Proton Catat Rekod Jualan Tertinggi Suku Pertama Tahun 2020





PROTON mencatatkan peningkatan dalam jualan Syarikat iaitu sebanyak 20.4% pada suku pertama tahun 2020 berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Sebanyak 21,757 unit telah dijual dalam tiga bulan pertama tahun ini, di mana telah turut mencatatkan kenaikan pegangan pasaran Syarikat daripada 17.4% kepada 20.1% daripada Jumlah Keseluruhan Industri (TIV).

Berbanding suku pertama tahun 2019, penyumbang utama jualan PROTON iaitu Saga, menunjukkan kenaikan sebanyak 36% dengan jumlah jualan sebanyak 8,824 unit, manakala jualan Iriz meningkat sebanyak 602% dengan jualan sebanyak 2,009 unit. Selain itu, Persona mencatat pertumbuhan 243% dengan jualan sebanyak 5,677 unit dan Exora pula meningkat 17% dengan jualan sebanyak 1,091 unit. Bagi Proton X70, meskipun terdapat penurunan sebanyak 48% iaitu dengan jualan sebanyak 4,145 unit, model tersebut kekal menjadi SUV terlaris di Malaysia pada suku pertama tahun ini.

Bagi bulan Mac, PROTON telah menjual sebanyak 3,277 buah kereta yang mana telah memperlihatkan penurunan sebanyak 41% berbanding Mac 2019 dan 67% berbanding Februari 2020. Syarikat menyifatkan penurunan yang dicatatkan adalah disebabkan penutupan kesemua pusat jualannya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020 dan dijangka turut menjejaskan jualan kereta secara drastik pada tahun ini.

"Meskipun Syarikat menunjukkan prestasi jualan yang kukuh pada bulan Januari dan Februari serta jauh lebih baik berbanding 2019, momentum jualan bergerak perlahan disebabkan oleh PKP. Namun begitu, keselamatan negara dan rakyat Malaysia perlu diutamakan, jadi PROTON menyokong tindakan dan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan," kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

PROTON melihat 2020 sebagai tahun yang sangat mencabar apabila berakhirnya PKP, di mana syarikat-syarikat perlu berhadapan dengan keadaan perniagaan yang tidak pernah dialami sebelum ini. Buat masa ini, PROTON meneruskan operasi Syarikat bersama kakitangannya yang perlu bekerja dari rumah, serta mendapat kebenaran daripada MITI untuk membenarkan kakitangan terpilih untuk ke kilang bagi menyelenggara fasiliti di kilang.

"Syarikat menggunakan masa yang ada ini sebaiknya untuk merangka strategi seterusnya. Kami belajar melalui pelbagai cabaran. Dalam erti kata lain, oleh kerana sebelum ini PROTON berjaya untuk kembali berada di kedudukan yang lebih kukuh, kami bersedia menyahut cabaran yang mendatang. Melihatkan pada penambahbaikan yang kami kecapi sejak dua tahun lalu, saya yakin bahawa PROTON dapat mengatasi krisis ini di mana kami mengekalkan tumpuan kami iaitu matlamat jangka panjang Syarikat," tambah Dr Li.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://taipingmali.blogspot.com/2020/04/proton-catat-rekod-jualan-tertinggi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Kematian Di As Catat Rekod Tertinggi 2 Hari Berturut Turut

Covid 19 Kematian Di As Catat Rekod Tertinggi 2 Hari Berturut Turut

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 250 hits
Reuters WASHINGTON Angka korban Covid 19 di Amerika Syarikat mencatat rekod buat hari ke 2 berturut turut dengan sekurang kurangnya 2 371 kematian pada Rabu yang menjadikan keseluruhannya 30 800 kes setakat ini menurut statistik Reuters ket...
Tahniah Kkm Jumlah Pesakit Sembuh Covid 19 Catat Rekod Tertinggi 236 Kes Hari Ini

