Proton X70 2022 Harga Terkini Pilihan Warna Varian Spesifikasi
Pada hari ini, 9 Jun 2022, PROTON telah melancarkan PROTON X70 2022 dengan pilihan enjin baharu dan ciri-ciri yang diperbaharui.
SUV Segmen C paling laris di Malaysia ini diperkenalkan dengan enjin suntikan terus 1.5L TGDi yang dilengkapi dengan pengecas turbo, sebagai alternatif kompak baharu kepada enjin 1.8L TDGi serta menawarkan peningkatan prestasi dalam penggunaan bahan api untuk pembeli SUV.
Apa yang baru? Rupa luar dalam ada pembaharuan sikit, paling penting ada pilihan enjin baru 1.5 TGDI. Ya betul, enjin 1.5 turbo 3-silinder yang sama dengan X50.
Berikut dikongsikan info lanjut tentang X70 2022 untuk makluman bersama.
Ciri Baru Proton X70 2022
Dikemaskini dengan teknologi dan inovasi enjin terkini, enjin 1.5L TGDi telah dikaji selama lima tahun dan melibatkan lebih dari 100 pakar utama dalam kerjasama global dan menjalani ujian lebih 12 juta kilometer dalam keadaan dan iklim yang paling ekstrem dan tertekan.
Enjin yang sangat dipercayai dan terbukti di pasaran itu telah merekodkan lebih 750,000 unit di jalan raya di seluruh dunia dan boleh didapati di 22 negara dengan cuaca dan keadaan jalan raya yang pelbagai.
Dengan kecekapan lebih tinggi bagi setiap silinder dan enjin yang lebih padat, pilihan yang sesuai bagi pemandu kontemporari, enjin 1.5L TGDi mencapai pengeluaran kuasa maksimum 177PS dan tork 255Nm, mencapai kemuncaknya lebih awal pada 1500rpm. Berbanding dengan enjin 1.8L TGDi, terdapat pengurangan 7% dalam penggunaan bahan api pada kitaran bandar.
Ia menjanjikan tahap prestasi yang sama dengan varian 1.8L TGDi di samping peningkatan prestasi dalam kecekapan bahan api yang dapat memenuhi keinginan pelanggan untuk memiliki sebuah SUV yang bukan sahaja menyerlah dalam prestasi, ciri dan tarikan estetik, tetapi juga mampu dimiliki dan dikendalikan.
Lebih 70,000 unit telah pun terjual dan hari ini, PROTON mengemaskini penggayaan dan enjin 1.5L TGDi untuk menawarkan lebih banyak pilihan kepada bakal pembeli.
Rekabentuk
Selain daripada enjin, Proton X70 2022 juga menawarkan ciri yang dipertingkatkan untuk keselesaan pemandu dan penumpang serta rupa yang diperbaharui.
Ini juga termasuk kemasan hitam kuarza pada bampar hadapan dan belakang, roda aloi 19 inci baharu, pintu belakang berkuasa dengan sensor kaki dan tempat duduk kulit Nappa dengan lapisan utama hitam baharu.
Untuk keselesaan dan ketenangan fikiran, Proton X70 2022 didatangkan dengan Sistem Penulenan Udara Pintar (P-IAPS) – gabungan penapis kabin N95 (digabungkan ke dalam penghawa dingin) dan sistem penulenan udara, berfungsi dua kali lebih cekap untuk meningkatkan kualiti udara dalam kabin.
Proton X70 2022 menawarkan pelbagai ciri pintar dan hubungan yang menjadikan pemanduan lebih selesa dan lebih selamat.
Dengan Perintah Suara, menyebut “Hi PROTON” membolehkan pemandu mengendalikan tingkap dan penghawa dingin, atau boleh juga mengakses navigasi dalam talian.
Selain itu, PROTON Link memantau status kenderaan dan membenarkan kawalan jauh bagi fungsi tertentu.
Untuk penambahan keseronokan dan kemudahan tambahan, sembilan pembesar suara dengan penguat kuasa dan subwufer meningkatkan pengalaman muzik manakala enam port USB menyediakan penyelesaikan pengecasan yang mencukupi.
Keselamatan turut diutamakan dalam Proton X70 2022, yang dianugerahkan penarafan ASEAN NCAP 5 bintang, disokong oleh senarai komprehensif ciri keselamatan seperti enam beg udara SRS, Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), Sistem Pemantauan Tekan Tayar (TPMS), dan kamera 360 dengan paparan 3D untuk tempat letak kereta tanpa kerumitan.
Harga Terkini Proton X70 2022
Harga atas jalan tanpa insuran* adalah seperti berikut:
VarianSemenanjung MalaysiaMalaysia Timur
(Sabah / Sarawak)1.5 TGDi Standard 2WDRM93,900RM95,9001.5 TGDi Executive 2WDRM105,500RM107,5001.5 TGDi Executive AWDRM111,300RM113,3001.5 TGDi Premium 2WDRM117,900RM119,9001.8 TGDi Premium 2WDRM121,800RM123,800
*Sah sehingga 30 Jun 2022 dengan pengecualian Cukai Jualan.
Pilihan Warna
Pilihan warna luaran untuk Proton X70 2022 adalah
Snow WhiteArmour SilverJet GreyRuby RedCinnamon Brown Space Grey
*ditawarkan mengikut varian yang dipilih.
Baca juga:
Harga Proton Saga Baru 2022 (Model Auto & Manual)Harga Kereta Perodua Axia Auto & Manual Model Terkini (2022)
Maklumat Lanjut & Tempahan
Baca selanjutnya pada pautan di laman web rasmi PROTON.
Proton X70 2022 kini boleh didapati untuk tempahan dalam talian di https://www.proton.com/en/find-a-car/protonx70 dan di bilik pameran PROTON yang sah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/proton-x70-2022/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=proton-x70-2022