Proto Dunia Akar Kepada Bahasa Dunia


Proto-Dunia ataupun lebih dikenali sebagai Proto-Manusia, Proto-Sapien dan Proto-Bahasa-Manusia merupakan sebuah hipotesis tentang genetik pendahulu bahasa dunia. Hipotesis ini mengandaikan bahawa, semua bahasa moden di seluruh dunia pada hari ini berasal daripada satu bahasa purba. Menurut kajian daripada ahli bahasa dari Itali iaitu Alfredo Trombetti (1866-1929), bahasa purba ini pernah dituturkan antara 100-200 ribu tahun yang lalu; menghampiri kemunculan pertama Homo sapiens.
Menurut seorang ilmuwan Amerika Syarikat mengenai sejarah dan bahasa Afrika iaitu Christopher Ehret, bahasa ini mempunyai bunyi yang sangat kompleks termasuk bunyi klik seperti ʘ, ǀ, ǃ dan sebagainya. Menurut Murray Gell-Mann (Ahli Fizik Amerika Syarikat) dan Merrit Ruhlen (Ahli Bahasa Amerika Syarikat), ayat mudah dalam bahasa purba ini mempunyai susunan SOV iaitu Subjek-Objek-Kata Kerja.
Antara kosa kata yang Ruhlen berjaya jejaki pada tahun 1994 ialah *ku (Siapa). Perkataan itu membawa konsep kata tanya. Perkataan tersebut dipercayai telah diwariskan ke dalam bahasa seperti Khoisan (!kū), Swahili (gani), Masai (ka), Arab (ka), Aram (kə), Akkadia (kimaki), Sanskrit (kas), Latin (quis), Suomi (ken), Magyar (ki), Uyghur (kim), Manchu (aj), Korea (ka), Jepun (ka), Ainu (ka), Greenland (qangga), Avar (khin), Burushaki (ke), Hruso (khinia), Tiwi (kuwa), Vietnam (gi), Aztek (kaan), Aymara (kuna), Taruma (gaga) dan sebagainya.
Selain itu, *pal (Dua) adalah antara kosa kata yang berjaya dijejaki oleh Ruhlen pada tahun 1994. Perkataan itu membawa konsep nombor. Perkataan tersebut dipercayai telah diwariskan ke dalam bahasa seperti Khoisan (kam), Daka (bara), Nubia (barsi), Mocha (baro), Sanskrit (kapalam), Rusia (pol), Saami (bælle), Magyar (fél), Tamil (pāl), Telegu (pālu), Tasmania (boula), Ngiyamba (bulā), Sakai (hmbar), Temiar (bərnar), Nicobar (ã), Yao (wi), Mak (wa), Melayu (kembar), Jawa (kěbar), Quechua (pula) dan sebagainya.
  Di samping itu, *par (Terbang) adalah antara kosa kata yang berjaya dijejaki oleh Ruhlen pada tahun 1994. Perkataan itu membawa konsep kata kerja. Perkataan tersebut dipercayai telah diwariskan ke dalam bahasa seperti Serer (fol), Dinka (par), Arab (farra), Mesir Purba (pʔ), Kartuli (pren), Avestan (parəna), Yukagir (perie), Tamil (para), Evenki (hār), Gilyak (parpar), Udi (pur), Basque (pimpirina), Tibet (phurba), Kondo (baro), Nahali (aphir), Khmer (par), Kam (pen), Formosa (maqbar) dan sebagainya.
Kemudian, *akwa (Air) adalah antara kosa kata yang berjaya dijejaki oleh Ruhlen pada tahun 1994. Perkataan tersebut membawa konsep alam sekitar. Perkataan tersebut dipercayai telah diwariskan ke dalam bahasa seperti Khoisan (k´´ā), Kwa (uuku), Tambaro (waha), Latin (aqua), Gothik (ahwa), Hittite (eku), Jepun (aka), Ainu (wakka), Tsakhur (joʁwi), Khaling(ku), Yareba (ogo), Australia (gugu), Hokan (aqa), Yakatek (uk’) dan sebagainya.
Seterusnya, *buŋku (Lutut) adalah antara kosa kata yang berjaya dijejaki oleh Ruhlen pada tahun 1994. Perkataan tersebut membawa konsep anggota badan. Perkataan tersebut dipercayai telah diwariskan ke dalam bahasa Khoisan (gom), Tegele (mbo), Dime (boq), Gothik (biugan), Inggeris (bow), Irish (bog), Latvia (baũgurs), Yakut (bük), Mongolia (bökeji), Manchu (bukda), Ainu (hepokiki), Modele (bubuqu), Yidiny (buŋgu), Walapai (mipuk) dan sebagainya.
Akhir sekali, *aja (emak) adalah antara kosa kata yang berjaya dijejaki oleh Ruhlen pada tahun 1994. Perkataan tersebut membawa konsep ahli keluarga. Perkataan tersebut dipercayai telah diwariskan ke dalam bahasa Khoisan (au), Temne (-ja), Midob (ija), Kotoko (ija), Tamil (āj), Kurux (ajo), Burushaki (ai), Isabi (aijo), Nahali (aji), Sora (ajangtsòr), Yao (ja), Sek (ja), Pazeh (jah), Melayu (‘ajah), Jawa (jajah), Washo (-ja), Coroado (ajan) dan sebagainya.
Kesimpulannya, itu adalah serba sedikit tentang bahasa Proto-Dunia. Setiap bahasa di dunia mempunyai makna yang berbeza walaupun perkataan yang sama. Sebagai contoh “pimpirina” dalam bahasa Basque membawa maksud “rama-rama” manakala “parəna” dalam Avestan membawa maksud “bulu” di mana “pimpirina” dan “parəna” berasal daripada *par yang membawa maksud “terbang” dalam Proto-Dunia. Namun sayangnya, hipotesis ini telah ditolak oleh ramai ahli bahasa pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20. Pada pendapat anda, adakah anda akan menerima hipotesis ini? Sila jelaskan di dalam ruangan komen di bawah.
Artikel disumbangkan oleh Alam Bahasa untuk The Patriots. 

Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2019/01/proto-dunia-akar-kepada-bahasa-dunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fakta Bahasa Proto Austronesia Yang Kita Tidak Tahu

Fakta Bahasa Proto Austronesia Yang Kita Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 345 hits
Austronesia ialah sebuah keluarga bahasa yang tersebar secara meluas di Maritim Asia Tenggara Madagascar Kepulauan Pasifik dan benua Asia Proto Austronesian ataupun PAN ialah pembinaan semula daripada bahasa bahasa moden di bawah kelas kelu...
5 Strategi Cari Pemasukan Tambahan Lewat Dunia Maya

5 Strategi Cari Pemasukan Tambahan Lewat Dunia Maya

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 202 hits
Pemasukan tambahan akan menjadi solusi bagi pekerja yang merasa gaji bulanan pas pasan atau bahkan kurang Bekerja lewat dunia maya menjadi salah satu cara yang efektif Istilah cari duit online ini tidak hanya identik dengan jualan online Ma...
Mampu Bagi Bagi Kado Natal Ke Anak Anak Seluruh Dunia Seberapa Kaya Santa

Mampu Bagi Bagi Kado Natal Ke Anak Anak Seluruh Dunia Seberapa Kaya Santa

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 226 hits
Perayaan Natal tentu identik salah satunya dengan tokoh Santa Claus Dalam cerita sosok Santa akan berkeliling dunia menggunakan kereta salju membagikan hadiah kepada seluruh anak di bumi Tentunya hal ini membuat penasaran sekaya apa Santa s...
Bekas Menteri Law Hieng Ding Meninggal Dunia

Bekas Menteri Law Hieng Ding Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 280 hits
Bekas menteri Law Hieng Ding meninggal dunia Dikemas kini 41 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 25 Dec 2018 5 21PM midd
Ade Jigo Ungkap Kronologi Dihantam Tsunami Lihat Keajaiban Saya Udah Enggak Di Dunia Lagi

Ade Jigo Ungkap Kronologi Dihantam Tsunami Lihat Keajaiban Saya Udah Enggak Di Dunia Lagi

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 297 hits
Ade Gingsul atau yang karib disapa Ade Jigo menceritakan kronologi saat tsunami menghantam dirinya di Banten Sabtu Saat itu diakui Ade Jigo dirinya dipercaya untuk menjadi pengisi acara Employee Gathering PLN UIT JBB yang diadakan oleh PLN ...
4 Jenis Kopi Dari Buangan Binatang Yang Popular Di Seluruh Dunia Penggemar Kopi Berani Cuba Tak

4 Jenis Kopi Dari Buangan Binatang Yang Popular Di Seluruh Dunia Penggemar Kopi Berani Cuba Tak

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 395 hits
Ramai yang memulakan rutin harian dengan secawan kopi ter utama bagi peminat kopi Kopi merupakan antara minuman di seluruh dia dengan persediaan yang berbeza antaraanya Cappuccino Espresso Macchiato dan banyak lagi Walaubagaimana pun pernah...
Tsunami Pandeglang Banten Membuat Para Ilmuwan Dunia Heran Kok Bisa

Tsunami Pandeglang Banten Membuat Para Ilmuwan Dunia Heran Kok Bisa

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 273 hits
Peristiwa gelombang tsunami yang terjadi di Selat Sunda pada Sabtu malam dinilai sebagai fenomena unik Alhasil banyak peneliti dari luar negeri yanh tertarik untuk mempelajari fenomena tersebut Peneliti Bidang Geofisika Laut Pusat Penelitia...
Xiaomi Memegang Rekod Dunia Untuk Mozek Video Yang Menggunakan Telefon Pintar Terbanyak

Xiaomi Memegang Rekod Dunia Untuk Mozek Video Yang Menggunakan Telefon Pintar Terbanyak

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 332 hits
Tahun ini Xiaomi memegang rekod dunia untuk paling banyak kedai dibuka serentak Sebanyak 500 kedai dibuka serentak di India pada bulan November lalu Mereka kini memegang sebuah lagi rekod dunia yang diiktiraf oleh Guinness untuk mozek video...
Ustazah Norhafizah Musa Kongsi Rahsia Nak Dapat Anak Bijak Dunia Akhirat

Ustazah Norhafizah Musa Kongsi Rahsia Nak Dapat Anak Bijak Dunia Akhirat

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 450 hits
Ustazah Norhafizah Musa penceramah bebas berkongsi kepada ibu bapa rahsia untuk mendapat anak bijak dunia dan akhirat Memiliki anak anak yang bijak dan berakhlak sentiasa menjadi impian di dalam hati setiap yang bergelar ibu bapa Maka berus...
Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kl Tower Handover Sparks Concern Over Threats And Vandalism

Former Kl Tower Operator Suspects Sabotage After Property Damaged Following Eviction

Keberkatan Tadarus Surah Al Kahfi Setiap Jumaat

What The Jalur Gemilang Truly Means To Me

Don T Give Ex Army Cops Unrestricted Powers As Mrsm Wardens Says Criminologist

World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia