Proton Saga Kini Dijual Di Pakistan


BernamaSaga adalah model kedua Proton yang dijual di Pakistan, menyusuli pelancaran model X70 Disember lalu.KUALA LUMPUR: Proton Saga membuat kemunculan pertama di pasaran Pakistan awal bulan ini sebagai sebahagian daripada usaha Proton Holdings Bhd (Proton) mengembangkan portfolio antarabangsa bagi model terlaris syarikat berkenaan.
Dalam kenyataan hari ini, pengeluar kereta nasional itu berkata, Proton Saga bagi pasaran Pakistan merangkumi Saga MT (manual), Saga AT (automatik) dan Saga Ace AT, selain tawaran 100 unit Proton Saga R3 Edisi Terhad dengan pilihan transmisi MT atau AT.
Pada masa ini, Saga telah berjaya bertapak di lapan pasaran antarabangsa iaitu Brunei, Bangladesh, Mesir, Jordan, Kenya, Mauritius, Nepal dan Pakistan.
Pelancaran di Pakistan secara dalam talian itu disempurnakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke negara itu, Ikram Mohammad Ibrahim.
Kata beliau dalam ucapannya, beliau berharap agar operasi Proton di Pakistan dapat menjadi antara platform bagi memperkukuh hubungan ekonomi antara Malaysia dan Pakistan.
Saga adalah model kedua dijual di Pakistan, menyusuli pelancaran model X70 Disember lalu.
Setakat ini, semua kenderaan itu dihantar dalam unit CBU (pasang siap), namun rakan kongsi Proton iaitu Al-Haj Automotive akan memulakan operasi pemasangan tempatan di kilang baharunya di Karachi pada suku ketiga tahun ini.
Menurut kenyataan itu, dengan kapasiti dianggarkan sebanyak 25,000 unit setahun, kilang tersebut mampu meningkatkan jualan Proton dalam pasaran itu yang berpotensi untuk berkembang.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Haj Automotive, Hilal Khan Afridi yakin pelanggan Pakistan akan meminati jenama Proton serta rangkaian produknya.
“Saya berterima kasih kepada warga Pakistan kerana menjadikan Proton Saga satu kejayaan pantas di negara ini.
“Kereta ini pasti mendapat tumpuan kerana elemen kebolehpercayaan, ketahanan dan nilainya dari segi wang,” kata beliau selepas pelancaran tersebut.
Sejajar dengan tempoh menjelang suku kedua 2021, Proton juga berusaha meningkatkan kehadirannya di pasaran antarabangsa bagi meraih matlamat jangka panjangnya.
Selain Saga yang juga model terlaris di kebanyakan pasaran, Proton X70 dan Proton X50 juga dieksport untuk mewujudkan rangkaian kenderaan pintar syarikat di luar negara.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd Roslan Abdullah berkata, eksport adalah teras penting bagi Proton dan dijangka menyumbang kepada peningkatan peratusan jumlah jualan pada tahun-tahun akan datang.
“Selain mempromosikan ciri-ciri produk tersebut, kami juga memanfaatkan reputasi kualiti sektor pembuatan Malaysia yang memberi kredibiliti terhadap produk itu sendiri.
“Bagi 2021, selain meninjau peluang baharu, kami juga akan meningkatkan usaha untuk memasuki kembali pasaran besar ASEAN seperti Thailand dan Indonesia,” kata beliau.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/proton-saga-kini-dijual-di-pakistan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aduhhh Pas Oh Pas Kena Hina Pun Kini Dah Macam Duri Semalu

Aduhhh Pas Oh Pas Kena Hina Pun Kini Dah Macam Duri Semalu

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 213 hits
AZHAR ISMAILSehina hina BERSATU dia x hegeh hegeh macam PAS bila berunding dengan UMNO Walaupun ahli x ramai tapi BERSATU boleh ugut UMNO lagi Take it or leave it Kalo tengok komen komen atau posting geng geng BERSATU kat fb mereka selamba ...
Negara Kini Dalam Bahaya Rakyat Mesti Bangun Bersuara

Negara Kini Dalam Bahaya Rakyat Mesti Bangun Bersuara

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 381 hits
Satu undang undang yang membenarkan Perdana Menteri Ketua Menteri dan Menteri Besar meluluskan perbelanjaan tambahan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan tanpa melalui legislatif sepanjang penguatkuasaan darurat telah diluluskan Ini ber...
Hiburan Belum Lancarkan Tapi Dah Dapat Free Marketing Neelofa Kongsi Sebab Berada Di Langkawi Kini

Hiburan Belum Lancarkan Tapi Dah Dapat Free Marketing Neelofa Kongsi Sebab Berada Di Langkawi Kini

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 261 hits
Baru sahaja berkahwin namun Neelofa dan PU Riz terpalit dengan kontroversi selepas mereka dikritik ramai apabila didakwa merentas negeri ke Pulau Langkawi baru baru ini Walaubagaimanapun menurut laporan polis dan juga penjelasan daripada pi...
Cenderahati Daripada Vits Noodle Malaysia Dulu Kini Dan Selamanya

Cenderahati Daripada Vits Noodle Malaysia Dulu Kini Dan Selamanya

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 222 hits
Assalamualaikum Sebagai tanda terima kasih dan sebagai pelanggan setia Vits Noodle Fiza telah menerima cenderahati yang tidaklah seberapa tetapi bagi Fiza ini pun dah cukup menggembirakan Jadi simpan di sinilah sebagai kenangan Cenderahati ...
Lulu Hypermarket Kini Di Setia City Mall Setia Alam

Lulu Hypermarket Kini Di Setia City Mall Setia Alam

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 523 hits
Beruntung orang orang Setia Alam Bukan sahaja ada Setia City Mall yang tersergam indah dan mewah dan tempat lepak petang dengan lanskap yang cantik kini Lulu Hypermarket juga telah di buka dengan rasminya semalam 31hb Mac 2021 Dapat tahu sa...
Pas Kini Parti Nasionalis Bukan Lagi Pas For All

Pas Kini Parti Nasionalis Bukan Lagi Pas For All

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 584 hits
MOHD ALI HASHIMPas kini dilihat cenderung sebagai sebuah parti nasionalis dan bukan lagi parti yang mengamalkan politik Islam yang menitikberatkan keadilan untuk semua sebagaimana yang pernah mereka canang canangkan sebelum in Pas for all M...
Lirik Tersingkap Kini Rahsia Tersembunyi Kulit

Lirik Tersingkap Kini Rahsia Tersembunyi Kulit

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 783 hits
Tersingkap kini rahsia tersembunyi Yang tak pernah lagi ku ketahui Baru kini aku menyedarinya Takku sangka kau telah dimiliki Sungguh kejamnya engkau bersandiwara Dengan lagu nan mainan
Hiburan Pelakon Baru Kini Suka Buat Kepala Sendiri Rusdi Ramli Tampil Bersuara

Hiburan Pelakon Baru Kini Suka Buat Kepala Sendiri Rusdi Ramli Tampil Bersuara

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 333 hits
Pelakon senior yang sering menghiasi drama drama tempatan Rusdi Ramli nampaknya tampil bersuara dan meluahkan pendapat yang sama dengan rakan artis yang lain apabila merasakan pelakon baru kini semakin besar kepala dan tidak profesional Sum...
Hannah Delisha Kini Bahagia Bersama Suami Nekad Jaga Aib

Hannah Delisha Kini Bahagia Bersama Suami Nekad Jaga Aib

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 215 hits
Pelakon dan penyanyi Hannah Delisha enggan membuka mulut mengenai masalah sebenar yang wujud di antaranya dengan ibu Noor Ashikin Ahmad hingga wanita itu tampil memuat naik beberapa luahan di media sosial Mahu menjaga aib Hannah berkata tid...
Saya Sakiti Semua Gosip Cinta Tersebar Minhyuk Monsta X Mohon Maaf Pada Peminat

Telefilem Joie De Vivre

Hari Penyu Sedunia Lima Fakta Menarik Mengenai Penyu

Teen Murder Suspect Preoccupied With Thoughts Of Younger Sibling Says Nancy

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Fasa 2

Sharnaaz Ahmad Terima Ucapan Penuh Makna Daripada Noor Nabila Sempena Hari Bapa

Sst Expansion For Imported Food Aimed At High Income Earners Says Anwar

New Reasons Prevent Pages From Being Indexed On Site Tgktvonline Blogspot Com


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Popiah

Inilah Sensor Kamera Terkecil Di Dunia Bersaiz Sebutir Pasir

Mudahnya Bertukar Lelaki Macam Tukar Pampers Anak Dia Disindir Mudah Lekat Jodoh Netizen Tampil Backup Noor Nabila

Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas

Exploring The World S Quietest Place The Anechoic Chamber At Orfield Labs

Kenapa Thailand Dan Kemboja Berebut Kuil Preah Vihear Ini Jawapannya