Proses Pembersihan Parti Bermula Hari Ini








Kurang sejam dari sekarang, para penyokong Zuraida Kamaruddin akan mengadakan demonstrasi di beberapa lokasi pada hari ke-12 surat tunjuk sebab dikeluarkan ke atasnya.

Surat berkenaan diamanahkan kepada Lembaga Disiplin untuk dikeluarkan ke atas Zuraida bersabit laporan yang dibuat oleh NGO Otai Reformis kira-kira seminggu selepas ucapan Zuraida menghentam dan membuka rahsia perbincangannya dengan Presiden, Anwar Ibrahim.

Dalam ucapannya, Zuraida mendakwa Anwar kononnya memaksa dirinya menerima perlakuan dan bukti video yang menunjukkan Azmin Ali ialah individu yang bersama Haziq Abdullah Abdul Aziz di sebuah bilik hotel di Sandakan pada 11 Mei 2019.

‘Pendedahan’ ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia merupakan perbincangan sulit yang tidak sepatutnya disebar di khalayak umum apatah lagi disiarkan secara langsung oleh beberapa portal media pada malam 8 Disember 2019 itu.

Lantaran dari ‘pendedahan’ tersebut, Zuraida mencabar kepimpinan parti supaya memecat dirinya dan Azmin tanpa sedikit pun memikirkan kesan terhadap pimpinan dan parti.

Cabaran tersebut disambut Otai Reformis yang menghantar laporan salah laku Zuraida kepada Lembaga Disiplin yang diterima salah seorang kakitangan pejabat parti mendesak supaya tindakan dikenankan ke atas Zuraida.

Tindakan NGO tersebut diperlekehkan Zuraida dengan menggelar mereka sebagai ‘NGO nyamuk’ sedangkan Otai Reformis hanya menjalankan tugas mereka melaporkan sebarang perlanggaran disiplin kepada parti.

Apabila Lembaga Disiplin bermesyuarat dan mendapati bahawa laporan disiplin yang diterima mempunyai asas untuk diambil tindakan, tiba-tiba Zuraida seolah kepanasan padahal semasa berucap pada 8 Disember 2019, dia sudah bersedia dipecat yang turut mengheret Azmin sama dalam kancah peperangannya terhadap Anwar.

Keadaan ini memaksa Zuraida mula menyusun strategi memperkudakan sebuah NGO bernama Penggerak Muafakat yang ditubuhkan di seluruh negara dan ketuanya merupakan penyokong tegar Zuraida di setiap negeri sejak penghujung 2018 lagi.

Tekanan pemecatan ke atas Zuraida makin kuat dirasakan hingga menyebabkan ahli parti yang rapat dengan NGO berkenaan dikerah supaya mempertahankannya dalam bentuk mobilisasi anggota dengan tujuan memberi tekanan ke atas Lembaga Disiplin yang mengeluarkan surat tunjuk sebab yang diserahkan pada 17 Januari 2020 lalu.

Persoalan yang timbul di sini ialah:

Pertama, mengapa Zuraida bertindak secara melulu dengan mendedahkan perbincangannya dengan Anwar sedangkan dalam masa sama Zuraida melanggar etika kerahsiaan hingga menyebabkan dia sanggup dipecat kononnya berkata yang benar?

Kedua, mengapa setelah Lembaga Disiplin mengeluarkan surat berkenaan, Zuraida dengan rasa tiada maruah mahu juga menjawab padahal dalam ucapannya, dia tidak kisah sedikit pun diambil tindakan?

Ketiga, mengapa memperkudakan gerakan sebuah NGO mempertahankannya seperti mana yang dilakukan semasa mesyuarat MPP pada hari yang sama surat itu diserahkan kepadanya?

Keempat, jika benar Zuraida bersedia dipecat daripada parti, mengapa sanggup mempertaruhkan masa depan politiknya dengan mendedahkan perkara yang tidak benar semasa malam 8 Disember 2019?

Dan terbaharu, semalam, Setiausaha Agung parti turut mengeluarkan saman ke atas Zuraida atas kapasiti peribadi kerana kenyataan Zuraida berbaur fitnah kepada media menjejaskan nama baik Setiausaha Agung. 

Pasukan Zuraida seakan memperlekehkan Setiausaha Agung kononnya mereka belum menerima surat saman yang dinyatakan sedangkan mereka sebenarnya gementar apakah bentuk saman yang bakal mereka hadapi.

Dan sebenarnya mereka berbohong kononnya belum menerima surat saman berkenaan padahal Setiausaha Agung mendedahkan bahawa cop terima surat sebenarnya bertarikh 20 Januari 2020!

Masih lagi tidak punyai maruah terus berbohong menegakkan benang basah wahai Zuraida?

Kini masanya telah tiba bagi parti membersihkan anasir-anasir jahat yang merosakkan parti dari dalam hingga agenda reformasi yang diperjuangkan selama lebih 20 tahun cuba digagalkan.

