Pru15 Calon Umno Mesti Penuhi Ciri W A L I


mykmu.net04/10/2022

PRU15: Calon UMNO Mesti Penuhi Ciri “W A L I”

Calon UMNO yang bertanding dengan tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu memenuhi kriteria “WALI” — “winnability” (boleh menang), “acceptibility” (kebolehterimaan) dan “likeability” (disenangi), kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, setiap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dikehendaki mengemukakan senarai calon kepada “Top Five” UMNO dan proses rundingan bagi pemilihan calon UMNO akan bermula Isnin depan

“Siapa sahaja yang memenuhi kriteria ini (WALI) akan menjadi calon UMNO yang mewakili BN, tiada kluster-kluster,” katanya dalam sidang media selepas perjumpaan bersama lebih 700 perwakilan bahagian dan sayap melibatkan 191 bahagian UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.

Dalam pertemuan lebih sejam itu yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid berkata, ia antara amanat yang disampaikannya dalam perjumpaan bersama pimpinan UMNO bahagian itu hari ini, selain kesiapsiagaan parti itu bagi menghadapi PRU15.

Mengulas kritikan terhadap pendirian UMNO untuk mengadakan PRU15 dalam tahun ini, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, UMNO komited pilihan raya itu perlu dilaksanakan sebelum musim banjir.

“Kita hargai bantahan kerana mereka tak bersama dalam komponen BN, maka mereka juga perlu menghormati pendirian yang ada pada UMNO…PRU15 wajib diadakan tahun ini,” katanya.

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 30 September lepas memutuskan supaya PRU15 diadakan pada tahun ini dan susulan itu, Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Mengenai cadangan mempersembahkan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong oleh Perdana Menteri (PM), Ahmad Zahid berkata, parti tidak mempunyai kuasa untuk menentukannya sebaliknya terpulang kepada perbincangan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

“PM mempunyai kuasa mutlak setelah mendapat mandat daripada Jemaah Menteri untuk menghadap Agong dan menasihati Agong bagi penentuan tarikh pembubaran Parlimen.

“Kita menghormati kuasa PM. Bila pun, kita menghormati, seboleh-bolehnya (kalau boleh) semalam (mahu PM menghadap Agong),” katanya

 – BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/pru15-calon-umno-mesti-penuhi-ciri-w-l-i.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Umno Tidak Terancam Dengan Calon Melayu Dap

Pru15 Umno Tidak Terancam Dengan Calon Melayu Dap

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 203 hits
UMNO tidak melihat hasrat DAP untuk meletakkan lebih ramai calon Melayu pada Pilihan Raya Umum ke 15 sebagai satu ancaman Ini kerana semua parti tidak boleh lagi berselindung di sebalik kelemahan masing masing kerana semuanya pernah menjadi...
Pru15 Umno Kelantan Serah Senarai Calon Pada Isnin

Pru15 Umno Kelantan Serah Senarai Calon Pada Isnin

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 253 hits
UMNO Kelantan akan menyerahkan senarai nama calon yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke 15 kepada Presiden Parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin Pengerusi Badan Perhubungan UM
Umno Mahu Pru15 Diadakan Tahun Ini Juga Pm Digesa Menghadap Agong Tentukan Tarikh

Umno Mahu Pru15 Diadakan Tahun Ini Juga Pm Digesa Menghadap Agong Tentukan Tarikh

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 196 hits
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno yang berlangsung pada malam tadi memutuskan pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke 15 diadakan pada tahun ini juga Perdana Menteri Datuk Seri Is...
Kesiannya Presiden Umno Ni Tak Habis2 Merengek Nak Pru15 Segera

Kesiannya Presiden Umno Ni Tak Habis2 Merengek Nak Pru15 Segera

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 179 hits
Meskipun jika PRU15 diadakan pada musim tengkujuh Ismail Sabri Yaakob selaku perdana menteri sementara masih mempunyai kuasa dan melaksanakan tugas rasmi termasuk untuk menangani banjir kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Menurut pengerus...
Gempak Umno Putuskan Pru15 Rafizi Sekolah Top 5 Umnos

Gempak Umno Putuskan Pru15 Rafizi Sekolah Top 5 Umnos

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 175 hits
Malam ini UMNO bermesyuarat untuk memaksa Perdana Menteri memanggil pilihanraya walaupun semua ramalan cuaca memberi amaran mengenai bencana banjir yang akan tiba Saya berharap ada satu dua pimpinan UMNO yang berfikir mengenai perasaan dan ...
Zaharin Jawab Selepas Dipecat Tiada Kesan Apa Sebab Umno Akan Berkubur Lepas Pru15

Zaharin Jawab Selepas Dipecat Tiada Kesan Apa Sebab Umno Akan Berkubur Lepas Pru15

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 134 hits
Selepas dipecat sebagai ahli parti Ketua Cawangan Umno Projek Perumahan Awam Sri Labuan Zaharin Mohd Yasin berkata Umno akan berkubur selepas PRU15 nanti Pemecatan beliau katanya tidak akan memberi kesan kepadanya sebaliknya ia sebagai plat...
Pru15 Segera Ku Li Bimbang Umno Kalah Teruk

Pru15 Segera Ku Li Bimbang Umno Kalah Teruk

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 171 hits
Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah menzahirkan kebimbangan parti itu akan kalah teruk jika berterusan mendesak kerajaan membubar Parlimen dalam masa terdekat bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke 15 Tengku Razaleigh atau Ku Li b...
Ego Umno Jom Membajiri Undi Di Pru15

Ego Umno Jom Membajiri Undi Di Pru15

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 222 hits
What is govt trying to prove in holding GE15 this year It is crystal clear now Umno has decided via its supreme council to dissolve Parliament in order to pave way for the 15th general election to be held this year What message does Umno in...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah