurang yakin susu adalah cukup untuk bayi terutamanya di awal kelahiran di saat susu matang belum dihasilkan.
#2 Fahami proses penghasilan susu ibu
Adalah sangat penting untuk puan faham tentang bagaimana susu ibu dihasilkan. Lebih tinggi pemahaman tentang bagaimana tubuh bertindak dalam penghasilan susu ibu, lebih tinggi peluang untuk berjaya menyusu bayi sepenuhnya dengan susu ibu. 95% daripada ibu yang melahirkan anak boleh menyusu sebaik kelahiran. Punca kebanyakan ibu yang beranggapan susu tidak ada adalah disebabkan kurangnya ilmu tentang fisiologi susu ibu itu sendiri. Bila tidak faham, puan akan mudah mengalah. Puan boleh mula buat pembacaan, menghadiri seminar tentang susu ibu atau menyertai Kumpulan Sokongan Susu Ibu bagi mendapatkan informasi dan fakta yang tepat tentangnya. Adalah sangat baik jika suami ikut serta belajar tentang ilmu penyusuan. Hal ini kerana untuk berjaya menyusu, sokongan daripada suami dan keluarga adalah sangat penting.
#3 Mulakan di awal kelahiran
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang disusukan dengan susu ibu seawal empat jam pertama sejurus lepas kelahiran adalah lebih mudah untuk berjaya menyusu berbanding bayi yang lambat memulakan penyusuan pertama. Sebelum kelahiran bayi, bincang bersama doktor tentang pelan kelahiran. Nyatakan hasrat puan mahu menyusukan bayi hanya dengan susu ibu seawal kelahiran untuk mengelakkan bayi diberi susu formula di hospital yang boleh menyebabkan masalah lain seperti keliru puting.

#4 Sentuhan kulit-ke-kulit
Puan juga boleh meminta untuk melakukan sentuhan kulit-ke-kulit iaitu dengan meletakkan bayi di atas dada, keduanya tanpa pakaian sejurus selepas kelahiran.  Apabila bayi berada dalam pelukan puan, bayi akan tenang lalu memudahkan proses lekapan penyusuan pertama. Sentuhan kulit-ke-kulit juga boleh dilakukan ketika bayi dalam pantang atau semasa dia mempunyai masalah untuk menyusu secara langsung. Sentuhan kulit-ke-kulit dapat membantu meningkatkan hormon oksitosin untuk pengeluaran susu ibu yang lebih banyak.
#5 Menyusu mengikut keperluan bayi
Paling penting menyusulah mengikut permintaan iaitu keperluan bayi menyusu ketika di dalam pantang. Jangan menyusu mengikut jam. Susukan bayi bila-bila masa diperlukan. Kenal pasti tanda-tanda awal bayi menyusu seperti mulut kelihatan seperti mengunyah atau mengalihkan kepala ke kiri dan kanan. Tujuannya membolehkan puan menyusukan bayi secepat mungkin sebelum dia mula menangis. Jika bayi sudah mula menangis, dia bayi sahaja lapar tetapi dalam keadaan marah. Situasi ini akan menyukarkan proses pelekapan dan penyusuan bayi.
#6 Teknik pelekapan yang betul
Pastikan bayi melekap dengan betul pada bahagian tampok hitam (areola), bukan menghisap di bahagian puting. Mulut bayi mesti ternganga luas dan aerola dimasukkan ke dalam mulut hampir sepenuhnya. Jika teknik lekapan tidak betul, susu tidak dapat dikeluarkan dengan sepenuhnya sekali gus boleh menyebabkan masalah bengkak susu dan puting melecet. Sabar dan beri masa untuk bayi belajar melekap dengan betul. Bulan pertama menyusu adalah masa pembelajaran untuk bayi. Bayi akan dapat menguasai teknik menyusu dengan betul apabila masuk ke bulan berikutnya. Apabila bayi melekap dengan betul dan menghisap secara efektif hingga payudara kosong sepenuhnya, ia akan membantu lebih banyak susu dihasilkan.
#7 Bantuan pakar laktasi
Dapatkan bantuan pakar laktasi atau Persatuan Sokongan Ibu Menyusu untuk membantu dalam isu-isu yang berkaitan penyusuan. Sokongan adalah sangat diperlukan untuk membina keyakinan ibu agar berjaya menyusu sepenuhnya dengan susu ibu.
The post Psikologi Ibu Bantu Pengeluaran Susu Lancar. Jika Asyik Cakap Susu Sikit Memang Tak Berjaya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/psikologi-ibu-bantu-pengeluaran-susu-lancar-jika-asyik-cakap-susu-sikit-memang-tak-berjaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Medal Untuk Anak Ibu Sambil Kayuh Fikir Aafiyah Nak Susu Ds Siti Berjaya Berbasikal 72km

Medal Untuk Anak Ibu Sambil Kayuh Fikir Aafiyah Nak Susu Ds Siti Berjaya Berbasikal 72km

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 601 hits
Istimewanya anak di hati Datuk Sri Siti Nurhaliza hinggakan medal yang dimenangi juga adalah untuknya Datuk Sri Siti Nurhaliza memang gemar berbasikal Beliau seringkali memuatnaik posting aktiviti berbasikalnya Minat ini juga turut dikongsi...
Nampak Mak Tak Acap Mak Kat Sini Jalan Sikit Lagi Sebak Rintihan Ibu Rayu Acap Pulang

Nampak Mak Tak Acap Mak Kat Sini Jalan Sikit Lagi Sebak Rintihan Ibu Rayu Acap Pulang

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 499 hits
Nampak Mak Tak Acap Mak Kat Sini Jalan Sikit Lagi Sebak Rintihan Ibu Rayu Acap Pulang Esok masuk hari kesepuluh kehilangan Mohamad Ashraf atau dikenali sebagai Acap Peserta acara larian denai Gopeng Ultra yang bermula di Gua Tempurung Gopen...
Comelnya Aafiyah Bertudung Sekali Tengok Seiras Datuk K Barulah Adil Sikit Muka Ibu Ayah

Comelnya Aafiyah Bertudung Sekali Tengok Seiras Datuk K Barulah Adil Sikit Muka Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 286 hits
Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi beberapa keping foto anaknya Siti Aafiyah di akaun Instagram dengan memakai tudung Menerusi entri tersebut ramai yang geram melihat kecomelan Aafiyah dengan mimik mukanya terse...
Dulu Dia Tak Faham Satu Apa Pun Saya Cakap Kini Aiman Suka Membebel Tip Ibu Anak Autisme Yang Mama Wajib Praktis

Dulu Dia Tak Faham Satu Apa Pun Saya Cakap Kini Aiman Suka Membebel Tip Ibu Anak Autisme Yang Mama Wajib Praktis

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 448 hits
Menunggu hari demi hari untuk anak autisme kita bercakap memang menyukarkan Malah penuh emosi Jangan paksa si kecil anda kerana mereka perlukan masa untuk memahami ayat dan mengumpul perkataan Jangan paksa tetapi kita tetapi boleh praktiska...
Bayi Breastmilk Jaundice Kuning Lambat Turun Teruskan Susu Ibu Jangan Panik Bagi Susu Formula

Bayi Breastmilk Jaundice Kuning Lambat Turun Teruskan Susu Ibu Jangan Panik Bagi Susu Formula

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 627 hits
Breastmilk jaundice atau kuning kerana susu ibu terus susukan dengan susu ibu Jangan panik terikut cadangan orang lain untuk tukar ke susu formula Perkongsian Pakar Pediatrik ini memberikan panduan kepada ibu bapa yang baru menyambut cahaya...
Mengidam Sangat Sangat Nak Naik Bas Comel Betul Bila Hajat Ibu Sarat Mengandung Ini Berjaya Ditunaikan

Mengidam Sangat Sangat Nak Naik Bas Comel Betul Bila Hajat Ibu Sarat Mengandung Ini Berjaya Ditunaikan

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 406 hits
Mengidam Sangat Sangat Nak Naik Bas Comel Betul Bila Hajat Ibu Sarat Mengandung Ini Berjaya Ditunaikan Apa permintaan isteri korang paling pelik pernah dia minta masa dia mengandung Sebelum ni ada yang sampai minta nak naik kapal UFO Aduh m...
Siapa Cakap Ibu Mengandung Tak Perlu Pakai Tali Keledar Keselamatan Ikut Cara Yang Betul Ini

Siapa Cakap Ibu Mengandung Tak Perlu Pakai Tali Keledar Keselamatan Ikut Cara Yang Betul Ini

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 1126 hits
The ReporterSiapa cakap ibu mengandung tak perlu pakai tali keledar keselamatan Jika ada mungkin anda perlu membaca penjelasan daripada doktor ini ya kerana keselamatan ibu mengandung dan kandungannya adalah wajib diutamakan lebih lebih lag...
7 Khasiat Susu Badam Untuk Ibu Hamil Ia Ternyata Bagus Bagi Janin Anda Juga

7 Khasiat Susu Badam Untuk Ibu Hamil Ia Ternyata Bagus Bagi Janin Anda Juga

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 387 hits
Apakah khasiat susu badam dan sesuaikah susu badam diambil oleh wanita mengandung Jika seseorang mempunyai alahan terhadap kacang soya atau gluten maka susu badam merupakan pengganti terbaik Segelas susu badam mempunyai vitamin dan mineral ...
Tepung Gomak Omak Den Warisan Ibu Maria Ni Memang Sedap Melampau

Tepung Gomak Omak Den Warisan Ibu Maria Ni Memang Sedap Melampau

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 621 hits
Resipi kuih tradisi tepung gomak ni ada banyak versi Tapi min paling suka dengan versi ini kerana ada ubi keledek rebus dimasukkan juga ke dalam tepung atau kulit tepung gomak Hasilnya memang sedap melampau Ada sesetengah resipi hanya mengg...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025