Tahniah Kkm Jumlah Pesakit Sembuh Covid 19 Catat Rekod Tertinggi 236 Kes Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 269 hits
Tahniah KKM Jumlah pesakit sembuh COVID 19 catat rekod tertinggi 236 kes hari iniDr Noor Hisham Abdullah menunjukkan bilangan kes discaj terbaharu pesakit yang telah pulih dan tertinggi sehingga ke hari ini pada sidang media harian berkaita...
Pengeluaran Komputer Terjejas 8 Pada Suku Pertama 2020 Kerana Koronavirus

Pengeluaran Komputer Terjejas 8 Pada Suku Pertama 2020 Kerana Koronavirus

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 263 hits
Penggunaan komputer peribadi meningkat mendadak di rumah sejak PKP dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia Ini turut berlaku secara global kerana usaha untuk merendahkan keluk epidemik dengan pantas Walaupun permintaan untuk komputer peribadi...
Hulu Langat Catat Kes Baharu Covid 19 Tertinggi Di Selangor

Hulu Langat Catat Kes Baharu Covid 19 Tertinggi Di Selangor

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 323 hits
SHAH ALAM 9 APRIL Hulu Langat dan Petaling mencatatkan jumlah kenaikan tertinggi jangkitan Covid 19 di Selangor kata Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis negeri Berdasarkan data terbaharu CPRC negeri sehingga 9 malam tadi dua daerah ...
Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 Dibatalkan Kerana Covid 19

Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 Dibatalkan Kerana Covid 19

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 341 hits
KEMPEN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020 DIBATALKAN KERANA COVID 19 Sepertimana semua orang tahu tahun 2020 merupakan tahun melawat Malaysia Tetapi sayang oleh kerana penularan wabak berbahaya yang memberi kesan serta menjejaskan sektor pelancong...
Malaysia Rekod Kadar Pemulihan Cov1d 19 Tertinggi Di Dunia

Malaysia Rekod Kadar Pemulihan Cov1d 19 Tertinggi Di Dunia

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 359 hits
KUALA LUMPUR Lebih separuh pes4kit yang positif cov1d 19 daripada 5 305 kes di negara ini berjaya dirawat dan dipulihkan Malaysia rekod kadar pemulihan Cov1d 19 tertinggi di dunia
Mengapa Oppo Find X2 Pro Merupakan Peranti Mercu 5g Yang Perlu Dimiliki Untuk Tahun 2020

Mengapa Oppo Find X2 Pro Merupakan Peranti Mercu 5g Yang Perlu Dimiliki Untuk Tahun 2020

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 309 hits
OPPO Find X2 Pro adalah antara telefon pintar pertama yang dilancarkan dengan sokongan 5G di Malaysia Telefon pintar ini sudahpun memasuki pasaran tempatan pada harga RM4599 Pada video kali ini kami telah menyenaraikan antara sebab utama me...
Diari Kebun 183 Duit Jualan Pertama Musim 2 Untuk Diari Kebun

Diari Kebun 183 Duit Jualan Pertama Musim 2 Untuk Diari Kebun

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 285 hits
Diari Kebun 183 Duit Jualan Pertama Musim 2 Untuk Diari Kebun Alhamdulilah kelmarin RM5 hari ni RM11 untuk bendi Seronok dan lega sikitlah sebab hasil dah mula keluar duit dah mula masuk Dah 3 minggu putus bekalan lada besar sebenarnya Takd...
Data Dedah Pesakit 55 Tahun Mungkin Mangsa Pertama Covid 19 Pada November 2019

Data Dedah Pesakit 55 Tahun Mungkin Mangsa Pertama Covid 19 Pada November 2019

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 432 hits
Seorang lelaki diperiksa suhu badan di Wuhan China lokasi bermulanya wabak Covid 19 PEGAWAI China mengesahkan mangsa Covid 19 mungkin dijangkiti virus yang boleh membawa maut itu akhir tahun lalu Perkara itu didedahkan menerusi data rasmi k...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini