Pru 15 Hamzah Ada Peluang Menang Lagi Di Larut


satuberita.my
By SatuBerita
-November 16, 2022

SETIAUSAHA Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin mempunyai peluang cerah untuk mempertahankan kerusi Parlimen Larut buat penggal keempat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Pencapaian serta rekod perkhidmatan di kawasan yang diterima baik oleh pengundi, membuka ruang kepada Menteri Dalam Negeri itu mengekalkan kemenangan meskipun bertanding atas tiket berbeza.

Muhammad Isham Mohammad Noor, 21, yang akan mengundi kali pertama meyakini pengalaman pemimpin itu.

Katanya, Hamzah telah menganggotai Kabinet untuk tempoh yang lama dan sudah pasti kepimpinannya lebih dipercayai berbanding calon lain.

“Bagi saya pengundi lebih menilai pemimpin yang mempunyai kredibiliti dan bertanggungjawab kepada rakyat untuk mewakili mereka.

“Lagipun rekod perkhidmatan Datuk Seri (Hamzah) sudah terbukti, dari dahulu kawasan ini tidak pernah sunyi daripada aktiviti belia antaranya pertandingan rakit, dan bola sepak,” katanya lapor Sinar Harian.

Peniaga, Wong Shu Hin, 57, berkata, meskipun berada dalam kawasan luar bandar, perkembangan ekonomi di kawasan itu masih di tahap yang baik.

“Semasa kita berdepan masalah ekonomi, wakil rakyat di sini membantu dengan menyediakan jualan murah, bantuan kepada peniaga dan bekalan makanan ketika PKP (perintah kawalan tetap) pun banyak disumbangkan.

“Kita sebolehnya mahu pemimpin yang ada bersama rakyat ketika susah dan senang,” katanya.

Kakitangan swasta, K Kunabalan, 39, berpuas hati dengan kemudahan infrastruktur yang disediakan di kawasan itu, hanya memerlukan penambah baikan beberapa perkara.

“Keadaan jalan di sini lebih baik berbanding kawasan luar bandar yang lain, cuma kalau elok perbanyakkan lampu jalan kerana di sesetangah kawasan terutama laluan Bagan Serai ke Selama sangat gelap.

“Bahaya untuk penunggang motosikal yang berulang alik ke tempat kerja seperti saya,” katanya.

Suri rumah, Norhafiza Abd Kader, 55, berkata, Setiausaha Agung Bersatu itu kerap turun padang meninjau keadaan sekolah-sekolah di kawasan itu.

Selaku seorang ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), dia mengakui banyak bantuan dan dana yang diluluskan Hamzah bagi kegunaan pembangunan sekolah dan pelajar.

“Dalam sibuk dengan tugas menteri, beliau masih ada masa turun padang mendengar keluhan penduduk dan menyantuni setiap lapisan masyarakat,”katanya.

Sementara itu, Hamzah menegaskan, situasi politik kini memperlihatkan gelombang rakyat yang mahukan calon bersih, berintegriti dan mampu menjaga kebajikan rakyat serta memulihkan ekonomi negara.

Katanya, rakyat sudah muak dengan politik tidak sihat dan semakin sedar bahawa perjuangan sebenar bukan semata-mata untuk parti, tetapi masa depan rakyat.

“Kalau dulu ramai yang menentang dan melawan saya (atas faktor lompat parti), sekarang sudah bersama membantu perjuangan saya,” katanya.

Beliau yang kali ini mempertahankan kerusi tersebut atas tiket PN dicabar Ketua Penerangan Pemuda Umno Larut Shafiq Fhadly Mahmud (BN), Zolkarnain Abidin (Pakatan Harapan) serta calon Pejuang, Auzaie Fadzlan Shahidi.

Pada PRU14, Hamzah yang ketika itu mewakili BN menang kerusi Parlimen Larut selepas mengalahkan calon Pas, Abu Husin Mohamad dan calon PKR, Khairil Anuar dengan majoriti 4,486 undi.

Beliau kemudiannya umum keluar UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 2019.