Sekiranya Zuraida berkeras mahu melanggar arus cuba menjejaskan imej parti dengan tindakan penjilatnya di seluruh negara, besar kemungkinan tindakan lebih keras akan dikenakan ke atasnya yang akan meranapkan sama sekali cita-cita politiknya dalam Pakatan Harapan.

Apakah Zuraida sudah bersedia dengan kemungkinan itu?

Sama-sama kita tunggu babak seterusnya.

29 JANUARI 2020




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/proses-pembersihan-parti-bermula-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Menangi Hadiah Bernilai Sehingga Rm100 000 Di Mitsui Outlet Park Klia Sepang Bermula Hari Ini

Jom Menangi Hadiah Bernilai Sehingga Rm100 000 Di Mitsui Outlet Park Klia Sepang Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 239 hits
Sebut sahaja Mitsui Outlet Park KLIA Sepang pasti ramai yang tahu bahawa Mitsui terkenal dengan pusat membeli belah dengan harga yang paling The post appeared first on
Kimanis Proses Kiraan Undi Bermula Sekarang

Kimanis Proses Kiraan Undi Bermula Sekarang

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 259 hits
Sejurus selepas pusat pengundian ditutup kesemua peti undi daripada 19 saluran dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir di sini Foto Astro AWANIBEAUFORT Kesemua 19 pusat pengundian melibatkan 68 salu...
Pembayaran Fasa Pertama Bantuan Sara Hidup Bermula Hari Ini Menteri Kewangan

Pembayaran Fasa Pertama Bantuan Sara Hidup Bermula Hari Ini Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 423 hits
Putrajaya 20 Jan Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng mengumumkan pembayaran fasa pertama Bantuan Sara Hidup bermula hari ini Pembayaran akan dikreditkan ke akaun penerima berdaftar berdasarkan pangkalan data BSH 2019 sebanyak RM300 bagi setiap...
Manfaat Kesehatan Yang Bisa Diperoleh Dari Kebiasaan Membaca Buku Setiap Hari

Manfaat Kesehatan Yang Bisa Diperoleh Dari Kebiasaan Membaca Buku Setiap Hari

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 287 hits
Salah satu hobi atau kebiasaan yang bisa sangat bermanfaat adalah membaca Terdapat berbagai tujuan yang bisa dilakukan dari kebiasaan membaca mulai dari sebagai hiburan atau untuk memperoleh informasi
Kalau Dia Ada Tiap Tiap Hari Saya Nak Minta Maaf Dengan Dia Datuk Jalaluddin Hassan

Kalau Dia Ada Tiap Tiap Hari Saya Nak Minta Maaf Dengan Dia Datuk Jalaluddin Hassan

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 268 hits
Sebut sahaja Datuk Jalaluddin Hassan siapa yang tidak mengenali pelakon veteran yang terkenal ini Pernah melalui kehilangan isteri tersayang Datin Hashimah Mad Ehsan pada tahun 2016 sebelum berkahwin semula setahun kemudian ada kisah pilu y...
Tak Lokek Rezeki Lelaki Muslim Beri Anjing Jalanan Makan Setiap Hari

Tak Lokek Rezeki Lelaki Muslim Beri Anjing Jalanan Makan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 310 hits
Berbuat baik sesama makhluk adalah amalan yang dituntut dalam Islam Hal ini kerana mereka juga mempunyai hak yang sama diatas muka bumi ini Walaupun dalam agama Islam anjing dan khinzir menjadi haiwan yang ditegah untuk dipelihara kerana di...
Doa Di Pagi Hari Untuk Ilmu Rezeki Dan Amalan

Doa Di Pagi Hari Untuk Ilmu Rezeki Dan Amalan

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 4016 hits
Doa Di Pagi Hari Untuk Ilmu Rezeki Dan Amalan Tiada senjata yang paling ampuh dan mudah saja amalannya melainkan DOA Doa dari orang biasa atau luar biasa kaya atau miskin tetap Allah akan makbulkan Cuna janganlah angkuh ketika berdoa Itu Al...
Sekali Lagi Dalam Mahkamah Hari Ni Bila Disoal Balas Oleh Timbalan Pendawa Raya Najib Hanya Mampu Jawab Saya Tidak Tahu

Sekali Lagi Dalam Mahkamah Hari Ni Bila Disoal Balas Oleh Timbalan Pendawa Raya Najib Hanya Mampu Jawab Saya Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 459 hits
Mohd Affendi AbasSEKALI LAGI dalam mahkamah hari ni bila disoal balas oleh Timbalan Pendawa Raya Najib hanya mampu jawab SayaTakTahu12 17 tengah hari Najib Razak dalam keterangannya tidak dapat memberikan sebab mengapa mana mana pihak akan ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner