Pru 15 Mungkin September Ph Mesti Mula Kempen




PRU 15 mungkin September, PH mesti mula kempenPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: June 22, 2022
SharePilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang dijangkakan oleh penganalisis politik akan berlaku pada tahun 2022 ini memerlukan kempen politik dilakukan dalam masa terdekat.
Bagi Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, menyedari semakin suntuknya waktu berkempen maka pasukan Ayuh Malaysia yang diwujudkan beliau untuk membantu membawa perubahan politik dalam negara akan memulakan kempen seawal Julai ini.
“Saya akan mula berkempen secara tersusun setiap minggu bermula 1 Julai sebagai persediaan menghadapi PRU15. Jangkaan saya Dewan Rakyat akan dibubarkan pada Ogos atau September 2022 untuk membolehkan Bajet 2023 dibentangkan oleh kerajaan baru,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kata Rafizi lagi, tumpuan kempen Ayuh Malaysia adalah pertama, untuk meyakinkan pengundi tegar KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) di kerusi-kerusi utama yang perlu dipertahankan; Kedua, pengundi Atas Pagar yang akan mengundi di kerusi-kerusi utama yang perlu dipertahankan dan Ketiga, pengundi kali pertama dari kalangan pengundi muda bawah 25 tahun dan mereka yang tidak pernah mengundi di kerusi-kerusi utama.
“Saya berpendapat KEADILAN dan PH boleh menjadi blok terbesar di Dewan Rakyat selepas PRU 15 sekiranya jumlah pengundi tegar pelbagai bangsa yang sebelum ini keluar mengundi KEADILAN dan PH dapat ditingkatkan untuk mencecah 70% jumlah keluar mengundi,” ujarnya
Selain itu, beliau berpendapat PH juga berpotensi memenangai pilihan raya sekiranya berjaya memikat kembali 5% daripada pengundi Atas Pagar yang beralih sokongan selepas PRU14 lalu untuk kembali mengundi gabungan itu.
Beliau juga berharap KEADILAN dan PH akan berjaya merebut 30% sokongan daripada jumlah pengundi kali pertama pelbagai kaum.
“Saya akan berkempen menggunakan pentas Ayuh Malaysia memandangkan tahap kelesuan pengundi terhadap parti-parti sedia ada amat tinggi.
“Kempen akan bermula dengan satu latihan peringkat nasional kepada sukarelawan-sukarelawan Ayuh Malaysia yang akan diadakan pada hari Sabtu, 2 Julai 2022 dari jam 2 petang ke 5 petang di Kuala Lumpur.
“Kami meletakkan sasaran 30,000 sukarelawan dari seluruh negara untuk berkempen bagi KEADILAN dan PH di kerusi-kerusi marginal.
“Latihan peringkat nasional akan memberi tugasan dan latihan kepada sukarelawan-sukarelawan dalam bidang khusus seperti Ejen Tempat Mengundi (PACA), kempen rumah ke rumah, kempen menelefon pengundi dan kempen media sosial,” katanya.
Justeru, calon Timbalan Presiden KEADILAN itu menjemput seberapa ramai rakyat Malaysia yang pernah menjadi sukarelawan, atau yang ingin menyumbang, untuk hadir sebagai sukarelawan dan menjalani latihan pusat pada 2 Julai ini.
Tambahnya, mereka yang berminat boleh mula mendaftar dan butiran pendaftaran akan diberikan di laman www.ayuhmalaysia.org
Menurutnya, Ayuh Malaysia akan mengadakan satu majlis kutipan dana pada hari sama bermula jam 8 malam bertempat di SJKC Chung Kwo, Kuala Lumpur. Tiket-tiket boleh mula dibeli mulai minggu ini secara atas talian di laman sesawang Ayuh Malaysia
“Saya akan juga mengumumkan jadual kempen mengikut bandar dan kerusi-kerusi Parlimen minggu ini,” katanya.
Rafizi menjelaskan kempen Ayuh Malaysia kali ini akan menggunakan beberapa pendekatan. Salah satunya menggunakan trak untuk ceramah kepada orang ramai bagi menarik minat rakyat kepada penyelesaian masalah dan kesan undi mereka kepada pentadbiran negara.
Majlis diskusi dengan kumpulan tertentu mengenai isu-isu khusus katanya, juga akan diadakan di dalam dewan untuk mengupas pandangan pakar dan orang ramai dalam mencari penyelesaian kepada masalah-masalah negara
Oleh itu, beliau menyeru sukarelawan dan pendukung KEADILAN atau PH yang pernah bersama-sama dalam kempen Invoke pada 2018 lalu untuk kembali menyertai kempen Ayuh Malaysia Julai ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/pru-15-mungkin-september-ph-mesti-mula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru 15 Mungkin Lebih Awal Sebelum Julai 2023 Pm