Sepanjang tempoh tiga penggal ini, Hamzah dilantik menganggotai Kabinet sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2008), Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (2009), Timbalan Menteri Luar Negeri (2013), Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (2015) dan Menteri Dalam Negeri.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/pru-15-hamzah-ada-peluang-menang-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
In Larut Pas Flexes Muscles For Hamzah And Crushes Traitor Tag

In Larut Pas Flexes Muscles For Hamzah And Crushes Traitor Tag

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 224 hits
GE15 In the northern hinterlands of Perak lies Larut a large rural constituency famous for its orchards and farms It is also the home base of Hamzah Zainudin 65 a former corporate figure turned politician known for his role in organising th...
Bn S Larut Candidate Unfazed Going Up Against Hamzah

Bn S Larut Candidate Unfazed Going Up Against Hamzah

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 488 hits
Education is a big part of Shafiq Fhadly Mahmud s campaign as he seeks to wrest the Larut seat for BN in GE15 LARUT Barisan Nasional s Larut candidate Shafiq Fhadly Mahmud is undeterred by having to contest against Perikatan Nasional s Hamz...
Penyandang Dakwa Semua Calon Ada Peluang Menang Di Kerusi Dun Beserah

Penyandang Dakwa Semua Calon Ada Peluang Menang Di Kerusi Dun Beserah

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 317 hits
KUANTAN Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Berserah Andansura Rabu menyifatkan semua calon yang bertanding termasuk dirinya mempunyai peluang sama rata untuk memenangi kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum ke 15 pada 19 November ini Belia...
Frog Label Won T Sway Larut Voters Says Hamzah

Frog Label Won T Sway Larut Voters Says Hamzah

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 281 hits
Hamzah Zainudin quit Umno in 2018 to become an independent before joining Bersatu the following year LARUT Perikatan Nasional s Hamzah Zainudin says the frog label commonly used to describe politicians who defect to other parties levelled a...
Kwsp Bersasar Sedia Dinilai Semula Jika Pn Menang Pru 15

Kwsp Bersasar Sedia Dinilai Semula Jika Pn Menang Pru 15

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 174 hits
KWSP BERSASAR DINILAI SEMULA JIKA PN BERJAYA BENTUK KERAJAAN BAHARU Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membentangkan Tawaran PN yang mengandungi 234 tawaran yang merangkumi 12 tunjang dan 30 pendekatan pada pilihan raya umum kali ini di mana da...
Bn Dijangka Menang Pru15 Ismail Mungkin Jadi Pm Lagi

Bn Dijangka Menang Pru15 Ismail Mungkin Jadi Pm Lagi

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 248 hits
freemalaysiatoday com November 18 2022 1 07 PMIsmail Sabri Yaakob mungkin diminta berundur sebagai perdana menteri untuk memberi laluan kepada Ahmad Zahid Hamidi jika tuduhan terhadap presiden Umno itu digugurkan kata EIU PETALING JAYA Baha...
Selain Fitch Solutions Ahmad Maslan Juga Jangka Bn Menang

Selain Fitch Solutions Ahmad Maslan Juga Jangka Bn Menang

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 131 hits
PONTIAN Barisan Nasional yakin memenangi Pilihan Raya Umum Ke 15 dengan sekurang kurangnya 112 kerusi berasaskan keputusan Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Negeri yang lalu Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata jika Pakat...
Wow Power Betul Rafizi Ramli Kalau Pakatan Harapan Menang Pru15 Azam Baki Baik Pindah Ke Manchester

Wow Power Betul Rafizi Ramli Kalau Pakatan Harapan Menang Pru15 Azam Baki Baik Pindah Ke Manchester

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 289 hits
Wow Power betul Rafizi Ramli Kalau Pakatan Harapan menang PRU15 Azam Baki baik pindah ke Manchester
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447h 2025m

Menegurlah Dengan Hikmah

Buasir Otak Tv Bila Orang Cakap Tengah Fokus Buat Kerja

Tinjauan Menunjukkan 95 Rakyat Malaysia Utamakan Penjagaan Kesihatan Dan Pencegahan

Senarai Barangan Yang Boleh Dibeli Sumbangan Asas Rahmah Rm100

Nora Danish Dikaitkan Dengan Mickey Ayo Netizen Beri Pelbagai Reaksi

Has Mmc Ports Ipo Stalled As Investors Push Back On Sky High Valuation

Kisah Kelahiran Rasulullah Saw Kenapa Abdul Muttalib Beri Nama Muhammad Kepada Baginda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Standing Out In A Crowded Market

Salam Maulidurrasul

Rafizi Elit Politik Malaysia Perlu Muhasabah Dari Insiden Di Indonesia

Dua Kanak Kanak Lemas Polis Tahan Lelaki Dan Wanita Beri Keterangan Meragukan

Datuk Zaharil Dimasukkan Ke Hospital Akibat Serangan Jantung

Thomas Arya Izinkan Ku Menyintamu Chord