Pru 15 Selepas Skandal Kapal Lcs Terbongkar Bn Tak Yakin Tubuh Kerajaan Sendirian


agendaily.com14/08/2022Projek pembinaan enam kapal tempur pesisir pantai bernilai lebih RM9 bilion dimulakan kerajaan Barisan Nasional/UMNO pada 2011 tetapi sehingga 2022 sebuah pun belum siap lagi walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6 bilion.
Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan dilihat tidak yakin gabungan parti itu mampu menubuhkan kerajaan sendiri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang, walaupun kekal menyatakan mereka akan bertanding secara solo.

Ini berdasarkan kenyataan terbaharu beliau semalam bahawa BN bersedia berunding dengan parti lain bagi menubuhkan kerajaan jika gabungan itu gagal menubuhkan kerajaan secara sendirian.

Memetik Bernama pada Pelancaran Jentera PRU-15 BN Negeri Terengganu di Pantai Penunjuk, di Kijal, Terengganu, semalam, Timbalan Presiden UMNO itu berkata:

“Selepas pilihan raya kami tengoklah, kalau menang dan dapat tubuh sendiri kerajaan…alhamdulillah. Jika tidak, keputusan parti akan tentukan dengan siapa kami perlu berunding untuk bentuk kerajaan yang mantap.”

Kenyataan beliau menyusul tatkala BN dan UMNO sekarang ini berdepan skandal kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang diberikan kepada sebuah syarikat pada 2011 ketika gabungan itu memerintah.

Sebelum ini, BN dan UMNO telah dikaitkan dengan skandal kewangan terbesar dalam sejarah dunia melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), hingga Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN ketika itu Datuk Seri Najib Razak diheret ke mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara dan denda setelah didapati bersalah.

Skandal 1MDB yang memalukan negara pada mata dunia dan dikaitkan dengan Najib serta kroni-kroninya telah menumbangkan BN pada PRU-14 lalu.

Najib juga sekarang ini berdepan beberapa lagi tuduhan, termasuk menyalahgunakan kuasa, ketika mengetuai BN dan UMNO memerintah negara.

Beberapa pemimpin BN yang lain, termasuk Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga sekarang ini berdepan puluhan tuduhan jenayah, termasuk rasuah yang diterima ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri sebelum ini.

Skandal terbaharu kapal LCS meletus apabila pada 4 Ogos lalu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan lebih RM6 bilion wang rakyat telah diberikan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) untuk projek pembinaan enam kapal itu, yang keseluruhannya bernilai lebih RM9 bilion.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata BBNS telah membelanjakan semua RM6 bilion yang diberikan kerajaan untuk pembinaan enam kapal LCS itu.

Untuk rekod, kontrak pembekalan enam kapal LCS itu diberikan ketika BN/UMNO memerintah iaitu bermula dengan surat anugerah pada 2011 disusuli penyerahan kontrak kepada BNS pada 2014.

Semua kapal itu sepatutnya diserahkan tahun ini dan 2023, tetapi sehingga kini bukan sahaja tidak diserahkan sebaliknya sebuah LCS pun belum lagi siap sedangkan RM6 bilion telah diberikan oleh kerajaan semata-mata untuk BNS melaksanakan projek itu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berpendapat skandal kapal LCS bernilai berbilion-bilion ringgit itu akan menjadi ‘ribut yang sempurna’ yang boleh menjatuhkan BN pada PRU-15 akan datang.

Beliau berkata skandal terbaharu membabitkan projek bernilai RM9 bilion akan timbul dan memberi impak besar menjelang PRU-15 yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

“Mereka yang bertanggungjawab dalam dakwaan salah urus dana awam dalam skandal LCS adalah pemimpin utama UMNO serta mereka di bawah BN.

“Isu skandal LCS yang terbongkar baru-baru ini akan menarik ribut yang akan menumbang dan menjatuhkan UMNO-BN sekali lagi dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang,” kata Hassan lagi.

Bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, dan bekas timbalannya, Liew Chiw Tong, pula membangkitkan persoalan amat penting dalam kenyataam bersama mereka sebelum ini, iaitu sama ada Najib telah merancang dari awal lagi untuk menggunakan dana projek LCS bagi membayar hutang lapuk projek kapal ronda generasi baharu (NGPV)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/pru-15-selepas-skandal-kapal-lcs.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Lagi Satu Skandal Besar Selepas Lcs Dedah Ketua Pemuda Pas

Ada Lagi Satu Skandal Besar Selepas Lcs Dedah Ketua Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 262 hits
agendaily com08 08 2022Ketua Pemuda PAS dan Perikatan Nasional Ahmad Fadhli Shaari Selepas pendedahan skandal enam kapal tempur pesisir bernilai RM9 bilion yang gagal disiapkan sehingga sekarang bakal terdapat satu lagi pendedahan yang akan...
Skandal Lcs Tldm Minta Kapal Perang Tapi Dapat Kapal Ronda

Skandal Lcs Tldm Minta Kapal Perang Tapi Dapat Kapal Ronda

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 277 hits
SHAH ALAM Timbalan Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia Kapten Mohd Yahya menyifatkan penyelewengan berhubung projek kapal tempur pesisir pantai seolah olah mempermainkan sistem pertahanan dan keselamatan neg...
Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Siasat Skandal Bina Kapal

Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Siasat Skandal Bina Kapal

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 107 hits
Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja siasat skandal bina kapalPosted By on August 07 2022Skandal pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua Littoral Combatant Ship sebagaimana di dedahkan dalam laporan Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara baru baru ...
Rci Tak Ada Kuasa Tiada Taring Tiada Kuku Apa Lagi Nak Siasat Skandal Kapal Tempur Lcs

Rci Tak Ada Kuasa Tiada Taring Tiada Kuku Apa Lagi Nak Siasat Skandal Kapal Tempur Lcs

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 153 hits
Untuk apa tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja kalau tidak ada kuasa tidak ada taring untuk siasat penyelewengan dan skandal yang ada Malah apa perlunya RCI ditubuhkan untuk siasat penyelewengan skandal Kapal Tempur Pesisir Pantai jika ha
Kalau Gagal Tubuh Rci Kapal Lcs Lebih Baik Hishamuddin Letak Jawatan

Kalau Gagal Tubuh Rci Kapal Lcs Lebih Baik Hishamuddin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 127 hits
Lebih baik bagi Datuk Seri Hishamuddin Hussein meletakkan jawatan sebagai Menteri Pertahanan sekiranya gagal untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat skandal Kapal Tempur Pesisir Malah kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri
Skandal Lcs Mat Maslan Kata Tak Rasa Umno Akan Kalah Dalam Pru 15

Skandal Lcs Mat Maslan Kata Tak Rasa Umno Akan Kalah Dalam Pru 15

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 254 hits
agendaily com11 08 2022Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan Walaupun nama beberapa pemimpin utama UMNO sekali lagi terpalit dalam skandal kapal tempur pesisir Datuk Seri Ahmad Maslan tidak merasakan ia akan dapat menumbangkan UMNO ...
Selepas Skandal Lcs Isu Beli Meriam Howitzer Tak Ikut Kehendak Atm Pula Timbul

Selepas Skandal Lcs Isu Beli Meriam Howitzer Tak Ikut Kehendak Atm Pula Timbul

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 118 hits
Selepas skandal kapal perang pesisir LCS bernilai RM9 billion terbongkar dan terkini pembelian senjata meriam Howitzer secara rundingan terus tidak mengikut kehendak pihak Angkatan Tentera Malaysia pula timbul Bahkan ada di antara pembelian...
Hishammuddin Yakin Kapal Pertama Lcs Akan Siap Setahun Dua

Hishammuddin Yakin Kapal Pertama Lcs Akan Siap Setahun Dua

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 106 hits
freemalaysiatoday com August 8 2022 11 20 AMHishammuddin Hussein berkata tiada sebuah pun kapal LCS diserahkan kepada kerajaan sehingga kini walaupun RM6 08 bilion sudah dibayar kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd KUALA LUMPUR Menteri Ka...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Lunch Di Restoran Saffani Ipoh Perak

Mentafsir Pilihan Raya Kecil Kkb

Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms