Provokasi Minoriti Ke Atas Kaum Majoriti


SAMPAI bila minoriti boleh memahami majoriti? Apakah majoriti sudah menjadi minoriti? Tahniah! Ketua Polis Johor, tindakan pantas mengesan identiti lelaki murtadkan wanita Islam. Ingatkan orang agama yang akan bersuara dan bertindak dahulu, tetapi nampak macam senyap.

Tik Tok pemuda Hindu secara berani dan terbuka bercakap mengenai cara memurtadkan wanita Islam, begitu mencabar, bukan sahaja Perlembagaan Negara, tetapi juga sensitiviti umat Islam negara ini. Ianya tidak boleh dibiarkan.

Kenapa hari ini bukan-Islam berani melakukan provokasi sebegini? Begitu berani membangkitkan isu-isu yang sensitif berkaitan agama Islam, sedangkan kita tidak pernah pun mengganggu cara hidup mereka. Malahan, jika adapun bukan-Islam memeluk Islam, itu adalah atas kerelaannya, kerana dalam Islam, kita tidak dibenarkan sama sekali memaksa bukan-Islam memeluk Islam.

Sebab itu, apabila sudah rela, kita tidak benarkan mereka yang telah memeluk Islam, keluar daripada Islam. Saya amat hairan, sekian lama, tinggal di bumi bertuah ini, apakah mereka tidak diajar dan diberitahu akan sensitiviti orang majoriti.

Apakah ibu bapa atau pemimpin parti politik kaum ini, tidak sensitif atau sekurang-kurangnya memberitahu bangsa mereka, perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dibincangkan secara terbuka. Saya ingatkan pemimpin parti politik dan individu bukan-Islam supaya mengingatkan mereka ini, jangan terlalu celupar dan kurang ajar.

Saudara mungkin melihat ada orang Melayu yang jahil, tidak sembahyang, minum arak, main judi dan melakukan perkara yang bertentangan dengan agamanya Islam itu sendiri, tetapi ingat, dalam perkara agama Islam, jangan dibuat main-main.

Pantang datuk nenek moyang orang Melayu apabila dicabar sebegini. Apakah bangsa minoriti masih tidak faham budaya bangsa majoriti. Sedangkan bangsa majoriti begitu memahami budaya bangsa minoriti.

Sehingga lambakan rumah ibadat, menjadi tidak terkawal, beratus-ratus ribu bilangannya. Jangan sampai bangsa majoriti hilang sabar. Justeru, sudah sampai masanya, tindakan tegas dikenakan ke atas mereka yang kurang ajar dan celupar ini.

Inilah akibatnya apabila terlalu mencanangkan ‘unity in diversity’ dan ‘social cohesion’, yang menjadi kitab sesetengah ahli akademik dan telah pun dijadikan rujukan hidup bernegara. Sudah sampai masanya dua perkara ini dilihat secara serius. ‘Unity in diversity’ dan ‘social cohesion’ ini tidak berpijak di bumi nyata.

Sekadar bertemu di kedai mamak, sehingga timbul teori ‘mamakization’ tidak ke mana. Makan di kedai mamak, tidak membawa kepada interaksi kaum. Perpaduan itu perlu dilihat dari segi persamaan, ‘unity is uniformity’, termasuk asimilasi. Tujuannya, tidak lain, supaya bangsa minoriti faham cara hidup bangsa majoriti. Jika tidak, inilah jadinya.

Pergilah ke China dan ke India, apakah ‘unity in diversity’ dipraktikkan? Jika ada pun, sejauh manakah ‘diversity’ itu? Malangnya, bila tiba di Malaysia, semua mahukan ‘unity in diversity’. Asasnya apa? Apakah budaya bangsa dan cara hidup bangsa majoriti tidak menjadi pasaknya? Amat malang sekali, dalam merangka perpaduan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, langsung ditolak ketepi, seolah-olah tidak ada nilainya lagi.

Pada saya, dalam memahamkan rakyat negara ini terhadap budaya bangsa majoriti, Dasar Kebudayaan Kebangsaan mesti dihidupkan kembali. Janganlah terlalu terpengaruh dengan ‘unity in diversity’ dan ‘social cohesion’. Mudah-mudahan tidak ada bangsa yang menjadi kurang ajar seperti yang telah berlaku.

Oleh: PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/03/provokasi-minoriti-ke-atas-kaum-majoriti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penguatkuasaan Tanpa Mengira Kaum Ke Atas Penerokaan Tanah Dan Perlombongan Haram

Penguatkuasaan Tanpa Mengira Kaum Ke Atas Penerokaan Tanah Dan Perlombongan Haram

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 281 hits
KUANTAN nbsp Adalah mengecewakan apabila ada segelintir pihak menuduh atau menyindir Kerajaan Negeri kononnya bersifat berpilih pilih menurut kaum dalam kerja kerja penguatkuasaan ke atas tanah tanah diterokai atau dilombong haram di negeri...
Perpaduan Rakyat Pelbagai Kaum Di Televisyen Hanya Drama

Perpaduan Rakyat Pelbagai Kaum Di Televisyen Hanya Drama

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 389 hits
PERPADUAN rakyat yang dipertontonkan di kaca televisyen dengan mengetengahkan masyarakat pelbagai kaum berpakaian tradisional sambil menyanyi dan menari hanyalah drama yang dibuat buat untuk menarik penonton Realitinya perkara tersebut tida...
Van Nekad Menyeberang Sungai Hanya Meniti Atas 2 Batang Kayu Sahaja Handal Betul Derebar Ni Video

Van Nekad Menyeberang Sungai Hanya Meniti Atas 2 Batang Kayu Sahaja Handal Betul Derebar Ni Video

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 316 hits
Sesetengah orang untuk menyeberang parit atau anak sungai dengan meniti di atas sebatang kayu menjadi masalah besar baginya kerana dia akan berasa sangat takut gayat dan sebagainya Lain pula dengan seorang pemandu van putih ini Lihat bagaim...
Siapa Yang Manipulasi Sentimen Kaum

Siapa Yang Manipulasi Sentimen Kaum

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 176 hits
Pelaku politik yang cuba menaikkan saham politik masing masing melalui eksploitasi perasaan kaum hendaklah kita elakkan Kerajaan juga tidak akan sekali kali berkompromi dalam perkara yang boleh mengganggu gugat perpaduan negara Berpegang ke...
10 Resipi Makanan Pejal Dan Snek Sihat Untuk Bayi Berusia 8 Bulan Amp Ke Atas

10 Resipi Makanan Pejal Dan Snek Sihat Untuk Bayi Berusia 8 Bulan Amp Ke Atas

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 707 hits
Apabila anak mula sudah menunjukkan mereka bersedia untuk makan kita sebagai ibu mulalah ingin mencuba pelbagai resepi Di sini kami akan kongsikan resepi snack bayi 8 bulan yang padat dengan nutrisi dan khasiat bermanfaat Dalam kumpulan Our...
Hargai Masyarat Pelbagai Kaum Ianya Ada Dalam Pkr

Hargai Masyarat Pelbagai Kaum Ianya Ada Dalam Pkr

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 224 hits
NORMAN RADZUANJika kau berhimpun berdiri seperti di gambar dgn parti2 lain samada UMNO PAS Amanah MCA MIC Bersatu dan lain2 parti kau akan rasa dikelilingi dgn semangat kaum atau kenegerian Sekeliling kau hanyalah org2 Melayu utk parti Mela...
Cadjpy Di Atas Sokongan Garis Arah Aliran Menaik Kenaikan Harga Akan Datang

Cadjpy Di Atas Sokongan Garis Arah Aliran Menaik Kenaikan Harga Akan Datang

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 257 hits
Harga kekal di atas sokongan moving average dan sokongan garis aliran menaik Kemungkinan kenaikan lebih tinggi di atas sokongan pertama di 82 193 menuju rintangan ke 1 pada 83 583 MACD juga berada di atas 0 menunjukkan ruang untuk momentum ...
Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan

Ikan Talapia Merah Dan Ikan Puyu

Pemimpin Pas Mengamuk Kawan Sudah Pilih Untuk Jadi Lawan Kata Ahmad Fadhli

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Treler Terbabas Ragut Nyawa Warga Emas Di Jalan Kuantan Seremban Pemandu Didapati Ada 16 Kes Saman Trafik

Easy Healthy Low Carb Ground Beef Recipe

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Panduan Memilih Folder Korporat Yang Sesuai Untuk Syarikat Anda

7 Aktiviti Berfaedah Untuk Lepasan Spm Sementara Menanti Keputusan

Pengorbanan Tragis Makam Ratu Polyxena Dari 2 500 Tahun Yang Lalu

Tiada Bunga Api Tahun Baru Di Indonesia Kerana Negara Meratapi Mangsa Banjir Di Sumatra

Inilah Kasut Sekolah Paling Inovatif Buatan Malaysia Terbina Ruang Gps

Kebiasaannya Ambil Masa 3 Hari Pelajar Ini Tamat Syahadah 30 Juzuk Dalam 18 Jam Tanpa Kesalahan Sangat Luar Biasa