Pru 15 Mungkin Lebih Awal Sebelum Julai 2023 Pm

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 184 hits
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan lebih awal iaitu sebelum Julai 2023 Menurut Perdana Menteri paling lewat PRU 15 boleh diadakan pada Julai tahun depan 2023 selepas tamat tarikh akhir ...
Zahid Hadi Tak Mahu Pru Awal Mungkin Sebab Takut Pas Hilang Kerusi

Zahid Hadi Tak Mahu Pru Awal Mungkin Sebab Takut Pas Hilang Kerusi

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 213 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 11 2022 1 57 PMBarangkali Presiden PAS Abdul Hadi Awang menentang pelaksanaan PRU lebih awal kerana takut partinya akan hilang banyak kerusi kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Zahid mengulas kenyataan Abdu...
Bakal Bersalin September Depan Mona Allen Mahu Perbaiki Diri Sebelum Jadi Ibu

Bakal Bersalin September Depan Mona Allen Mahu Perbaiki Diri Sebelum Jadi Ibu

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 290 hits
Makin berseri dan cantik pelakon Mona Allen selepas berhijab Pemilik nama sebenar Munna Hafiraneza Allen memilih untuk membiarkan saja netizen membuat andaian sendiri mengenai imej bertudungnya itu Perbaiki diri sebelum bertukar status seba...
Pekerja Akan Boleh Mohon Bekerja Secara Fleksibel Bermula September Depan

Pekerja Akan Boleh Mohon Bekerja Secara Fleksibel Bermula September Depan

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 277 hits
Berita baik kepada para pekerja di Malaysia kerana bermula 1 September depan anda akan boleh membuat permohonan bekerja secara fleksibel kepada majikan masing masing Ia selepas penguatkuasaan Aturan Kerja Fleksibel di bawah pindaan Akta Ker...
Inaugural Borneo Tribal Music Fest Set For Staging In Sibu This September

Inaugural Borneo Tribal Music Fest Set For Staging In Sibu This September

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 248 hits
Abdul Karim joins Ling Gan Ting and Hii in a group photo with the performers SIBU The Borneo Tribal Music Festival will be staged here for the first time from Sept 23 to 24 According to Minister for Touris
Kim Jaejoong Bakal Ke Malaysia Untuk Asia Tour Concert September Ini

Kim Jaejoong Bakal Ke Malaysia Untuk Asia Tour Concert September Ini

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 308 hits
Berita baik buat peminat Kim Jae joong ARTIKEL BERKAITAN Terbaru satu khabar gembira telah diumumkan yang mana berjaya menimbulkan keterujaan peminat apabila penyanyi Kim Jae joong bakal memulakan konsert jelajah Asianya pada September ini ...
Kita Mesti Berani Mansuh Spm Stpm Dan Stam

Kita Mesti Berani Mansuh Spm Stpm Dan Stam

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 440 hits
PENAFIAN GAMBAR YANG DIGUNAKAN DALAM ARTIKEL INI HANYA SEKADAR HIASAN SEMATA MATA SAUDARA PENGARANG KERAJAAN boleh membuat pertimbangan untuk memansuhkan semua jenis peperiksaan yang masih wujud seperti Sijil Pelajaran Malaysia Si
G7 Nato Mesti Kekal Bersatu Tentang Perang Russia Kata Biden

G7 Nato Mesti Kekal Bersatu Tentang Perang Russia Kata Biden

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 189 hits
G7 Nato mesti kekal bersatu tentang perang Russia kata Biden Dikemas kini 27 saat yang lalu Diterbitkan pada 26 Jun 2022
Monolog Jiwa Hikmah Di Balik Kekurangan

Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction

Dari Drama Ke Realiti Bang Minah On Joowan Umum Akan Berkahwin Pada November Nanti

Doa Dipermudahkan Urusan

Roadster Rescue A Handsome Kawasaki Z1000 By Hb Custom

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aliff Syukri Usik Ammar Tentang Cik B Terima Kasih Cik B Bakal Menantu Papa

Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

Dior188

Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027